P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Monday 24 June 2013

::: Tak Sabar Rasanya :::

Sedar tak sedar. Dah masuk bulan julai dah. Tak lama lagi kita semua umat islam di dunia akan menjalankan ibadah puasa. Uh, tak sabar rasanya nak berpuasa. Ha2.Berdasarkan kalendar. Bulan Ramadhan pada tahun nie akan jatuh pada 10 julai 2013. InsyaAllah. Pada yang dah start berpuasa sunat tue. Bagus. Alhamdulillah. Persiapan namanye tue. Persiapan untuk bulan Ramadhan yang akan datang tak lama lagi. Untuk post kali nie. tak de benda sangat aku nak merepek. Just beberapa info untuk korang ketahui. Enjoy ek. Sumber Utama : Surat Khabar Sinar, 23 Jun 2013.

Peristiwa Lama Berulang Kembali
Jerebu. Oh, jerebu.  Kejadian nie berpunca dari pembakaran terbuka yang berleluasa di Sumatera, Indonesia. Seperti yang kita ketahui. Setiap kali jerebu melanda. Punca nya mesti punca yang sama. Tempat yang sama. Bukan aku nak salahkan sesiapa. Tapi dok pikir la sendiri. Seperti suatu artikel yang aku baca dalam akhbar tempatan semalam. “Kita boleh arahkan rakyat kita supaya jangan buat pembakaran terbuka”. Ada kuasa ma. Lakukan je la. Pada individu-individu yang terlibat. Stop buat pembakaran terbuka. Pikir la akibatnya dulu sebelum buat. Ada akai kan. Pikir sendiri. Tolong la jangan susahkan orang lain.

Tunjuk Perasaan
Pertama. Brazil - Lebih sejuta rakyat negara Brazil berhimpun dan mengadakan tunjuk perasaan. Punca nya? Kerana rakyat Brazil membantah kos penganjuran kejohanan bola sepak dunia 2014 yang menelan belanja yang tinggi sedangkan mereka tidak mendapat manfaat daripadanya dalam keadaan masalah sosial yang semakin meruncing melanda negara itu.

Kedua. Indonesia - Selepas kerajaan Indonesia mengumunkan kenaikan harga bahan api bersubsidi pada jumaat lalu, protes jalanan terus berlanjutan di bandar utama seluruh negara itu, semalam. Kenaikan itu menyaksikan harga gasolin sekitar 45 sen hingga 65 sen seliter. Manakala harga diesel ditetapkan antara 45 sen hingga 55 sen.

Pasal isu bola sepak tue. Perkara baru bagi aku. Pasal harga minyak lak. Dah alami dah. Walaupun harganya lagi murah dari negara kita. Rakyat masih tak puas hati gak at sana. Nie baru cite luar negara. Lum cite lagi dalam negara. Wah tak leh cakap banyak-banyak bro. Nanti gua kena tangkap. Hu2. Masuk landasan. Masuk landasan. Jangan keluar landasan. Sreeeeet. Bak kata dalam media dulu la kan. “Malaysia Memilih”. Semalam punya surat khabar. “Kuasa Rakyat Sudah Diiktiraf”. Pikirkan rakyat dulu beh. Jangan pikir untung perot sendiri. pikir-pikir la ye. 

Iklan jap : Mari kita memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita dijauhi serta dihindarkan daripada sebarang bencana dan malapetaka. InsyaAllah.

Thursday 20 June 2013

::: Motivasi Kerja :::

Bangun pagi. Terus tengok jam. Wah, dah pukul 6.00 pagi. Berat betul mata nie nak buka. “Argh... Baru pukul 6.00 pagi. 5 minit lagi la”. ZZZZzzzzZZZzzzzzzzzz. Bunyi alarm n-set. Tet.. tet... tet... Dah pukul 6.40 pagi. Kelam kabut bangun. Capai tuala. Terus p mandi. Mandi pun laju-laju dah macam mandi kerbau. Siap-siap terus p keje. Sampe tempat keje. Muka layu. Pandang kiri kanan. Pandang meja keje sendiri. “Isk, keje semalam. Malas nye nak buat. Tolak tepi dulu la”. Start keje pun ntah pe ntah. Sampe la  habis waktu keje. Besok ulang balik. Ulang balik. Hari-hari. Masuk bulan depan pun sama. Masuk tahun depan pun sama.

As’kum. Artikel kat atas nie,  takde kaitan ngan sapa-sapa ek. Just sebagai pembukaan topik. Pada yang terase tue. Gua mintak maaf awal-awal la ek. Maaf kan SAYA ye. Sekarang aku dah masuk ke zaman pekerjaan dalam kehidupan aku. Di mana zaman kedua selepas zaman persekolahan (sekolah rendah, sekolah menenggah dan universiti). Aku tak nafikan. Zaman pekerjaan nie adalah zaman yang paling mencabar bagi diri aku. Untuk tue, disini aku nak berikan sedikit info pada korang dan untuk aku juga.

Meningkatkan motivasi kerja :

Hasilkan momentum awal
Cara macam nie jelas mempengaruhi keseluruhan hari bekerja. Bangun je pagi. Terus siap-siap untuk p kerja. Sampe tempat kerja terus start keje. Masa tue tak pandang kiri kanan dah. Kalu dapat kekalkan momentum nie sampe tengahari. Confirm pada waktu petang, semangat tue masih sama macam waktu pagi. Cuba paksa diri untuk melakukan kesemua tugas yang sepatutnya dilakukan pada hari ini. lebih cuba paksa lagi ketika orang lain sudah hampir kehabisan tenaga. Ia ibarat korang memecut pantas ketika orang sudah kepenatan di dalam perlumbaan. Inilah yang akan membezakan korang daripada orang lain!
Iklan jap : Keje-keje gak. berehat pun kena de gak. Just take five. Layan angry bird ke. Sudoku ke. tapi jangan la sampe berjam-jam lak.

Fokus pada perkembangan jangka masa panjang
Sentiasa meletakkan sesuatu matlamat dalam diri korang. Ini juga merupakan salah satu daripada motivasi kerja yang amat baik. Tak mustahil dari seorang “office boy” korang akan naik sebagai seorang pegawai pada suatu hari nanti. Sentiasalah pamerkan kebolehan terbaik korang. Tumpuan kerja yang tinggi, sentiasa meningkatkan kemahiran dan membantu orang lain naik. Mungkin dari sini korang akan dapat belajar benda yang baru.
Iklan jap : David Beckham dulu “Water Boy” je. Tengok sekarang. Dah kahwin ngan Victoria, Spice girl. Sebenarnya tue la matlamat jangka masa panjang dia.

Bercakap perkara yang positif
“Argh... malas betul la nak buat benda nie”. Tolak sikap macam nie. Ia akan melemahkan semangat korang bekerja. Korang mesti latih diri berfikiran positif. Cara terbaik adalah berkawan dengan orang-orang positif di tempat kerja anda yakni mereka yang mengutamakan prestasi kerja dan nilai persahabatan sebagai tunjang kehidupannya.
Iklan jap : Kalu leh bercakap la dalam hati je. tak mau la cakap sampe orang lain nampak mulut korang kumat-kamit atau rakan sekerja korang dengar.

Bersaing dengan rakan sekerja
Dalam perkara nie, bukan aku maksudkan mengalahkan rakan sekerja sehingga menghancurkan kariernya. Bersaing secara sihat. Bersaing dari sudut prestasi dan kebolehan dalam bidang kerja. Persaingan banyak manfaatnya jika digunakan secara positif. Ia boleh membawa kepada pencapaian yang membanggakan tanpa diduga. Selalu cuba menjadi yang terbaik daripada orang lain.
Iklan jap : Masa Portugal menang ngan England dulu. Sampe C.Ronaldo saje-saje lambat balik ke England. Sebab pe? Pe jadi pada Rooney? Lalala....

Kebanggaan diri dan pencapaian
Pandang kiri dan kanan sebelum balik dari keje. Keje-keje korang selesai korang lakukan. Rasa macam “eh, hebatnya aku. Dapat gak selesaikan semua keje. Alhamdulillah”. Dengan nie akan timbul perasaan bangga pada diri sendiri. Tanggungjawab yang dipikul dapat dilakukan dengan cemerlang. Di sini korang akan tahu apa yang patut dilakukan keesokkan harinnya.
Iklan jap : Ini satu perkara lagi. Jangan balik tue. Asyik senyum je. Bangga sangat tue. Rileks sudah.


Semoga dengan info nie dapat memberi manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah. Rezeki tue datangnya dari Allah S.W.T. Untuk mencapai nya, usaha mesti ada. Biar keje macam gaji beribu-ribu. Janji kita ikhlas melakukannya. Jangan lak gaji beribu-ribu. Keje macam tak ikhlas. Jadikan keje tue sebagai ibadah. Confirm nanti korang tak sedar. “Eh, besok dah gaji rupanya. Cepatnya”. 

Sesungguhnya aku seorang insan yang memiliki banyak kekurangan dan sedang belajar menjadi seperti perkara-perkara di atas. Akhir kata, Maaf sekali lagi sekiranya de yang terasa. Post nie sekadar info untuk kita bersama. As’kum semua. Tunggu next post. Da.....

Tuesday 18 June 2013

::: Happy Father's Day :::

"Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan."
Sumber : http://ms.wikipedia.org

Aku rasa, belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa pada sesiapa sahaja yang sudah bergelar bapa. Pada ayanda ku dan bapa mertua ku. Selamat Hari Bapa. Semoga panjang umuq dan dimurahkan rezeki. Semoga kita menjadi keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Pada Sahabat ku Shah Boo dan pakcik n makcik ku, Mak Azie n Pak Kim. Taniah di atas kelahiran anak pertama. Kena lak minggu Hari Bapa. Taniah-taniah. Ha2. Semoga korang berbahagia di samping keluarga tersayang. By the way, Selamat Hari Bapa semua.

ANAK-ANAK ABAH

Monday 17 June 2013

::: Stress :::

“En. Amir payment rumah memang tak boleh bayar ke? Elok cam ni la, en bg semula kunci rumah tu pada Bank @ doakan semoga peminjam itu mati, sebab Bank leh cover insurans dari hidup menyusahkan Bank kan, tq”

Pe perasaan korang kalu dapat mesej macam nie? Mesti marah punya kan. Aku dapat benda nie dari Akhar Sinar (Edisi Selangor & Kuala Lumpur). Bertarikh 16 Jun 2013, Ahad. Muka surat 48. Mamat yang dapat mesej nie Kontraktor. Dari Kuantan, Pahang. Punca nye mempunyai tunggakkan ngan pihak Bank tersebut lebih dari RM8 ribu. Alahai, tak perlu la anta mesej pada customer macam tue. Ko sita je la umah tersebut. Ikot je prosedur yang de. Settle sudah.

Aku bukan nak fokus sangat pada kes nie. Fokus utama aku, tekanan keje. Tak kira la dari sektor awan ke. Dari sektor swasta. Semua orang de hadapi masalah yang sama. Aku? Kalu aku cakap tak de. Tak logik la pulak kan. Sama je macam korang. Bab-bab macam nie. kita sendiri kena bijak hadapi nye. Selesaikan dengan cara profesional.

Bersukan dan beriadah. Otak pun nak kena releks. Asyik keje je. ne tak jadi tekanan. Bawa-bawa la diri tue p bersukan. P main bola ke. Badminton ke. Jog ke. Paling malas pun la. P ajak anak jiran sebelah rumah main guli. Kalu anak jiran anak dara. Ajak p tengok wayang la pe lagi. Salah satu cara gak nak ilang kan stress.

Cara terbaik adalah menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

7 Langkah Menangani Tekanan Kerja
  1. Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  2. Rancang Kerja Anda
  3. Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  4. Mempunyai Sikap Yang Betul
  5. Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  6. Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
  7. Amalkan Cara Hidup Sihat


Saturday 8 June 2013

::: Artikel, Artikel Dan Artikel :::


As’kum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya, aku xtau artikel apa yang aku nak buat malam nie. Xpe la. Just taip je la ek. Janji aku de update blog untuk malam nie. Wahai jari-jariku start bergerak semua. Maju semua. Orait. Aku nak mulakan dulu dengan berita utama untuk minggu nie.

Beberape bulan lepas. Kita dikejutkan dengan jejambat di Selangor Science Park 2 runtuh kerana mengalami masalah mendapan yang teruk. Minggu nie, kita dikejutkan pulak dengan penyambung jambatan kedua Pulau Pinang runtuh. Berlaku pada hari khamis (6hb Jun 2013), lebih kurang pukul 7 malam waktu Malaysia. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Nampaknya de gak mangsa yang terlibat. Ermmmm. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin. Amin.

Seniman S Shamsudin. Telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong Singapura. Meninggal dunia pada usia 84 tahun. Kira-kira jam 10.56 pagi (4hb Jun 2013) akibat sakit tua dan paru-paru berair. Teringat lak aku ngan lagu “Menceceh Bujang Lapok”. Lagi-lagi step berjalan semasa lagu nie dinyanyikan dalam petikan filem “Pendekar Bujang Lapok”. Hu2. Sedih. Sedih. Sesungguhnya pemergian Seniman S Shamsudin tiada pengantinya di hati kami. Al-fatihah.

Nie de satu perkara lagi. Just for information pada korang semua la kan. Petang semalam aku de dapat satu artikel nie. Artikel dari kawan ofis aku. Artikel yang agak kelakar gak la.. Cuba korang baca ek dan perhatikan diri anda. He2.

“Tahukah anda, hampir 92% lelaki berkahwin akan BOROI setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami BOROI hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami BOROI. Dan menurut kajian lagi, lelaki BOROI lebih PENYAYANG dan BERFIKIRAN JAUH. Sesungguhnya BOROI itu seksi.”

Anda rasa diri anda GEMOK. BUNCIT. Sering diejek kawan-kawan. BOROI. TONG DRUM. TRUK. Jangan jadikan itu sebagai alasan anda untuk bunuh diri. Makan ubat tido banyak-banyak. Jog petang, pagi dan malam. Xperlu diet gila-gila.  

Kerana ANDA
sebenarnya seorang yang SEKSI.
Wauuuuu... Ha2.