P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday 24 December 2008

::: Argh, Histeria! :::

Tayangan Histeria dah nak dekat seminggu ditayangkan. Aku, Apoi (adik aku) n Jeman a.k.a Kapal Selam p tengok kat The Mines (22 Disember 2008). Macam biasa la, xramai orang. Ye la. Bukan hari minggu. Kalu hari minggu mau ramai orang kan.

Kitaorang masuk panggung kul 9.50malam. Habis dalam kul 11 lebih. Bagi aku cerita ni nak kata seram sangat xde la. Biasa je. Tapi aku respek ngan solekan dalam cerita nie. Nampak mengerikan n mengerunkan la. Yang penting awek2 dalam cerita nie semua muda2. Memang tarikan pada yang sapa nak tengok sangat cerita nie. He2. Bg kejutan dalam cerita nie lak. Kurang menakutkan.

So, pengajaran dalam cerita nie ialah jangan la terlalu berani n bongkak sangat pada perkara2 paranormal nie. Mereka nie syaitan yang boleh menyerupai pe saja. Pada korang ada jumpa ngan benda2 pelik lak. Jangan la sekali2 try untuk tengok, baca ayat2 yang pelik atau pakai benda tersebut. Ingat kita nie kerdil je. ALLAH S.W.T kan de. Mintak tlg kat dia. InsyaAllah. Pada kawan aku sorang 2, jangan cemburu ek. Aku n Jeman dah tengok Histeria. Rugi la ko balik awal. Wek. He2.

Sapa dalam gambar 2 : Aku, Apoi (adik aku) n Jeman a.k.a Kapal Selam.

::: Ke Hulu Ke Hilir :::

Pada korang yang ikuti blog aku nie. Mesti ingat post Jiwa Seni (17 Disember 2008). Tentang adik aku (Apoi) kat U dia (ASWARA). Keje yang dia anta 2, dia kena tambah2 lagi n kena anta hari isnin (22 Disember 2008). Jdi terpaksa la bawa blik. Masa 2 lak, kitaorang 1 family nak balik kg ke Perak. Bayangkan la Lukisan yang besar 2, nak dimasukkan dalam keta. Korang pk la. Mcam ne kitaorang masukkan. He2.

Nak xnak aku kena la anta adik aku sorang nie ke U dia. Nasib baik aku ajak Jeman a.k.a Kapal Selam nak ikut aku p. Kalu x, bosan siot aku kat sana. Mana xnya. Lama gila apoi p jumpa lecture dia. Aku n Jeman lak merayau2 dalam ASWARA. Ke hulu ke hilir. Ambik gambar sana. Gambar sini. Sampai satu tahap kitaorang dah xlarat nak bergambar. He2. Dalam kul 6 baru la setle apoi punya hal. Kitaorang terus gerak ke Putrajaya. Ye la nak ambik mama n adi dari keje. Ah, aku lupa lak. Bapak aku xde 2 3hari nie. Dia p kursus kat negeri 9. Hari rabu baru blik. Hari rabu kitaorang terus balik ke Perak. So, pada member2 kg. Tggu kepulangan aku. He2.

Sapa dalam gambar 2 : Aku n Jeman a.k.a Kapal Selam.

::: Indahnya Matahari Terbenam :::

Suasana matahari terbenam 2 wei. Best gila bila tengok matahari terbenam waktu2 senja. Aku, Shah Ciken n Nabil (Old Man) merewang2 kat area Hutan Melintang (21 Disember 2008).

Saja je nak lepak2 kat jeti Hutan Melintang nie. Masa 2 lak kitaorang xtau nak buat pe. Nabil la bagi idea. Ajak p lepak kat jeti. So, Aku n Shah Ciken ikut la sekali. Sambil 2 leh tngkap gambar waktu matahari terbenam. Banyak gak la gambar yang aku ambik. Tapi yang aku masuk kan dalam post nie 2 je. Nak tengok yang lebih. P la merewangkan diri ke Galeri Gambar blog aku nie.Orait.

::: Semoga Cepat Sembuh :::

By da way, aku x kenai ngan Naemah nie. Tengok dia kat Hospital Teluk Intan, Perak (20 Disember 2008). Tapi aku kenai sangat bapak dia. Cikgu Soud. Masa aku skol dlu, bapak dia nie Pengetua kat skol aku. So kenai la kan. Minah nie xden kat area kawasan kampung aku nie. Xden ngan keta. Dia ngan member dia naik mto. Kes xsempat elak la kot. He2.

Masa p nie, aku join je. Naik keta Zapi a.k.a Prap. Ala, walaupun xkenai. Xsalah kan melawat dia. Bukan nak tunjuk kita nie baik. Tapi kesakitan orang lain. Kita tengok n perhatikan keperitan dema. Sekurang-kurangnya bila kita melawat. Kurang la skit kesakitan yang dia alami. Lagi pun aku dah alami la semua 2. Sakit sial dok hospital nie. Makanan dah la xsedap. Suram je. Tapi nasib baik nurse-nurse nya lawa. He2.

Pada Naemah n member se xden dia 2, walaupun aku xkenai korang. Aku doakan korang cepat sembuh. Leh lpas nie, ikut aku merempit. Orait. He2.

Sapa Dalam Gambar 2 : Zapi Prap, Anam Asparagus, Paeh Goyang, Kebey, Shah Bulat n Mangsa xden (yang girl ek).

::: Selamat Pengantin Baru :::

Selamat Pengantin Baru (20 Disember 2008) kepada abg Shah Ciken. Dan terima kasih gak coz sediakan makanan2 yang sedap untuk aku melantak. Ha2.

Aku p ngan member2 aku la. Pe lagi kan. Masa 2 semua ada. Kecuali Pawa, Peje n Bob. P satu group sekali. Kitaorang kumpul kat umah Anam Asparagus. Dalam kul 12tengahari. Aku lak seperti biasa, mesti bawa kamera nya. Dah sedia awal2 dah. Nak tengok gambar masa kenduri 2. Tengok la kat Galeri Gambar blog aku nie.

Sampai je kat sana, kitaorang semua dijemput p makan. Pe lagi tibai la. Dah masuk waktu makan kan. Sebelum 2 aku p la ambik beberapa gambar. Lepas 2 baru aku p makan. Uiks, sedap gila lauk2nya. Nasib baik aku xtambah, kalu aku tambah. Xcukup lauk dibuatnya. Ha2. Dalam Kemeriahan kenduri 2. Sempat gak mamat sorang 2 berkaroeke. Sapa tau sapa mamat 2. Ha2.

Untuk pengantin, aku xde hadiah nak bagi. Just aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga panjang umuq n bahagia hingga ke anak cucu cicit. Amin.
Sapa Dalam Gambar 2 : Pasangan Pengantin, Anam Asparagus, Azarul, Paeh Goyang, Kebey, Hadi Dato', Shah Ciken, Zapi Prap, Shah Bulat n Wan Canai.

Friday 19 December 2008

::: Jiwa Seni :::

Hari rabu (17 Disember 2008). Aku p ambik adik aku kat U dia (ASWARA). uiks, nie x pertama aku masuk dalam hostel dia. Hari 2 masa anta dia, aku xde. Aku kat U (UNISEL) masa tue. So, xdapat ikot. Hu2.

Pada mula nya, adik aku nak aku ambik barang-barang dia je. Tapi disebabkan dia tinggal sorang-sorang je kat hostel. Aku ajak dia balik. Tapi hari jumaat dia kena datang balik. Dia nak submit keje dia kat lecture dia. Korang nak tau pe keje dia tue? Ah, korang tengok gambar yang aku sediakan 2. Tada...

Tue la keje dia. 2 la adik aku. Dia blaja kat sana ambik diploma seni halus. Baru sem first. Mungkin pada korang xla berapa bgus keje dia 2. Tapi dia baru blaja. Ambil masa la nak buat yang bgus. Btul x? Aku doakan adik aku nie berjaya dan dpat pe yang dia nak. Insyallah.

::: Kawan :::

Korang mesti ada kawan-kawan gak kan? Sayang kawan-kawan korang x? Dalam dunia nie, ada gak kawan-kawan yang leh buat kawan. Ada gak kawan-kawan yang xleh buat kawan. Semua tue kita sendiri yang corak kan. Nak jadi baik, kawan la ngan kawan-kawan yang baik. Nak jadi jahat, p la kawan ngan perogol, pembunuh, pencuri, perompak dll.

Bagi aku la, aku lebih rapat ngan kawan-kawan kampung aku. Walaupun dema tue x setua mcam aku nie. Tapi aku lebih rapat ngan dema. Sebab nya 1 kepala. Bukan kembar siam yang bercantum kat kepala tue tau. Paham-paham la ek. He2...

By Da Way, aku berterima kasih ngan korang semua (Kawan-kawan aku la). Pawa, Zapi (Prap), Jeman (Kapal Selam), Nabil (Old Man), Paeh (Adik Pawa), Paeh Goyang, Shah Ciken, Shah Bulat, Kebey, Anam Asparagus, Azarul, Hadi Dato' n Bob (Budak nie xreti nak balik-balik kg.Balik la Bob.Hu2). Happy doh ngan korang nie. Sayang korang semua. Muahxxx....
Korang tengok gambar nie. Kawan nie xkira bangsa, agama n umur. btul x? So Renung-renungkanlah. Dimanakah kawan-kawan anda? He2.

Saturday 13 December 2008

::: Cak! Cak! Cak! Cicakman 2 :::

Filem yang aku nantikan. Cak! Cak! Cak! Cicakman 2 - Planet Hitam (11 Disember 2008). Aku memang dah lama plan nak p tengok filem nie. Tapi xtau ngan sapa. Nasib baik la Jeman a.k.a Kapal Selam ada kat Bangi lagi. So, kepada sahabat aku. Zapi. Jangan jelous ek tengok gambar² kitaorang. Ha².

Masa 2, kitaorang sampai kat The Mines dalam kul 9.30malam (waktu nie lebih kurang je la. Aku x berapa ingat kul berapa sampe.). Tayangan cicakman malam 2, ada 2. Kul 9malam n 11.30malam. Disebabkan kitaorang sampe lambat. Kitaorang ambik tiket kul 11.30malam. Masa 2 xramai orang. Myb sebab bukan hujung minggu kan.

Dalam menunggu kul 11.30malam 2, kitaorang dok la merayau dalam The Mines. Merayau kebosanan. Mana xnya. Semua kedai² dah ttup. Dah la kitaorang cari kedai mkan punya la susah. Sampai² je kat kedai makan. Dah ttup. Sampai² je kat kedai makan. Dah ttup. Nak xnak kena la bertahan sampai cerita cicakman habis. Nak kuar dari The Mines lak. Nanti kena bayar balik parking keta. Rugi². Hu².

Dalam kul 11.25malam baru kiitaorang masuk. Uh, best gila la. Banyak aksi. Dalam banyak² aksi 2, terselit unsur² lawak yang leh buat rahang aku lari la. Tapi nasib baik dapat kawal. Ha². Aku respek CGI dalam Filem nie. Filem Malaysia 2 wei. Xnak tengok ke? Menyesal la korang xtengok. Gempak! So, pe lagi. mari penuhkan la panggung wayang seluruh Malaysia. Caya la cicakman. He².

Sapa Dalam Gambar 2 : Emi (Aku la) n Jeman a.k.a Kapal Selam.

Thursday 11 December 2008

::: Dimanakah Anak² Anda? (Versi Raya Haji) :::

Dimanakah anak² anda ketika di hari raya haji (08 Disember 2008)? Adakah mereka di tempat yang sepatutnya? Atau seperti mereka yang di bawah nie?

Yang tdo x ingat dunia. Dah 2 mulut x reti nak ttup. Memang cukup letih mamat² nie. Aku rasa kalu aku jerit umah terbakar terus lari lintang pukang x ckup tanah di buatnya. Nasib baik air liur x meleleh. Kalu x, basah². He². 2 baru mulut je ternga². Bayangkan la kalu mamat² nie tdo sambil jari telunjuk dema dalam hidung masing². Agak pelik la cara tdo dema kan. Ha². Punca dari gejala nie ialah sebab kekurangan air susu tarik dalam badan. So, anda kena la hati². Bahaya tau. Leh kena kentut berdarah nie. He².


Aktiviti nie agak merbahaya kalu dilakukan di Hari Raya Haji nie coz parent² sekarang amat menyayangi anak² mereka. Awasi anak² anda dari gejala nie. Iaitu cuba sembunyikan wajah sendiri. Muka ne de jual kat kedai basikal atau kedai kain. So, perhatikan anak² anda. Orait. Punca dari gejala nie ialah main badminton sampai kul 4pagi. Jangan biarkan anak² anda macam 2 tau. Bahaya. He².


Dulu masa baby, minum susu dalam botol susu. Bila sudah dewasa botol susu dilupakan. Tetapi lain pada mamat nie. kebijaksanaannya amat melampau. Memori minum susu dalam botol masih lagi ada. Kali nie lebih kreatif ngan mengunakan barang² terpakai seperti botol sos. He². Punca dari gejala nie ialah Kentot di hadapan kawan². Bila dah kentot pas kat anggota badan kawan². Kalu sapa yang lambat pas. Dia la orang paling busuk. Kebaaabooom! Ha².

So, pada anda² semua perhatikan anak² anda. Dan banyak lagi gejala² lagi. Agak musykil ngan gejala² berlaku pada anak² anda. Sila anda msj pada aku. Insyallah. Aku akan bagi cara² untuk mengelak dari gejala² tersebut. Ha².

Sapa dalam gambar 2 : Anam Asparagus, Kebey, Shah Bulat n Shah Ciken.

::: Pulut Kuning Time :::

Majlis Doa Selamat (06 Disember 2008) nie memang dah rancang lama dah. Lepas je aku kuar dari Hospital hari 2, terus je aku luahkan hasrat aku untuk buat Majlis Doa Selamat pada parent aku. Parent aku setuju. Lagi pun dema pun ada terpikir nak buat Majlis Doa Selamat. Ala, buat ala kadar je. Bukan nak buat kenduri macam biasa kitaorang buat. Panggil member2 aku, Adik2 aku (Adi n Apoi) n bapak aku. 2 je.

Majlis 2 buat lepas solat Isyak. Mak aku buat la sikit hidangan untuk tetamu. Banyak2 hidangan yang ada 2, aku wajibkan mak aku buat pulut kuning. Memang dalam plan aku, just nak pulut kuning je malam 2. Tapi lepas berbincang ngan parent aku. Dema nak tambah hidangan lain sikit. Mak aku buat nasi putih, udang masak lemak, sayur cendawan n ikan goreng. Peh, memang sedap gila la. he2.

Boleh dikatakan semua member aku datang. Kecuali Jeman, Bob, Nabil (Old Man) n Hadi Dato' (Nama yang x disebut, tlg msj kat aku ek. Harap maap. Dah tua. Pelupa sikit. He2). lebih dari 50 orang yang datang. Kiraan nie termasuk ngan sedara2 aku tau. Takut aku dibuatnya. Takut x ckup je hidangan untuk tetamu. Tapi Alhamdulillah la. Semuanya cukup. Siap ada lebih lagi. He2. Agak nak tengok gambar2 masa majlis nie. P la korang tengok kat galeri gambar aku 2. Banyak gak lak gambar yang aku ambik. Pada yang datang hari 2. Aku ucapkan terima kasih banyak2. Pada yang xdatang jangan cemburu la plak ek. Tggu majlis yang len lak kat umah aku. Orait. He2.

Sapa dalam gambar 2 : Si Pulut Kuning (He2), Shah Bulat, Shah Ciken, K-E, Nizam, Wan, Paeh Pawa, Joe, Are-Chot n Am.

Thursday 4 December 2008

::: XKL Sound Competition :::

XKL Sound Competition (30 November 2008) kat Teluk Intan 2. Jangan xpercaya lak ek. he2. Aku ikotkan pergi tgok sound competition nie malam td. Tapi disebabkan de masalah kena la cancel. He2.

Hadi Dato' datang umah aku dalam kul 11pagi. Lepas siap2. mam pagi. Kitaorang gerak kul 12lebih gak la. Masa nie la nak guna kamera. Ha2. Setengah jam 2 kitaorang pun sampai kat Dataran Teluk Intan. Masa kitaorang sampai. X ramai orang. Keta pun xbanyak lagi.

Banyak2 keta yang ada kat situ, Keta Inokom Permas paling gempak soundnya. Lebih dari 40 speaker dia pasang dalam keta 2. Gempak x? He2. Bila dia pasang, mak ai. leh ggur jantung dibuatnya. 2 baru dok tengok dari luar. Kalu dok dalam, mau terkojol aku kat dalam keta 2. hu2. Gila2.

Selain keta Inokom Permas, de gak keta2 lain. Iaitu MC Evo, Skyline, Toyota Land Cruiser, Toyota Vios, Honda Stream, Myvi, Kancil, Angsa n Waja. Kalu sound sistem aku leh letak Inokom Permas la paling gempak. Tapi kalu keta paling gempak aku tengok kat competition 2, aku pilih Skyline. Nampak simple je warna dia. Lawa siot. Hu2.

Banyak gak gambar aku ambik. So, kalu korang nak tengok gambar2 yang aku ambik. tengok la kat dalam galeri. Tapi yang penting, kitaorang dapat berposing2 sikit ngan keta2 mewah 2. Ada sapa yang cemburu ke. Ha2.

Sapa dalam gambar 2 : Emi (aku la) n Hadi Dato'.

::: Kenduri Tahlil (Hari ke-2) :::

Petang Jumaat (28 November 2008), aku, mama, abah, Sepupu aku (Zaim n Ahsan), Wan Chik n Yek balik ke Batak Rabit, Teluk Intan. Malam nie ada kenduri Tahlil hari ke-2.

Kitaorang sampai kat sana dalam waktu Magrib gak la. Kenduri malam nie buat lepas Magrib. Just buat bihun goreng. Juadah bihun goreng nie permintaan Wan Lan (Mak Arwah). Dia kata, arwah penah cakap nak mam bihun goreng yang Wan Chor buat. So, buat la sikit untuk tunai kan permintaan arwah.

Lepas kenduri arwah selesai, aku dapat tripod kamera dari isteri Abg Ata (Kak Siti). Bapak Aku yang mintak. Dia dah xpakai tripod 2. Jd dia bagi aku. Ah, xpayah la beli dah. Dah ada. Kalu beli mau beratus2 gak harga nya. he2.

Malam 2 aku xtdo kat umah Batak Rabit. Aku n mama balik ke umah Hutan Melintang. Just abah je tdo kat umah batak Rabit. Aku memang nak balik pun. Nak men badminton ngan member2 aku. He2.

Sapa dalam gambar 2 : Ika (Anak Sepupu Aku), Abah, Mama n Pakcik makcik aku.

::: Hari Terakhir :::

Hari Jumaat, bersamaan ngan 28 November 2008. Aku berada kat Ipoh pagi nie. Sampai kat umah Wan Chik malam td. Lepas kenduri arwah sepupu aku. Aku, mama n abah p Ipoh tumpang keta Wan Chik n Yek. Kali nie Adi (adik aku) xp sekali. Dia ada hal.

Insyallah, hari nie hari terakhir aku jumpa doktor kat Hospital Ipoh. Aku harap lepas nie. xde pe la lagi. aku masuk jumpa doktor dalam kul 10pg. Doktor ckap dia nak buka besi kat gg aku nie. Aku mengangguk je la. Tanda setuju. Setengah jam gak aku bertarung ngan kesakitan. Skit woh, masa dia kuarkan dawai pengikat kat besi 2. Xdok diam aku dibuatnya.

Alhamdulillah, selepas selesai buka besi 2. aku rasa lega sikit. Doktor cakap aku masih xleh lagi mam benda yang keras. kena hati2 coz rahang aku tak kuat lagi. Jadi, aku kena la hati2. Karang xpasal2 rahang aku jatuh plak. ha2. So, sapa yang nak belanja aku makan. Leh la. Aku tggu. Ahakz...he2.

Sapa dalam gambar 2 : Sepupu Aku (Zaim, Ahsan n Mai).

::: Al-Fatihah :::

Berita mengejutkan n sedih yang aku terima minggu nie. Pemergian sepupu aku Megat Radhi Azwan B. Mohamed (14tahun). Meninggal kan family aku semua pada tarikh 26 November 2008. Lebih kurang kul 2.45 petang. Menghidap paru-paru berair.

Kali terakhir aku jumpa dia, time sehari aku kuar dari hospital ipoh. Masa 2 aku tgok dia orait je. makan, minum n leh berborak2 ngan pakcik makcik aku. Cuma keadaan dia je la yang nampak x terurus skit. Myb sebab baru kuar hospital kan. Macam aku gak. Tapi selepas sebulan kuar hospital. Berita lain yang family aku terima. Mana x terkejutnya. Tapi ye la. Ajal maut semua di tangan tuhan. Xsemestinya yang sakit akan pergi dulu. betul x?

Malam 2 aku n family aku berangkat balik ke Batak Rabit, Teluk Intan. Sampai dalam kul 2pg gak la. Kebuminya besok pagi. Masa aku sampai, aku tengok Wan Lan (Mak Arwah) masih bersedih lg. Nampak dari muka Wan Lan erti ketabahan. Selama nie dia dok jaga Arwah. Berdua je dema tinggal kat umah tengah. So, terasa la sikit impak nya.

Arwah selamat di kebumikan pada 27 November 2008. Pada kul 11 lebih. Berdekatan ngan kubur arwah nenek n atok. Alhamdulillah semua urusan dapat disempurnakan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.