P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Thursday 14 January 2010

::: Taniah-taniah :::

De 2 peristiwa aku nak ucapkan taniah. Taniah diatas usaha yang mereka lakukan. Semoga kemenangan yang diperolehi dapat meningkatkan diri mereka. A M I N...

Piala Sumbangsih

Taniah kepada skuad bolasepak negeri Selangor di atas kemenangan memenangi Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah. Selangor memenangi perlawanan tesebut dengan keputusan 2-1. Mengatasi Negeri Sembilan. Idris Karim membuka jaringan buat Negeri Sembilan pada minit ke-26. Sebelum Safee Sali menyamakan kedudukan pada minit ke-76. Gol jaringan R. Surendren pada minit ke-82 membantu skuad Red Giants melakar kemenangan dan seterusnya merangkul Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah. Taniah sekali lagi kepada skuad Red Giants. Taniah.

Negeri Sembilan :
Farizal Harun, Alif Samsudin (Rahman Zabul), Aidil Zafuan Radzak, Shukor Adan, Ching Hong Aik, Shahurain Abu Samah (K.Thanaraj), Idris Karim, Rezal Zambery Yahya (C), S.Kunanlan, Norizam Salaman (Asyraf Al-Japri), Zaquan Adha Radzak.

Selangor :
Hamsani Ahmad, Razman Roslan, Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Liew Kit Kong (D.Surendran), Safiq Rahim, Hardi Jaafar (R.Surendren), Farderin Kadir (Amirulhadi Zainal), Amri Yahyah (C), Safee Sali.

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24

Selalunya kalu hari ahad malam, aku mesti kuar p tgk bola kat Hazwan Maju (kedai mamak kat kampong aku, Simpang 4, Hutan Melintang, Perak). Tapi malam 2 aku x kuar coz aku tertarik ngan satu rancangan yang akan disiarkan di TV3 pada kul 9 malam. Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24. Bagi aku persaingan artis-artis yang bertanding amat hebat. Semua hebat-hebat belaka. Tue yang membuatkan aku teruja nak tengok AJL kali nie.

Walaupun post ini terlalu lewat untuk di publish pada korang. Tapi masih lum terlambat aku nak ucapkan taniah kepada semua pemenang. Betul x? He2. Kat bawah nie aku sediakan keputusan penuh AJL ke-24 :

Juara : Aizat (Pergi)
Naib Juara : Yuna (Dan Sebenarnya)
Ke-3 : Faizal Tahir (Bercinta)

Persembahan Terbaik : Aizat
Vokalis Terbaik : Black Mentor

::: Dah Setahun Rupanya :::

Uiks, pejam celik. Pejam celik dah setahun rupanya blog aku nie. Setelah aku bersusah payah menyediakan artikel2 yang terbaik untuk korang semua. Aku rasa bangga ngan hasil yang aku dapat nie. Alhamdulillah. Segala usaha aku berhasil. Insyaallah aku akan pertingkatkan lagi usaha untuk membangunkan blog aku nie.

Disini aku nak mintak maaf kepada semua coz de masa aku diam terlalu lama. X update blog aku nie. Bukan pe, aku terlalu banyak keje. Lagi pun time 2 aku xde berada di rumah mak bapak aku. Aku berada di tempat lain. So, nak update blog pun payah. Insyaallah, ngan pe yang aku de skrg. Mungkin dapat membantu aku untuk update blog aku nie. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua dan Selamat Ulang Tahun Pertama pada blog aku nie. Taniah.

Wednesday 6 January 2010

::: Siapakah Yang Menang? :::

ANUGERAH Juara Lagu edisi ke-24 (AJL 24) dah xlama lagi. Nak dekat dah nie. 10 Januari 2010. Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. X sabar aku nak tengok sapa yang menang. AJL kali nie aku rasa mesti sengit gila coz kebanyakkan lagu2 best gila. Ini dia 14 lagu yang akan berentap pada hari tersebut:

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Agaknya sapa la yang menangkan. Tunggu n lihat. He2.

Friday 1 January 2010

::: 2010 :::

Tak Sangka dah masuk tahun 2010. Pejam celik. Pejam celik. Umur aku dah 25 tahun. Aku terasa muda lagi la. Ha2. Tahun 2009 merupakan tahun murah rezeki bagi aku la. Rezeki family orang kata. Terima kasih kepada yang maha kuasa. Terima kasih banyak2. Insyallah tahun nie. Aku akan meningkatkan lagi kualiti dalam diri aku nie. Insyallah.

Tahun pe target aku? Target aku tahun nie, nak capai tahun 2011. Maksudnya panjang umuq. Aku doakan keluarga n kawan2 aku semoga panjang umuq n dimurahkan rezeki. A M I N.

::: Alien Serang Bumi :::

Ah, korang jangan takut. Aku dah setlekan dah alien 2 semua. Masa dema sampai hari 2. Aku telah berbincang secara damai. So, xde pertumpahan darah yang berlaku. Nampak x. Nampak x aku pandai berkomunikasi ngan Alien. Ha2. Sebelum sempat dema blah. Aku de ambik beberapa gambar mereka. De gambar yang x sengaja aku ambik n de gambar yang mereka menawarkan diri. Sebelum tue, aku nasihatkan sikit pada korang ye. Jangan dok lama2 tengok gambar mereka coz kalu lama2 korang tengok. Dengan sendirinya alien 2 akan senyum kat korang. Sambil cakap “Kenapa saya suka umah saya?”. Ha2. Tengok la gambar2 mereka. Ingat pesan aku ye. He2.

Gambar I

Pada korang mesti terpk akan gambar nie. Jangan pk benda yang bukan2 ye. He2. Nie sebenarnya cara salam pengenalan dari planet Asparagus. Salam pengenalan nie lebih mengeratkan hubungan antara kawan2. Berbanding cara kita di Bumi. Cara nya amat mudah je. Ikut n amalkan amalan nie kerana ia dapat menghilangkan sakit kentot berdarah anda.

Langkah pertama : Pemberi salam akan pegang telinga si penerima sambil menjulingkan mata.
Langkah kedua : Si penerima akan memuncungkan diri mcam merajuk dengan awek. Sambil pejam mata ala2 kena cium ngan Mariah Carey.
Langkah ketiga : Korang dapat pk pe akan jadi kan. Ha2.

Gambar II

Nie merupakan antara gambar tentera Asparagus. Gambar nie sebenarnya dicuri oleh aku ketika mereka sedang memakan kauci ngan jiran sebelah umah sewa aku. Ketua mereka xdapat dikenal pasti yang mane satu. Mengikut fakta sejarah kuno. Ketua mereka terdapat tanda HALAL diperotnya. Korang rasa yang mana satu? Ha2.












Gambar III

Gambar nie plak, Sebelum mereka berangkat pulang ke planet mereka. Kata salah seorang daripada mereka. Gambar nie akan disimpan di Muzium Asparagus. Kerana ia merupakan sejarah yang xleh dilupakan. Ini merupakan kali pertama mereka menjejak kaki di Bumi. Sebelum mereka berangkat pulang aku dah sediakan bekalan makanan untuk mereka. Aku bekalkan roti canai Sara Maju sorang satu. Dan aku telah diberi hadiah. Bukan emas. Bukan perempuan. Tapi biji mata kucing. Kerana sekarang musim biji mata kucing kat Planet Asparagus.

Selamat kita semua dari serangan alien. Aku yang selamatkan korang. Ingat 2. Ha2. Pada encik2 alien. Terima kasih coz jadi kawan aku. Sayang korang semua. He2.
Malam Kena Rasuk (Konvo) More Picture >>>

::: Kaki Wayang :::

Sekitar 4 bulan aku x update blog. De beberapa movie aku tengok kat Wayang. Nie termasuk la cerita feveret aku. Harry Potter. Ha2. Kat cn aku sediakan sinopsis beberapa movie yang aku tengok. Enjoy la ye. He2.

Phobia 2 AKA 5 Phrang

Tayangan Umum : 5 November 2009
Bahasa : Thai
Klasifikasi : 18PL
Durasi : 2 jam 7 minit
Pengarah : Banjong Pisanthanakun, Parkpoom Wongpoom, Paween Purikitpanya, Songyos Sugmakanan
Lakonan : Charlie Trairuth, Jirayu La-ongmanee
Laman Web Rasmi : http://www.phobia2.com/
Sinopsis :
Horor Thailand paling seram tahun lalu kembali dengan lima cerita horror baru. Seorang pendeta melakukan perjalanan ziarah yang menakutkan. Sepasang remaja menumpang pada sebuah trak yang membawa kargo misteri. Anak seorang dealer kereta terpakai menghilang setelah memasuki salah satu kereta yang dijual oleh ibunya. Seorang bintang filem meninggal saat shooting filem terbarunya. Seorang pesakit berpindah dodok sebilik dengan pesakit yang sedang nazak Semua nya dapat disaksikan dalam filem nie. Seram gak la. He2. Don’t be surprised if you are addicted to “FEAR”.

Jennifers Body

Tayangan Umum : 29 Oktober 2009
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : 18SG
Durasi : 1 jam 43 minit
Pengarah : Karyn Kusama
Lakonan : Adam Brody, Amanda Seyfried, Johnny Simmons, Megan Fox
Laman Web Rasmi : http://www.jennifersbody.com/
Sinopsis :
Ia memaparkan mengenai hubungan dua sahabat karib yang berbeza daripada pelbagai sudut dan juga kuasa yang ada kepada seseorang wanita itu. Anita Lesnicky atau Needy (Amanda Seyfried), seorang gadis ulat buku berteman baik sejak kecil lagi dengan Jennifer (Megan Fox), seorang pelajar popular yang cantik. Walaubagaimanapun satu kejadian yang berlaku di sebuah kelab mengubah telah mengubah segala-galanya. Jennifer menjadi mangsa pemuja syaitan yang dipraktikkan oleh sebuah kumpulan muzik. Disebabkan itu, Jennifer kembali membunuh mangsanya yang terdiri daripada lelaki sahaja dengan kejam.

Filem ini dimulakan dengan teknik imbasan semula yang menampilkan Anita berada di sebuah hospital mental. Lantas penonton diceritakan apa yang telah menyebabkan Anita terperangkap di hospital tersebut. Nak kata seram. Biasa je la bagi aku. Banyak mengenalkan Megan Fox. So, pada peminat Megan Fox. Wajib la tgk cerita nie. He2.


Pandorum

Tayangan Umum : 15 Oktober 2009
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : PG13
Durasi : 1 jam 49 minit
Pengarah : Christian Alvart
Lakonan : Ben Foster, Cam Gigandet, Dennis Quaid
Laman Web Rasmi : Tiada maklumat
Sinopsis :
Filem ini dimulakan dengan menunjukkan tahun 2174 dan populasi di Bumi semakin padat. Sebuah planet bernama Tanis telah ditemui dan beribu orang wanita dan lelaki telah dihantar menggunakan sebuah kapal angkasa 'Elysium'. Kapal angkasa tersebut dikemudi oleh tiga orang krew yang bertugas secara bergilir-gilir selama dua tahun untuk mengelakkan daripada terkena simptom yang dikenali sebagai 'pandorum' iaitu satu penyakit akibat mengembara di angkasa lepas. Dua krew, Korperal Bower (Ben Foster) dan Leftenan Peyton (Dennis Quaid) terjaga daripada tidur hiper selama beberapa tahun. Kedua-duanya kehilangan memori buat sementara waktu akibat daripada tidur terlalu lama. Walaubagaimanapun, tiada siapa pun yang kelihatan di dalam kapal 'Elysium' tersebut. Bower menawarkan diri untuk pergi ke bahagian reaktor agar kuasa kapal angkasa tersebut dapat dihidupkan. Namun apa yang ditemuinya adalah sesuatu yang tidak disangkakan. Bower terpaksa berhadapan dengan mutan yang sentiasa memburu untuk mendapatkan manusia dan juga masa yang semakin tamat sebelum kuasa di dalam kapal angkasa tersebut padam buat selama-lamanya.

Skrip 7707

Tayangan Umum : 16 Julai 2009
Bahasa : Melayu
Klasifikasi : PG13
Durasi : 1 jam 32 minit
Pengarah : Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Lakonan : Fasha Sandha, Fouziah Ghous, Norman Abdul Halim, Que Haidar
Laman Web Rasmi : Tiada maklumat
Sinopsis :
Seorang penerbit mengarahkan pembantunya mengiklankan kepada sesiapa yang ingin berkongsi cerita seram agar beliau boleh menulis skrip filem. Pada malam perjumpaan tersebut, penerbit telah berjumpa dengan sembilan orang peserta dan cerita dimulakan oleh beliau sendiri diikuti oleh peserta lain. Perjumpaan malam itu dirakam di dalam video untuk menjadi rujukan beliau. Keesokan harinya, pembantunya mengingatkan perjumpaan tersebut yang akan diadakan pada malam itu. Penerbit tersebut terkejut dan mengatakan perjumpaan telah diadakan lalu memainkan semula rakaman pada malam sebelumnya. Beliau terkejut apabila hanya terdapat bunyi audio sahaja dalam rakamannya itu.

Momok The Movie

Tayangan Umum : 20 September 2009
Bahasa : Melayu
Klasifikasi : PG13
Durasi : 1 jam 42 minit
Pengarah : M. Jamil
Lakonan : Abon, Aziz Satar, Faizal Ramli AF, Nabil Raja Lawak
Laman Web Rasmi : www.momokthemovie.com
Sinopsis :
Seorang pemuda, Adli yang bekerja di Terengganu telah pulang ke kampungnya di Temerloh. Semasa berada di kampung, Adli terlihat upacara pengusungan jenazah ke tanah perkuburan. Tetapi, mayat yang diusung berubah menjadi zombi. Pada sebelah malamnya, selepas selesai mengerjakan solat, dia menceritakan kejadian tersebut kepada rakan-rakannya dan mereka percaya bahawa perkara tersebut seolah memberi petanda bahawa perkara yang buruk bakal berlaku di kampung mereka.

Raging Phoenix

Tayangan Umum : 5 November 2009
Bahasa : Thai
Klasifikasi : 18PL
Durasi : 1 Jam 54 Minit
Pengarah : Rashane Limtrakul
Lakonan : Kazu Patrick Tang, Nui Sandang, Sompong Lertwimonkasem, Yanin "Jeeja" Vismistananda.
Laman Web Rasmi : Tiada Maklumat
Sinopsis :
Deu (JeeJa Yanin), a girl with equally high degree of recklessness and beauty has never experienced 'true love'. One day her life changes completely when some gangsters try to kidnap her and she narrowly escapes with the help of Sanim, a sad looking stranger with a painful past. Waking up in an abandoned factory, she joins his gang of merry do-gooders who practice a form of drunken Thai break-dancing martial arts that they dub Meyraiyuth. Sanim and his friends, having had loved ones abducted, have joined together to break the gang of kidnappers.

::: Gauman Harimau Malaya? :::

Mungkin isu nie dah lama sgt untuk dibangkitkan. Tapi aku leh suka membangkitkan perkara yang dah berlalu. Selain memuji kehandalan skuad negara kita pada Sukan SEA XXV yang lalu.

Penantian emas 20 tahun berakhir...

Pasukan Bolasepak Malaysia menutup tirai tahun 2009 dengan memenangi perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV menentang Vietnam. Gol Malaysia telah diperolehi pada minit ke 83 pada separuh masa kedua.Kemenangan ini mengakhiri penantian selama 20 tahun pingat emas bola sepak Malaysia di Sukan SEA.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura.

Artikel nie aku ambik kat satu laman web Malaysia. Just sebagai info pada aku n korang. 20 tahun beb. Lama 2. Tempoh yang terlalu lama kita menunggu. By the way, aku bangga ngan skuad negara kita. Berjuang sehingga ke tahap nie. Tapi dalam bangga2 aku 2, aku terpk. Nie ke langkah pertama skuad bola sepak negara? Nie ke permulaannya? Atau sekadar menampal luka parah yang berlaku selama nie terhadap bola sepak negara kita?

Kalu tengok blog2 bebas dalam internet. De yang memuji skuad negara n de yang masih kurang percaya ngan skuad bola sepak negara. Ye betul. Memang tahap sukan bola sepak negara kita masih kurang n perlu diperkuatkan. Tapi tegur ngan cara membina diri mereka. Ne salah satu contoh yang perlu Korang tengok:

salam peminat bola………….

nak menang 1 gol pun puas menyakaq………tok sah dok ek sangat laa kalau gol tu pun……..last minit punya gol………tu baru kena ngan vietnam…….tunggu piala Asia………belum tentu lagi nak boleh ratah Korea Selatan………tengok tahun depan 2010 dua-dua korea utara dan selatan mara kelayakan dlm world cup………

M’sia…..olimpik pun tak merasa…….asyik berangan saja………

Pasai tu aku teringat M’sia Dream Team tahun 70an……..depa main betoi-betoi untuk negara…. nama-nama seperti santokh singh, super mokh, arumugam, shukor salleh, ali bakaq, isa bakaq, syed ahmad, namat asbdullah, dolah salleh, soh chin aun n ramai lagi…..penendang depa mak woii boleh pecah jaring……….bukan macam laa nie……..kena tembi sikit rebah tegulin…silap-silap tiang gol pun terangkat….budak tadika kena rajin main bola laa kot-kot boleh wakili m’sia……..masa budak laa nak asah bakat hang tu…….

Adakah membina? Gua x edit pe2 ye. Gua just copy n paste kat blog gua. X caya. Lue orang p kat laman nie http://www.bolasepak.com/Football-News/Lupakan-kemenangan-Real-untuk-gempur-Chelsea.html. So korang pk la sendiri. Harus di puji? Atau terus tidak percaya ngan skuad negara kita? Jangan la sampe jadi macam nie. Bila skuad Malaysia menang baru nak pakai jersi Malaysia. Ke hulu ke hilir pakai. T dah kalah. Ntah ne p jersi Malaysia 2. Kata 1 Malaysia. So, Lu orang pk la sendiri. Adios...

::: Wajah Baru :::

Pada yang mengikuti blog aku nie, Mesti ingat pada satu post yang aku publish dulu. Mengenai satu rumah kuning. Tue rumah aku kat Perak. Post dulu hanya menceritakan pengubahsuaian atap je. Tapi kali nie aku nak ceritakan pengubahsuaian yang dilakukan dalam masa 4 bulan aku x update blog.

Rumah asal sebenarnya mempunyai beranda di sebelah barat rumah. Iaitu menghadap ke Taman Sri Intan. Oleh itu, bapak aku telah mengubahsuai semula rumah tersebut mengikut rumah asal. So, kalu dari luar rumah leh nampak keseimbang rumah tersebut berbanding dulu.

Selain pengubahsuaian ke rumah asal. Bapak aku telah bersusah payah menyiapkan beberapa ukuran untuk diletakkan di beranda depan, beranda baru n tangga dalam umah. Ops, nie bukan ditempah khas n bukan diukir oleh orang yang profesional. Tapi bapak aku sendiri yang ukir n cipta. Tengok hasilnya pada gambar yang aku sediakan.

Sebelum Raya Haji hari tue. Rumah nie juga telah dicat balik. Mengikut warna asal. Iaitu kuning. Warna tema keluarga aku. Selain itu, pagar juga telah ditkar. Sekarang nie just tolak je. Mudah n senang. Insyallah tahun depan akan naik pagar batu lak. Tue pun kalu de rezeki la. Insyallah.