Setelah sekian lama x sediakan post baru. Kali nie aku muncul ngan post baru. Sori la. Coz aku bz kat U semenjak masuk nie. Bz ngan studi, asgment n macam2 lagi la. Bagi member2 kampung yang selalu dok tanya aku “Kenapa x balik kampung dah?”. Sori banyak2 ye. Bukan aku sesat atau derhaka xnak balik kampung. Tapi aku bz la bro. Hu2.
Pada 20 Febuari 2009. Hari jumaat. Aku ikut event member2 umah aku. Dema buat event bowling kat Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam, Selangor. Dema nie semua, budak2 sport U aku. Pada mula nya, aku just Kamera Man je. Tapi disebabkan salah seorang member dema xdapat join. Aku kena ganti tempat dia. Yang nie aku nak bangga sikit la ek. Dalam event 2, team aku dapat no. 4. Dapat pingat doh. Bukan pengat pisang atau labu. Tapi pingat gantung kat leher 2 ek. Terasa bangga n riak aku di sini. Ha2.
Dalam post nie gak. Aku sediakan gelagat member2 aku masa event bowling 2. So, korang baca n gelak la sorang2 ek. Kalu de teman2 yang join baca post nie. Biar kan dema gelak sekali. Jangan pulak korang tampar muka dia lak. Orait. He2.
Nie masa sebelum start event 2. Kitaorang p mam dulu kat Food Court PAS. Nasi ayam 2 wei. Sampai kawan aku sorang 2. Mam nasi ayam 2 dua bungkus. Aku xnak la bagi tau sapa orang nya. xbaik mengaibkan orang len. Betul x? He2.
Gambar sebelah kiri nie, gambar ketika dengar taklimat sebelum start game. Masing2 khusyuk dengar taklimat. Dalam taklimat nie de bagitau pantang larang dalam game nie. Pantang larang utama nya. Ketika nak baling bola bowling. Jangan sekali2 tinggal kan bola 2 dibelakang. Takut digelak kan oleh kawan2 sendiri. Ha2. Gambar sebelah kanan lak, gambar ketika game tengah berlansung. Dak baju kuning nie memang xleh blah. Orang len sibuk ngan game. Dia sibuk nak terbang. Dia xtakut ke. Kalu kawan2 yang lain terhidu bau ketiak beliau. Ha2.
Nie gambar selapas game. Masing2 cuba menayangkan muka. Yela, takut terlepas kan. Korang ingat masuk dalam majalah sekolah ke. ataupun majalah wanita. He2. Satu majalah pun xmasuk. just simpanan untuk hari tua. Nanti bila cucu2 atau cicit2 tanya. Cakap la macam nie "Dulu, Atok hebat main bowling. Kalah kan shalin zulkifli. Atok dapat no. 4. Shalin no. 1. Hebat x atok?". Gerenti lepas 2. Cucu2 atau cicit2 korang 2 terus pijak perut korang sampai kuar hingus warna biru.
Gambar masa penyampaian hadiah. Orang lain yang dapat. Orang lain gak yang sibuk nak bergambar. kelakar siot masa 2. Lagi2 mamat pakai spek mata hitam 2. he2. De je muka dia. tengok gambar lain pun de dia. pe la masalah mamat nie. Aku rasa kurang vitamin ABC dalam badan nie. Ha2.
2 sajelah retetan untuk event nie. Pada korang yang nak tengok lagi gambar2 masa event nie. Sila tekan "More Picture" atau korang leh tekan "Galeri Gambar" yang berada sebelah kanan blog nie. Enjoy ek. Da...
No comments :
Post a Comment