P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Friday 30 July 2010

::: The Sorcerer’s Apprentice :::

Post baru. Filem baru. Filem terbaru aku tengok ialah The Sorcerer’s Apprentice. Hebat gak filem nie. Humor nya xnak banyak lak. Buat aku sakit perut. Mana xnya, asyik gelak je. Nasib baik x lari rahang aku. Ha2. Kalu la aku berpeluang jadi salah sorang apperentice Sorcerer’s, aku nak belaja ilmu baca fikiran orang n sedut ability org lain macam cite heroes tue. Matt Parkman n Peter petrelli. Tue cite “kalu” la. He2.

The Sorcerer’s Apprentice ditayangkan pada 16 Julai 2010 oleh Studio Walt Disney Pictures. Pengarah nya Jon Turteltaub n dibintangi oleh Nicolas Cage, Jay Baruchel, Alfred Molina, Teresa Palmer, Monica Bellucci n Toby Kebbell. Genre filem nie adventure n comedy. Kat bawah nie de serba sedikit sinopsis filem nie.

Balthazar Blake (Nicolas Cage) adalah seorang ahli sihir yang hidup di kota Manhattan yang moden, sekarang tengah berusaha untuk mempertahankan kota tersebut dari penyihir jahat bernama Maxim Horvath (Alfred Molina).

Namun untuk menghadapinya, Balthazar tidak dapat melakukannya sendiri. Dia kemudian merekrut Dave Stutler (Jay Baruchel), seorang pemuda biasa yang nampaknya menunjukkan potensi tersembunyi sebagai tukang sihir.

Balthazar kemudian memberikan jurus kilat dalam seni dan ilmu sihir, dengan tujuan agar Dave dapat membantunya untuk menghentikan kekuatan gelap.

Aku wajibkan korang p tengok filem nie. Best gak la. Kesan grafik dalam filem nie amat menarik n x mengecewakan aku sebagai seorang peminat bergenre macam nie. Aku rasa filem nie mesti de sambungan nya lagi. Persoalan timbul dikepala aku. Mana p cincin naga 2? Ke mana p nya Maxim Horvath (Alfred Molina) selepas kena belasah ngan Dave Stutler (Jay Baruchel)? hu2. So, Aku bagi 9 bintang la pada filem nie. xleh 10 bintang coz filem terbaik aku adalah Harry Potter. Ha2.

Thursday 29 July 2010

::: Jangan Lupa Diri :::


Baru-baru nie aku de dengar satu program berborak. Tengah dok dengar. De sorang mamat nie, de la nyata kan sesuatu untuk program tersebut. Mamat nie suka gila kat sorang budak girl. Tapi budak girl nie, minat lak kat lelaki lain. So, mamat nie benggang gila. Kira frust menonggeng la tue. Cinta 3 segi la konon nya. Ek...eleh, der banyak lagi perempuan lain der kat dunia nie. yang p kejar sangat budak girl tue buat pe? Budak girl tue cantik gila ke? Yang girl tue pun satu. Dok bagi mamat tue syok. Kalu dah tau ko minat kat lelaki lain. Dok layan mamat tue kenapa? Xpaham aku. Xpaham.


Aku nak bagi nasihat sikit la. Nasihat atas pengalaman aku la. Xkisah la benda nie dituju untuk perempuan atau lelaki. Sama je kan. Kalu orang tue x minat kat ko. Minat kat orang lain. Xpayah la kejar gila babi. Cari la lain. bukan nya ko kejar dapat duit berjuta-juta? Dan satu lagi, jangan la buat seseorang tue syok gila kat ko. Nanti bila dah syok. Ko cakap lak, ko x minat kat dia. Minat kat orang lain. padahal, ko layan dia macam korang BERCINTA. Dah macam nak kawin dah. Ke hulu. Ke hilir p. Macam belangkas. Terus terang je la. Jangan la nak main kan perasaan orang lain. Pe pun yang korang dapat kalu ko main kan perasaan orang? Dapat keta BMW ke? Dapat banglo 3 tingkat? So, korang...pk la sendiri. Jodoh tue x kemana. Silap-silap, pasangan hidup korang tue orang sekeliling korang gak. Ce, lihat sekeliling korang. Ha2. Maaf la ye kalu de yang terasa. Cakap atas dasar pe yang aku nampak. Macam Tan Sri P.Ramlee cakap la. SANDIWARA DUNIA.

::: Cepat Sikit Ye :::


Aku nak ucap kan taniah kepada kawan aku yang selamat bertunang ngan pasangan dia. Joe Labu, aku ucapkan taniah. SELAMAT BERTUNANG. Cepat sikit kawin tue. Jangan lama-lama sangat bertunang. Aku bukan pe, xsabar nak mam nasi minyak kawan-kawan nie. Ha2. Sori la der. Xdapat datang hari tue. Next time aku datang. Masa tue kenduri kawin ko la kan. Ha2.

::: Street Dance :::


Minggu lepas aku p tengok movie kat mid valley. P ngan kawan-kawan aku. Kali nie p tengok movie baru. Street Dance. Movie nie kuar kat panggung pada 15 julai 2010. Genre Drama, Romance n musical. Para-para pelakon dia Nichola Burley, Rachel McDowall, Charlotte Rampling, Ukweli Roach. Pengarah nya pulak Max Giwa n Dania Pasquini.


Cite nya mengenai konflik sebuah kumpulan street dance. Kumpulan nie hampir dibubarkan kerana pengunduran ketua kumpulan mereka iaitu Jay (Ukweli Roach). Jadi tanggungjawab nie terpaksa dipikul oleh Carly (Nichola Burley). Kumpulan mereka bukan sahaja kehilangan ketua kumpulan, tetapi juga kehilangan tempat untuk berlatih bagi satu pertandingan street dance yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi mereka terpaksa mencari wang untuk menyewa tempat latihan baru. Macam-macam cara dilakukan.

Akhirnya Carly mendapat tempat baru untuk latihan mereka iaitu di sebuah sekolah balet tanpa membayar sewa tempat tersebut. Sebagai ganti tanpa membayar sewa tempat tersebut, 5 penari balet akan menyertai kumpulan Carly. Tue cadangan dari seorang guru sekolah balet tersebut iaitu Helena (Charlotte Rampling). Nak xnak, Carly kena terima kerana kesuntukkan masa untuk kumpulannya berlatih. Pada mulanya kedua-dua kumpulan nie tidak boleh berkerjasama. Tapi disebabkan kesungguhan mereka. Mereka berjaya berkerjasama.

Pada satu babak lain, Ketika kumpulan Carly bersaing di sebuah club. Jay telah muncul. Muncul dalam kumpulan baru dia iaitu Surge. Jadi Jay telah membuktikan dia belot pada kumpulan lamanya. Disebabkan itu, kumpulan Carly berusaha memenangi pertandingan tersebut untuk membuktikan pada Jay.


Cite nie aku nak kata best sangat xde la. Biasa je. Aku rasa lagi best Step Up. So, kita tunggu la Step Up 3. Leh la kita bandingkan mana yang terbaik. Orait. He2.

Friday 16 July 2010

::: Selamat Hari Jadi :::

Bulan tujuh nie de tiga orang member aku sambut hari jadi. Jadi aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada Wan Mohd Edham a.k.a “Awer” (13hb), Buzz (2hb) n Kamarul a.k.a “K” (16hb). Semoga korang panjang umuq n dimurahkan rezeki. Thanks sebab jadi kawan aku. Happy ngan korang. Sori. Aku xdapat nak sambut hari jadi korang. Cuma dapat kasi ucapan je. Hu2.

::: Pemain Terbaik :::

World Cup 2010 dah melabuhkan tirainya ngan juara dimenangi oleh SPAIN. Sebulan tido x cukup sebab nak tengok game World Cup kali nie. Bermacam-macam kejutan yang kita dapat lihat edisi kali nie. Yang tersungkur. Dah tentu la tersungkur. Yang berjaya. Tetap berjaya. Taniah. Post kali nie aku senaraikan antara pemain terbaik untuk edisi kali nie. Enjoy la ek. He2.

Nama : Wan Mohd Edham
Nama Timangan : Awer Don
Kelab : Liverpool
Posisi : Midfield Serangan, Penyerang.
Dikurniakan dengan kepantasan menakjubkan dan kecekapan menghidu posisi, dia belajar dengan bagus untuk menangani kekasaran. Dia berjaya memecahkan rekod Ruud Van Nistelrooy sebagai penjaring terbanyak untuk musim debut dan segera menjadi idola Kop. Hebat doh mamat nie. Adik-beradik ngan Xabi Alonso nie. He2.

Nama : Azlan Mokhtar
Nama Timangan : Super Mokh
Kelab : Manchester United
Posisi : Bek Kiri
Azlan adalah antara bek kiri paling berpotensi hari ini. Dia memiliki gabungan kekuatan fizikal dan teknik terbaik untuk mudah bertindak naik sebagai pemain sayap kiri daripada posisi asalnya untuk membantu mengancam kawasan lawan. Sepakan kaki kiri xnak kuat gila lak. Kalu kena kepala aku. Patah 3 doh lutut aku. He2.

Nama : Aldilah Ahmad
Nama Timangan : Kecik
Kelab : Real Madrid
Posisi : Midfield
Lincah menghubungkan kawasan midfield dan serangan, dia adalah yang terbaik daripada yang terbaik bagi mana-mana pemain di posisinya dan sentiasa memainkan peranan besar dalam setiap perlawanan tanpa mengira peringkat. Semenjak berada di Real. Hari-hari mam tengahari bersama Kaka. Kaka tue idola dia. He2.

Nama : Azri Hisashi
Nama Timangan : E
Kelab : Arsenal
Posisi : Midfield
Dia telah menjadi tunjang kepada pasukan Arsenal menerusi kreativiti, visi dan kefahaman dan ketepatan membuat hantaran dalam skuad Arsenal, menunjukkan kematangan yang melampaui usia. Dia juga memikul tanggungjawab mengambil gerakan set pieces, sepakan penjuru dan penalti. Mamat nie suka buat jaringan jarak jauh. Hebat2. He2.

Nama : Ajib Luey
Nama Timangan : Luey
Kelab : Liverpool
Posisi : Penyerang
Penyerang Liverpool ini menempa nama di persada dunia semasa EURO 2004, dibandingkan dengan Pele oleh pengurus Eriksson, dan mengujakan semua pihak menerusi permainan serangan tanpa gentarnya. Kadang-kadang dia main. Bukan sepak bola masuk dalam gol. Tapi sepak bola kena tiang je.

Nama : Emi Cicak
Nama Timangan : Cicak
Kelab : Chelsea
Posisi : Bek Tengah
Dia berterusan menunjukkan kemantapannya dan kejituan semangat yang sukar untuk dirobohkan. Pengaruh pemain ini pastinya akan sentiasa dirasai oleh mereka yang berada di sekelilingnya. Dijadikan senjata terakhir kalu semua pemain penat. Jantung mamat nie de dua. Alien kot. He2.

Nama : Rose Izanie
Nama Timangan : Aboi G***H
Kelab : Arsenal
Posisi : Penyerang
Dia memiliki skil terhebat yang membolehkannya menghuru-harakan kubu pertahanan lawan dalam perlawanan penting. Dia dilihat sebagai pemain yang mampu menyerlah di saat getir dan memberikan hasil pada waktu yang diperlukan. Aku suka bila dia Celebrate Gol. Kalah Roger Milla (Cameroon). He2.

Nama : Aidil Peiro
Nama Timangan : Peiro
Kelab : Chelsea
Posisi : Penjaga Gol
Dia telah diiktiraf sebagai antara penjaga gol terbaik di Eropah menerusi pelbagai anugerah yang diterimanya. Dia diundi di tempat ke-4 untuk anugerah pemain Bola Sepak Terbaik Eropah 2008 dan juga menjadi penjaga gol paling banyak menerima undian. Sebelum bergiat cergas dalam arena bola sepak. Dia seorang bisnessman yang berjaga. BurgerDil. BurgerDil. BurgerDil. He2.

Nama : Rio Mario
Nama Timangan : Acong
Kelab : Chelsea
Posisi : Penjaga Gol
Dia dikurniakan dengan kawalan bola yang cemerlang dan berupaya membuat beberapa aksi menyelamat yang luar biasa. Hebat budak nie. Bila dia main mesti dia tido. Puas aku cakap kat dia. Jangan tido. Jangan tido. Ngantok sangat la 2. He2.

Nama : Muhamad Amerol
Nama Timangan : Meron
Kelab : Manchester United
Posisi : Bek Tengah
Dia cemerlang sebagai bek tengah tapi turut boleh beraksi sebagai bek kanan kerana dia seorang pemain kaki kanan. Dia bagus dalam membantes dan mungkin ciri permainan terbaik dia adalah ketepatan dan kepantasannya. Sapa nak kenai ngan mamat nie? He2.
Post nie bukan nya betul. Hanya sebagai gurauan dari aku. Minta maaf la ye kalu de yang terasa. Minta maaf banyak2. mereka nie antara kawan-kawan terbaik aku. TQ semua. Aku doa kan korang berjaya. GO GO GO. He2.

Thursday 15 July 2010

::: Setahun Sudah :::


Dah setahun dah Michael Jackson (MJ) meninggal dunia. 25 Jun lalu majlis memperingati nya telah diadakan diseluruh dunia. Gila kan raja pop nie. satu dunia tue org ingat kat dia. Sampai de peminat yang sanggup ceroboh kubur Michael Jackson. Nak buat pe pun ko nak ceroboh. Nak buat ubat guna-guna ke? Gilo2. Fanatik sangat la 2. Ha2.

::: The Twilight Saga : Eclipse :::


Malam tadi aku p tengok cite The Twilight Saga : Eclipse kat Mid Valley, Kuala Lumpur. Sambungan dari movie sebelum nie The Twilight Saga : New Moon. Dari laman-laman blog yang aku tengok. Ramai gila yang xsabar nak tengok cite nie. Mungkin sebab pelakon dia kot. Ha2.

Bella (Kristin Steward) terpaksa memilih diantara cinta Edward (Robert Pattinson) atau kesetian Jacob (Taylor Lautner). Plot percintaan tiga segi nie semakin rumit kerana Bella bukan setakat cinta kat Edward. Tapi dia de gak perasaan cinta kat Jacob. Tapi girl xleh kawin 4 kan. Lelaki bleh? He2. So, Bella kena la pilih sama ada Edward atau Jacob. Perasaan percaya kepada Edward mengatasi segala kemelut percintaan tiga segi dalam movie nie.

Selain plot percintaan, ianya berkisar mengenai pembalasan dendam. Victoria (Bryce Dallas Howard) mula mengumpul kumpulan pontianak barunya di Seattle, dengan bertujuan untuk membunuh Bella. Disebabkan rasa kasih sayang mendalam, Jacob dan Edward, telah mengumpulkan puak mereka untuk mempertahankan nyawa Bella. Sanggup doh dua mamat nie mempertahankan Bella. Sampai patah riuk la si Jacob. Gila-gila. Lepas tue, nak gadoh pasal sorang perempuan. Ek eleh. Xde benda lain ke nak gado. Ha2. O, Alice (Ashley Greene). Comei nya ko. He2.

Berbanding ngan movie sebelum nie. Korang leh lihat pertempuran antara vampire jahat ngan vampire baik + serigala jadian. Bush sana. Bush sini. Boleh dikiranya banyak gak aksi la. Hebat2. He2.

So, pada yang teringin sangat nak tengok cite nie. P cepat. Jangan tangguh-tangguh. Melepas nanti nak tengok cite nie. Lepas tue, kena lak tunggu sambungan movie nie seterusnya. He2.

Monday 12 July 2010

::: Final World Cup 2010 :::

Kemeriahan Piala Dunia kali nie aku sambut kat Dataran Merdeka. Peh, ramai gila la. Meriah habis. Ha2. Bukan 2 je. Happy gila pasal my feveret team p final. SPAIN. SPAIN. SPAIN. Go go go ESPANA. Ha2. Aku de sedia kan gambar untuk korang semua. So, lihat la aksi2 di sana. Hebat. Meriah. Ha2. Kat sini aku de sedia sambungan POST sebelum nie iaitu WORLD CUP 2010. Ringkasan je. Enjoy la ek. He2.

View More Picture >>> Final World Cup 2010

Perlawanan Antara :
Belanda Vs Sepanyol (0-1)
Cite nya : Game yang aku anggap Sengit untuk WORLD CUP 2010 kali nie. kedua-dua team mempunyai kemampuan yang sama rata untuk menang. Team work yang baik bagi kedua2 team. Pertemuan nie lebih tertumpu kepada dua penjaring terbanyak dalam edisi kali nie. Antara David Villa (Spain) n Wesley Sneijder (Belanda). Antara kedua-dua player nie memerlukan jaringan untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak. Tapi diakhir pertemuan nie. kedua-dua mereka tidak berjaya menjaringkan gol. Sehingga habis minit ke-90. Kedua-dua pasukan tidak berjaya mencari jaringan kemenangan. Memaksa perlawanan tersebut disambung ke masa tambahan. Di akhir masa tambahan kedua. Andrés Iniesta berjaya mencari gol kemenangan bagi Spain hasil keadaan kucar-kacir pasukan Belanda. Rekod kemenangan Spain nie adalah rekod berganda bagi pasukan Spain. Selepas kemenangan di EURO 2008. Taniah kepada pasukan SPAIN. REIGN OF LA FURIA ROJA. ESPANA. ESPANA. VIVA LA ESPANA.

KEPUTUSAN KESELURUHAN WORLD CUP 2010

Juara World Cup 2010 : Sepanyol
N. Juara World Cup 2010 : Belanda
Ke-3 World Cup 2010 : Jerman
Ke-4 World Cup 2010 : Uruguay

Anugerah Bola Emas Adidas (Adidas Golden Ball)
*Emas : Diego Forlan (Uruguay)
*Perak : Wesley Sneijder (Belanda)
*Gangsa : David Villa (Sepanyol)

Anugerah Kasut Emas Adidas (Adidas Golden Boot)
*Emas : Thomas Muller (Jerman) – 5 goals, 3 assists
*Perak : David Villa (Sepanyol) – 5 goals, 1 assists
*Gangsa : Wesley Sneijder (Belanda) – 5 goals, 1 assists

Anugerah Pemain Muda Terbaik Hyundai (Hyundai Best Young Player)
*Thomas Muller (Jerman)

Anugerah Sarung Tangan Emas Adidas (Adidas Golden Gloves)
*Iker Casillas (Sepanyol)

Anugerah Fair Play FIFA (FIFA Fair Play Award)
*Sepanyol

::: Balik Tangkak :::

Setelah Sekian lama x balik Tangkak, kali nie aku balik sekali ngan family aku. De buat kenduri arwah sikit kat sana. Bertolak malam jumaat selepas solat isyak. Hari sabtu buat kenduri kat umah arwah nenek (Kampung Payamas – Depan matrikulasi). Hari ahad lak kat umah pak long Seli (pekan Tangkak).

Pak cik n mak cik aku, xsemua nya de untuk 2 kenduri nie. De yang bz ngan hal masing2. Tapi majlis tetap berjalan ngan lancar. Seronok rasa nya. Berkumpul ramai2. Ye la, macam2 benda nak diborak kan. 2 la. Ni la. Sepupu2 aku pun de gak yang balik. Uh, lama gila x jumpa dema. Balik kali nie, anak buah aku dah besar dah. ARISSA. Come 2 uncle. Ha2.

View More Picture >>> Rumah Arwah Nenek
View More Picture >>> Rumah Pak Long Seli

Friday 9 July 2010

::: World Cup 2010 :::

World Cup 2010 dah start pada 11 Jun 2010 yang lalu. Mungkin post nie terlalu lambat aku nak publish. Terlalu sibuk ngan hal2 lain. Post nie hanya ringkasan dari aku mengenai edisi World Cup 2010.

Group Stage


Group A :Uruguay, Mexico, Afrika Selatan n Perancis.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Uruguay n Mexico.
Cerita nya : Kejutan lebih tertumpu kepada kemampuan negara Perancis yang mempunyai player2 yang ternama seperti Anelka, Malouda, Ribery n Gallas. Mereka tidak dapat melangkah ke peringkat seterus nya. Mungkin kerana taktik yang digunakan tidak sesuai untuk player2. Sampai tahap Anelka terpaksa dihantar awal kerana mempertikaikan manager mereka. Iaitu Raymond Domenech. Buat kali pertama dalam masa 30 tahun. Tuan rumah (Afrika Selatan) tidak layak ke peringkat kalah Mati. Tetapi mereka dipuji gak kerana mengalah Perancis dalam perlawanan terakhir (1-2)


Group B :Argentina, Korea Selatan, Greece n Nigeria.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Argentina n Mexico.
Cite nya : Kejutan lebih dilihat bagi negara Korea Selatan. Semangat yang ditunjukkan setiap perlawanan membuktikan bahawa negara Asia mampu melawan negara-negara yang kuat. Kemenangan keatas Greece (2-0) dan seri keatas Nigeria (2-2) membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya. Argentina adalah negara pilihan yang akan p ke peringkat seterusnya. Permainan Messi membuatkan aku teruja walaupun tidak manjaringkan gol.


Group C : Amerika Syarikat, England, Slovenia n Algeria.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Amerika Syarikat n England.
Cite nya : Dimana kemampuan negara England sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak? Kelibat Rooney x menjadi dalam edisi kali nie. Hanya mampu menang sekali dan seri 2 kali dalam peringkat Group. Perlawanan pertama sepatutnya mereka meraikan kemenangan. Disebabkan kesilapan Robert Green (Goalkeeper) mereka hanya seri ngan Amerika Syarikat hasil jaringan Clint Dempsey.


Group D : Jerman, Ghana, Australia n Serbia
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Jerman n Ghana
Cite nya : Jerman bermula ngan garang apabila membelasah negara Australia 4-0. Akan tetapi kegarangan mereka terbantut ngan kekalahan pertama mereka pada edisi kali nie. iaitu kekalahan ngan negara Serbia pada perlawanan kedua (0-1). Mereka terselamat setelah memenangi perlawanan terakhir menentang Ghana (0-1). Ghana merupakan hanya satu negara benua Afrika yang layak ke peringkat kalah mati pada edisi kali nie. Aku x sangka Ghana leh layak. He2.


Group E : Belanda, Jepun, Denmark n Cameroon.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Belanda n Jepun.
Cite nya : aku lebih fokus pada negara Jepun. Hebat n menakjubkan bagi negara Asia nie. Lagi2 perlawanan terakhir dalam Group. Kehebatan Keisuke Honda, Yasuhito Endo n Daisuke Matsui dalam setiap perlawanan harus dipuji. Hanya bertahan, selepas tue lakukan counter attack. Hebat-hebat. He2. Jepun mengalahkan negara Cameroon (1-0) n Denmark (1-3). Walaupun Cameroon de Samuel Et’o n Denmark de Nicklas Bendtner. Masih x dapat mengalahkan Jepun. Team work dude.


Group F : Paraguay, Slovekia, New Zealand n Itali.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Paraguay n Slovekia.
Cite nya : Seperti England, Dimana kehebatan negara Itali sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak? Masih mengunakan perkhidmatan player2 senior (kuda tua). Terumbang-ambing dalam peringkat Group. Tiada kemenangan yang dicipta. Hanya mampu seri dalam perlawanan pertama n kedua. Kemudian kalah ngan negara Slovakia (3-2). Aku jangka negara Itali dapat p peringkat seterusnya. Meleset. Hu2.


Group G :Brazil, Portugal, Ivory Cost n Korea Utara.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Brazil n Portugal.
Cite nya : Group maut dalam edisi kali nie. terdapat 3 negara bersaing hebat. Iaitu Brazil, Portugal n Ivory Cost. Perkara yang menarik dalam Group nie hanya kemenangan besar Portugal keatas Korea Utara (7-0). Kelibat Kaka (Brazil) dalam Group masih tidak nampak. Masih mencari rentak. Apakah punca nya?


Group H : Sepanyol, Chile, Switzerland n Honduras.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Sepanyol n Chile.
Cite nya : Kejutan lebih tertumpu kepada kekalahan negara Sepanyol keatas negara Switzerland (0-1). Kekalahan yang membuatkan aku n kipas-susah-mati (fan club) lain kecewa. Tapi nasib baik menang kedua2 perlawanan selepas tue. He2. Tapi aku masih musykil. Kenapa Vicente Del Bosque (manager) tidak mengunakan David Villa, Juan Mata n David Silva? Bukan kah mereka sudah biasa ngan permainan masing2 di Valencia. Masih lagi nak guna Fernando Torres yang masih belum elok dari kecedaraan.

Round Of 16

Perlawanan antara :
Uruguay Vs Korea Selatan (2-1)
Amerika Syarikat Vs Ghana (1-2)
Brazil Vs Chile (3-0)
Belanda Vs Slovakia (2-1)
Argentina Vs Mexico (3-1)
Jerman Vs England (4-1)
Paraguay Vs Jepun (0-0) (Penalti : 5-4)
Sepanyol Vs Portugal (1-0)
Negara yang layak peringkat quaterfinal: Uruguay, Ghana, Brazil, Belanda, Argentina, Jerman, Paraguay n Sepanyol.
Cite nya : Kesungguhan negara Korea Selatan n Jepun harus dipuji dalam edisi kali nie. Walaupun kedua-dua pasukan x layak ke peringkat seterusnya. Tetapi semangat mereka untuk menang terlalu tinggi. Cuma nasib x menyebelahi mereka. Negara tunggal benua Afrika. Layak ke peringkat seterusnya. Jaringan pada masa tambahan. Membuatkan mereka layak ke suku akhir. Negara Brazil, Belanda n Argentina melepasi peringkat nie dengan mudah. Masing2 menang pada peringkat nie untuk p ke peringkat suku akhir. Perlawanan tumpuan dalam peringkat nie ialah perlawanan antara Jerman Vs England n Sepanyol Vs Portugal. Jerman membuat kejutan sekali lagi. Kali nie memalukan n membenam semangat skuad England ngan kemenangan 4-1. Walaupun Jerman menang, tapi de benda harus dipertikaikan dalam perlawanan nie. Iaitu jaringan Frank Lampard yang x disahkan oleh pengadil. Mungkin perlawanan tue akan berubah sekiranya jaringan tue diterima. Sepanyol lak ngan mudah mengalahkan Portugal (1-0). Nampak kehebatan pemain termahal di dunia (Cristiano Ronaldo) x mampu mengubah perjalanan Portugal pada edisi kali nie. Jadi bapak ek? Ambik ko. Ha2.

Quaterfinal

Perlawanan antara :
Uruguay Vs Ghana (1-1) (Penalti : 4-2)
Belanda Vs Brazil (2-1)
Argentina Vs Jerman (0-4)
Paraguay Vs Sepanyol (0-1)
Negara yang layak ke peringkat semifinal : Uruguay, Belanda, Jerman n Sepanyol
Cite nya : Kemaraan Ghana tersekat ngan kekalahan keatas Uruguay. Selepas tersekat ngan keputusan seri dalam tempoh 90 minit, kemenangan Uruguay disahkan melalui penalti. Ghana berjaya mendapatkan penalti pada minit akhir masa tambahan kedua. Tetapix gol kerana terlalu over confident pemain yang mengambil sepakan penalti. He2. Sepanyol dah tentu leh makan Paraguay punya. Menang 1-0 ngan Paraguay. Kekalahan Brazil n Argentina paling mengejutkan. Kedua-dua negara adalah pilihan memenangi world cup kali nie. Tapi disekat oleh Belanda n Jerman. Belanda menunjukkan aksi menarik pada separuh masa kedua. Mereka mengatur strategi sehingga menang ngan Brazil 2-1. Selepas memalukan England ngan 4-1. Jerman kali nie mengaibkan skuad bimbingan Maradona. Gila seh. 0-4 ko malukan Messi. Sian Messi. Hu2.

Semifinal

Perlawanan antara :
Uruguay Vs Belanda (2-3)
Jerman Vs Sepanyol (0-1)
Negara yang layak ke peringkat Final : Belanda n Sepanyol
Cite nya : Perlawanan yang aku jangka Belanda akan menang mudah ngan Uruguay. Tapi meleset. Uruguay nie mempunyai semangat gila biba nak ke Final. Tentang habis2. Dari awal sampe habis dema bersemangat gila. Tapi kelincahan Arjen Robben xleh dipertikaikan. He2. Nie baru betul. Buku bertemu ngan ruas. Jerman Vs Sepanyol. Nampak sapa lagi hebat. 2 la “true football” dari Sepanyol. Hebat kan. Ha2. Perlawanan yang berkesudahan Sepanyol mengalahkan Jerman (0-1). Sebelum nie ko tibai Australia, England n Argentina. Bila dah bertemu ngan Sepanyol, tau mati kutu. GO GO GO ESPANA. Ha2.

3rd Place

Perlawanan Antara :
Uruguay Vs Jerman (2-3)
Cite nya : Setelah Uruguay dikalahkan oleh Belanda n Jerman pulak dikalahkan oleh Spain. Tempat ketiga menjadi sasaran bagi kedua-dua negara tesebut. Jerman hanya mengunakan khidmat pemain muda untuk bertemu ngan skuad Uruguay. Perlawanan ini berlansung ngan sengit. Saling menyerang antara kedua-dua pasukan nie. Perlawanan diakhiri ngan Jerman memenangi perlawanan tersebut ngan jaringan 3-2. Dalam perlawanan nie aku puji pemain Uruguay, Diego Forlan. Permainan di dalam padang amat menarik untuk disaksikan.

Final

Perlawanan antara :
Belanda Vs Sepanyol (?-?)
Cite nya : KENA TUNGGU LA LEPAS GAME FINAL...da...he2..