P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday 26 November 2008

::: Kami Di Teluk Batik :::

Yeah! Teluk Batik Time. He². 23 November 2008. Hari Ahad. Ah, plan nie aku tak rancang pe² tau. Tiba² je si Anam yang ajak. aku join je. He². Sebenarnya rancangan p Teluk Batik nie. Paeh goyang n Anam yang rancang. Dema nak p malam nya. Tapi disebabkan aku free n keta lak Adi tak pakai. So, aku join dema p. Dan seperti biasa aku la drive. Kitaorang gerak dalam kul 6petang.

Lepas ambik Paeh goyang kat umah dia. kitaorang p gerak ke Teluk Batik. Sampai sana lebih kurang kul 7 lebih gak la. Sempat gak la kitaorang tengok autoshow keta kat sana. Aku lak sempat la ambik gambar² keta. Silap kitaorang xdatang awal. Kalu x, dapat tengok n ambik gambar banyak². Lepas selesai solat magrib kitaorang p jalan² kat autoshow keta. Nasib baik ada saki baki keta lagi. Sempat la kitaorang berposing².

Lepas jalan² dan ambik gambar kat Teluk Batik. Kitaorang terus gerak ke MC'D. Dema nak sangat layan MC'D. Aku ikot je. Tapi bagus gak. Aku pun dah mengindam nak mam bubur MC'D n Double Cheese Burger. Ye la. Semenjak jadi Robocop nie. Apa² makanan yang aku pandang. Semuanya aku telan air liur je. Hari tue aku dapat tebus. Ha².

Lepas lepak² kat MC'D. Kitaorang p gerak ke karoeke kat Setiawan. Aku layan 1 lagu je. xleh nak berkaroeke lebih². Silap² tercabut lak rahang aku. Naya wei. Hu². Kitaorang gerak balik dalam kul 10malam. kena balik awal coz aku nak balik KL malam tue gak. Sori Anam, Paeh n Kebai. Aku xdapat lepak lama². Nanti kita p lagi ek. Orait!
Sapa dalam gambar 2 : Paeh Goyang, Kebai, Anam Asparagus n Emi (aku la).

Tuesday 25 November 2008

::: Ipoh Mali :::

21 November 2008. Hari Jumaat. Hari aku kena jumpa doktor untuk buat rawatan susulan. Aku kena jumpa doktor tue kul 9pagi. Aku sampai kat ipoh nie malam tadi. kul 2pagi. Tdo lak kat umah Wan Chik. Apoi xdapat p coz dia banyak keje. So, yang p cuma aku, adi, abah n mak.

Lepas mandi n sarap. Aku p ke Hospital Ipoh. Masa p jumpa doktor, aku n mama je p. Adi n abah lak p minum sambil tunggu selesai rawatan susulan aku. Lama gila tunggu. Naik bosan aku dibuatnya. Dalam kul 10.30pagi baru dapat masuk. Check². Doktor hanya buka dawai pengikat je. Dia kata minggu depan baru buka besi kat gigi aku nie. Nak buat macam ne kan. kena tunggu seminggu lagi. Tapi sekarang aku dah leh nga². Xlg mam bubur je. Aku sekarang nie dalam proses belajar mengunyah. Macam budak kecik kan. He².

Ikotkan petang tue aku balik ke Hutan Melintang. Tapi terpaksa cancel. Bapak aku nak bermalam lagi kat umah Wan Chik. Ye la. Asyik datang. Kejap je lepak sana. So, lepak la lagi sanna. Tapi bagus gak. leh gak jalan² Ipoh malam nie. He². Seperti yang dirancang. Malam tue memang p jalan² area Ipoh. mula² p tengok Yek main bowling kat Ipoh Parade. Dia ada tournment kat sana. Sementara dia habis main bowling tue. Aku, adi, abah, mama, Wan Chik n Padil merayau² dalam Ipoh Parade. Merayau² sampai nak tutup Ipoh Parade nya. He².

Lepas Yek habis. Kitaorang p mam kat Gerbang Malam. Bagi korang yang tak tau. Gerbang Malam nie macam Uptown n Downtown la. Tapi tak la besar sangat. Masa aku p tue tak ramai orang. Myb bukan malam minggu kan. Jalan punya jalan. Sempat gak aku beli suar n baju. He².

Minggu depan aku kena datang lagi sini. Insyallah, jumpa doktor minggu depan. Besi kat gigi aku nie dibuka. Korang semua doakan aku ek. Hu².
Sapa dalam gambar 2 : Emi (aku la), Abah, Mama, Yek, Wan Chik n Padil (Sepupu aku).

::: Kami Di Putrajaya :::

Ah, Sebut je Putrajaya. Apa yang korang bayangkan? Bangunan² yang banyak. Bangunan² kerajaan la. Dataran Putra. Masjid Putrajaya. He². Aku nie leh dikatakan selalu gak p Putrajaya. Mak n adik aku kerja kat sana. Lagi pun dari umah aku ke Putrajaya. Just ambik 30 minit je. So, nak kata aku taksub sangat dengan Putrajaya xla. Biasa je. Putrajaya bagi aku tempat aku untuk release otak. Lagi² lepak tepi tasik. Best siot. He².

Kali nie aku datang ke Putrajaya dengan bermotif. Hari sabtu. Bersamaan dengan 09 November 2008. Bukan sahaja untuk ambik mak aku dari kerja je. Tapi temankan adik aku (Apoi) ambik gambar pemandangan di Putrajaya. Time tue pulak, member aku Zapi lepak umah aku. So, kitorang p la sekali.

Lepas je ambik mak aku kat tempat kerja dia. Kitaorang terus gerak ke Dataran Putra. Ambik gambar sana. Ambik gambar sini. P sana. P sini. Banyak gak gambar kitaorang ambik. Sempat la kitaorang berposing². Kalu korang nak tengok gambar² yang kitaorang ambik. Masuk la dalam galeri blog aku nie. Orait.

Dalam masa yang sama, aku terfikir. Mungkinkah Putrajaya akan jadi seperti Bandar² besar seperti Kuala Lumpur? Yang sibuk dan sesak. Hari nie, korang leh nampak ketenangan Putrajaya. Tidak sibuk dengan deruan kesibukan kota yang ada sekarang. So, korang leh nilai sendiri la ek. Renung² kan la. Selamat Beramah. he².
Sapa dalam gambar 2 : Zapi Pendek, Apoi (Adik Aku) n Emi (aku la).

Wednesday 5 November 2008

::: Kami Di Teluk Intan :::

Uiks, bosan siot aku dibuatnya. Aku rasa dah sebulan lebih aku macam nie. Buat aktiviti yang sama je. Naik muak aku dibuatnya. Dah la, asyik mam bubur je. Huh. Nasib baik la sabtu dan ahad aku balik kampung (Perak). Leh lepak² ngan member²-susah-mati aku. Kalu x, leh mati aku dibuatnya. hu².

Balik je kampung, merayau sampai x ingat nak balik rumah. Kena lak aku jumpa member²-susah-mati. Lagi aku kuat merayau. ha². Tapi x semua member²-susah-mati aku balik. Ada gak yang x balik coz bz. Ye la, budak² U. Nak dekat² final sem. Lagi banyak keje nak kena disiapkan. Aku nie lain la. Tengah xten. he². Bulan raya lak masih ada lagi. Rumah Paeh (Pawa) dan Nabil ada buat open house. Aku pergi lak. Tapi x mam la. just minum air. Ala, tunjuk muka sudah. he².

Ah,tengok gambar aku dengan kamera baru. Tue kamera Nikon D40 SLR. Best gila siot. Gambar dia lawa sangat. Sharp. kamera tue untuk adik aku (Apoi). Kos dia nak kena pakai kamera tue. Biasa la, budak art. Gambar tue ambik kat Dataran Teluk Intan. Terima kasih kepada member-susah-mati aku (Zapi) coz ambil gambar aku dengan kamera baru. ha².

Selama aku bertahun² aku dok kat kampung. Aku x penah ambil gambar Menara Condong Teluk Intan. Tue la First Time. Dalam post nie aku letak la sekali gambar aku dan member²-susah-mati aku (Zapi. Paeh goyang dan Shah bulat). Ada banyak lagi gambarnya. Tapi aku letak 1 je. Nanti ada masa aku letak lagi gambarnya. orait!

Enjoy wei masa tue. Macam kitaorang xpenah sampai kat Teluk Intan. Macam² gambar kitorang ambil. Dari gambar pemandangan. Sampai ke gambar nakal² kitaorang. Bukan setakat pakai kamera SLR je. Kamera nset pun kitaorang pakai. ha². Bila aku dah dapat semua gambar² tue semua. Apa lagi, aku edit la. Hasilnya 2 gambar yang korang nampak dalam post nie. Amacam, orait x? He². So, tunggu la ruangan seterusnya. Insyallah, ada perkara yang best. Assalammualaikum w.b.t.
Sapa dalam gambar 2 : Emi (aku la), Zapi Pendek, Shah Bulat n Paeh Goyang.

::: Aku Nak Nasihat Cikit :::

JAGA AMARAH KITA. Disinilah kita dapat belajar untuk membentuk diri agar menjadi seorang yang sentiasa sabar & tidak cepat melatah. Paling utama jangan ikutkan perasaan. Ada orang bila marah, dia boleh melepaskan marah tanpa berfikir dulu sampai memalukan diri sendiri. Adakala amarahnya tue mungkin sebab dia cemburu pada orang tue & cuba untuk memalukan orang tue dengan kuasa yang dia ada. Tapi ingat, ia tidak akan ke mana. Lambat laun diri sendiri akan dapat malu. Bagi orang yang terkena, bersabar & tak usah melenting. sebab sabar tue separuh dari iman. Cuba selesaikan sesuatu perkara tue dengan jalan yang aman, agar dapat memberi ketenangan bukan saja kepada kita malah juga kepada persekitaran. Ok geng? Orait!

Sapa dalam gambar 2 : Zapi Pendek, Emi (aku la).

::: Hari-Hitam-Putih (Raya Ketiga) :::

Hari-Hitam-Putih. 03 Oktober 2008. Tahun nie kurang bernasib baik bagi aku. mana x-nya, aku x-den kat kampung aku. uiks, nasib baik x mati. kalu x ramai la yang menghadap kubur aku. hu². Masa tue aku on da way nak balik rumah. naik motor. balik dari beraya. hari tue lak aku nak balik ke Johor dengan family. nak kata aku bawa laju x la. x lebih pun 50 pun.

Sebelum aku sampai simpang nak kuar dari Sungai Tiang, Bagan Datoh. kat Perak tau. ada budak² main basikal kat tengah jalan. Melilau macam orang mabuk naik basikal. dari jauh aku hon budak² tue. Bila aku hon, ada la dua kerat je budak yang ketepi. Tapi ada sorang budak nie degil gila nak ketepi. Aku pun hon la lagi. Banyak kali gak la aku hon. Dia buat x-tau je.

Lama² dia ketepi. Ala, Kalu nak kena. Bila² masa pun boleh kena. Bawa laju pun kena. Bawa perlahan pun kena. Tue Hari-Hitam-Putih dalam hidup aku. Time aku nak potong budak tue. budak tue tiba² ke tengah jalan. Apa lagi, bam² bum bunyi mercun la. aku x sempat nak elak. Tapi aku sempat tendang budak tue ketepi. Then terus x sedar. Sedar² je aku kat Klinik Bagan Datoh. Masa tue aku nampak wajah bapak n adik aku (Adi). uiks, pedihnya Tuhan je la tau.

Aku dikejarkan ke Hospital Teluk Intan. Malam tue pulak, aku dikejarkan Ke Hospital Ipoh coz Hospital Teluk Intan x-de doktor pakar. Mana x-nya, dagu aku patah. Rahang aku lari. Anggota badan lain orait je. Terpaksa la transfer ke sana. 5 hari aku lepak kat sana. Sekarang nie aku kena mam bubur coz gigi atas dan bawah aku diikat dengan dawai. 21 November baru buka. X sabar aku dibuatnya.

Dari apa yang aku dengar dari cerita mamat yang tolong aku masa tue. Lepas je aku tendang budak tue ke tepi. aku terus terpelanting ke jalan raya. macam jatuh tersungkur. Kena dagu dulu kat atas jalan raya. Ada lagi doh. Nie scene yang bagi aku M'ngeri kan la. Lepas aku tersungkur tue, aku terus terperosok bawah kereta. Korang bayangkan la. TERPEROSOK BAWAH KERETA. Berpeluh² aku dengar cerita mamat tue. Tapi bersyukur la. Kereta tue parking je kat tepi jalan. X bergerak pun. Ha².

By da way, aku bersyukur coz masih lagi bernyawa. Dulu, aku selalu fikir pasal mati. Walaupun aku x-den x-de la tahap nyawa² ikan. Tapi aku sendiri dah rasa macam mana suasana bila mata kita nie gelap gelita. Berbeza la wei dengan tidor atau kita pejam mata. Gelap gelita yang aku maksudkan. Keadaan kita sendiri yang x bersedia untuk mati. Bak kata Bang Bil. Lu Fikir La Sendiri!.

Terima kasih kepada family, pakcik-makcik, sepupu² dan member²-susah-mati yang banyak support aku. Terima Kasih banyak². Aku sayang kat korang semua. hu².

Sapa dalam gambar 2 : Emi (aku la)