P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Thursday 14 January 2010

::: Taniah-taniah :::

De 2 peristiwa aku nak ucapkan taniah. Taniah diatas usaha yang mereka lakukan. Semoga kemenangan yang diperolehi dapat meningkatkan diri mereka. A M I N...

Piala Sumbangsih

Taniah kepada skuad bolasepak negeri Selangor di atas kemenangan memenangi Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah. Selangor memenangi perlawanan tesebut dengan keputusan 2-1. Mengatasi Negeri Sembilan. Idris Karim membuka jaringan buat Negeri Sembilan pada minit ke-26. Sebelum Safee Sali menyamakan kedudukan pada minit ke-76. Gol jaringan R. Surendren pada minit ke-82 membantu skuad Red Giants melakar kemenangan dan seterusnya merangkul Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah. Taniah sekali lagi kepada skuad Red Giants. Taniah.

Negeri Sembilan :
Farizal Harun, Alif Samsudin (Rahman Zabul), Aidil Zafuan Radzak, Shukor Adan, Ching Hong Aik, Shahurain Abu Samah (K.Thanaraj), Idris Karim, Rezal Zambery Yahya (C), S.Kunanlan, Norizam Salaman (Asyraf Al-Japri), Zaquan Adha Radzak.

Selangor :
Hamsani Ahmad, Razman Roslan, Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Liew Kit Kong (D.Surendran), Safiq Rahim, Hardi Jaafar (R.Surendren), Farderin Kadir (Amirulhadi Zainal), Amri Yahyah (C), Safee Sali.

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24

Selalunya kalu hari ahad malam, aku mesti kuar p tgk bola kat Hazwan Maju (kedai mamak kat kampong aku, Simpang 4, Hutan Melintang, Perak). Tapi malam 2 aku x kuar coz aku tertarik ngan satu rancangan yang akan disiarkan di TV3 pada kul 9 malam. Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24. Bagi aku persaingan artis-artis yang bertanding amat hebat. Semua hebat-hebat belaka. Tue yang membuatkan aku teruja nak tengok AJL kali nie.

Walaupun post ini terlalu lewat untuk di publish pada korang. Tapi masih lum terlambat aku nak ucapkan taniah kepada semua pemenang. Betul x? He2. Kat bawah nie aku sediakan keputusan penuh AJL ke-24 :

Juara : Aizat (Pergi)
Naib Juara : Yuna (Dan Sebenarnya)
Ke-3 : Faizal Tahir (Bercinta)

Persembahan Terbaik : Aizat
Vokalis Terbaik : Black Mentor

No comments :