Bangun pagi. Terus tengok jam. Wah, dah pukul 6.00
pagi. Berat betul mata nie nak buka. “Argh... Baru pukul 6.00 pagi. 5 minit
lagi la”. ZZZZzzzzZZZzzzzzzzzz. Bunyi alarm n-set. Tet.. tet... tet... Dah pukul
6.40 pagi. Kelam kabut bangun. Capai tuala. Terus p mandi. Mandi pun laju-laju
dah macam mandi kerbau. Siap-siap terus p keje. Sampe tempat keje. Muka layu. Pandang
kiri kanan. Pandang meja keje sendiri. “Isk, keje semalam. Malas nye nak buat.
Tolak tepi dulu la”. Start keje pun ntah pe ntah. Sampe la habis waktu keje. Besok ulang balik. Ulang
balik. Hari-hari. Masuk bulan depan pun sama. Masuk tahun depan pun sama.
As’kum. Artikel kat atas nie, takde kaitan ngan sapa-sapa ek. Just sebagai
pembukaan topik. Pada yang terase tue. Gua mintak maaf awal-awal la ek. Maaf
kan SAYA ye. Sekarang aku dah masuk ke zaman pekerjaan dalam kehidupan aku. Di
mana zaman kedua selepas zaman persekolahan (sekolah rendah, sekolah menenggah
dan universiti). Aku tak nafikan. Zaman pekerjaan nie adalah zaman yang paling
mencabar bagi diri aku. Untuk tue, disini aku nak berikan sedikit info pada
korang dan untuk aku juga.
Meningkatkan
motivasi kerja :
Hasilkan
momentum awal
Cara macam
nie jelas mempengaruhi keseluruhan hari bekerja. Bangun je pagi. Terus
siap-siap untuk p kerja. Sampe tempat kerja terus start keje. Masa tue tak
pandang kiri kanan dah. Kalu dapat kekalkan momentum nie sampe tengahari.
Confirm pada waktu petang, semangat tue masih sama macam waktu pagi. Cuba paksa
diri untuk melakukan kesemua tugas yang sepatutnya dilakukan pada hari ini.
lebih cuba paksa lagi ketika orang lain sudah hampir kehabisan tenaga. Ia
ibarat korang memecut pantas ketika orang sudah kepenatan di dalam perlumbaan.
Inilah yang akan membezakan korang daripada orang lain!

Fokus pada
perkembangan jangka masa panjang
Sentiasa
meletakkan sesuatu matlamat dalam diri korang. Ini juga merupakan salah satu
daripada motivasi kerja yang amat baik. Tak mustahil dari seorang “office boy”
korang akan naik sebagai seorang pegawai pada suatu hari nanti. Sentiasalah
pamerkan kebolehan terbaik korang. Tumpuan kerja yang tinggi, sentiasa
meningkatkan kemahiran dan membantu orang lain naik. Mungkin dari sini korang
akan dapat belajar benda yang baru.
Iklan jap :
David Beckham dulu “Water Boy” je. Tengok sekarang. Dah kahwin ngan Victoria, Spice
girl. Sebenarnya tue la matlamat jangka masa panjang dia.
Bercakap
perkara yang positif
“Argh... malas
betul la nak buat benda nie”. Tolak sikap macam nie. Ia akan melemahkan semangat
korang bekerja. Korang mesti latih diri berfikiran positif. Cara terbaik adalah
berkawan dengan orang-orang positif di tempat kerja anda yakni mereka yang
mengutamakan prestasi kerja dan nilai persahabatan sebagai tunjang
kehidupannya.
Iklan jap : Kalu
leh bercakap la dalam hati je. tak mau la cakap sampe orang lain nampak mulut
korang kumat-kamit atau rakan sekerja korang dengar.
Bersaing dengan rakan sekerja
Dalam perkara nie, bukan aku maksudkan mengalahkan rakan sekerja sehingga menghancurkan kariernya. Bersaing secara sihat. Bersaing dari sudut prestasi dan kebolehan dalam bidang kerja. Persaingan banyak manfaatnya jika digunakan secara positif. Ia boleh membawa kepada pencapaian yang membanggakan tanpa diduga. Selalu cuba menjadi yang terbaik daripada orang lain.
Dalam perkara nie, bukan aku maksudkan mengalahkan rakan sekerja sehingga menghancurkan kariernya. Bersaing secara sihat. Bersaing dari sudut prestasi dan kebolehan dalam bidang kerja. Persaingan banyak manfaatnya jika digunakan secara positif. Ia boleh membawa kepada pencapaian yang membanggakan tanpa diduga. Selalu cuba menjadi yang terbaik daripada orang lain.
Iklan jap : Masa
Portugal menang ngan England dulu. Sampe C.Ronaldo saje-saje lambat balik ke
England. Sebab pe? Pe jadi pada Rooney? Lalala....
Kebanggaan
diri dan pencapaian
Pandang kiri
dan kanan sebelum balik dari keje. Keje-keje korang selesai korang lakukan.
Rasa macam “eh, hebatnya aku. Dapat gak selesaikan semua keje. Alhamdulillah”.
Dengan nie akan timbul perasaan bangga pada diri sendiri. Tanggungjawab yang
dipikul dapat dilakukan dengan cemerlang. Di sini korang akan tahu apa yang
patut dilakukan keesokkan harinnya.
Iklan jap :
Ini satu perkara lagi. Jangan balik tue. Asyik senyum je. Bangga sangat tue.
Rileks sudah.
Semoga
dengan info nie dapat memberi manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah. Rezeki
tue datangnya dari Allah S.W.T. Untuk mencapai nya, usaha mesti ada. Biar keje
macam gaji beribu-ribu. Janji kita ikhlas melakukannya. Jangan lak gaji
beribu-ribu. Keje macam tak ikhlas. Jadikan keje tue sebagai ibadah. Confirm
nanti korang tak sedar. “Eh, besok dah gaji rupanya. Cepatnya”.
Sesungguhnya aku seorang insan yang memiliki banyak kekurangan dan sedang belajar menjadi seperti perkara-perkara di atas. Akhir kata, Maaf sekali lagi sekiranya de yang terasa. Post nie sekadar info untuk kita bersama. As’kum semua. Tunggu next post. Da.....
Sesungguhnya aku seorang insan yang memiliki banyak kekurangan dan sedang belajar menjadi seperti perkara-perkara di atas. Akhir kata, Maaf sekali lagi sekiranya de yang terasa. Post nie sekadar info untuk kita bersama. As’kum semua. Tunggu next post. Da.....
No comments :
Post a Comment