P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Friday 19 February 2010

::: Sepuluh :::

Sepuluh. Sejarah Chelsea sebagai kelab bolasepak bermula sejak tahun 1905 iaitu sebuah pub bernama The Rising Sun (yang sekarang dinamakan pub The Butcher's Hook). Beberapa nama yang sempat menjadi calon bagi kelab ini adalah Stamford Bridge FC, Kensington FC, dan London FC hingga akhirnya Chelsea FC menjadi pilihan tetap.

Sembilan. Chelsea bermarkas di stadium Stamford Bridge yang secara rasmi dibuka pada 28 April 1877. Stadium tersebut dirancang oleh arkitek yang berasal Skotlandia Archibald Leitch yang juga merancang banyak stadium bolasepak lain di Inggeris seperti Old Trafford (Manchester United), Celtic Park (Glasgow Celtic), Anfield (Liverpool), dan White Hart Lane (Tottenham Hotspur). Pada mulanya, hanya dapat menampung 100 ribu penonton dan akhirnya mengalami berbagai perubahan iaitu sebanyak 42.055 penonton sekarang.

Lapan. Maskot Chelsea adalah seekor singa yang diambil dari logo kelab mereka dan dinamakan Stamford The Lion. Kostum sang singa ini sempat hilang dicuri oleh dua orang lelaki dari Stamford Bridge pada Julai 2005.

Tujuh. Para pemain Chelsea pada tahun 1972 telah merakam sebuah lagu berjudul Blue Is The Colour dalam rangka penampilan mereka di final Piala Liga tahun itu. Rakaman tersebut berhasil menduduki peringkat kelima di UK Singles Chart dan menjadi salah satu lagu bolasepak di Inggeris yang paling terkenal dan juga telah diadaptasi oleh beberapa penyanyi dan kelab bolasepak lain di Republik Ceko, Kanada, Finlandia, dan Jepang.

Enam. Era tahun 70an dan 80an menjadi masa buruk bagi Chelsea kerana mereka mengalami kesulitan kewangan kerana rancangan untuk membangun kembali Stamford Bridge. Akibatnya pemain bintang dijual untuk mendapatkan dana dan mereka turun ke Divisyen Dua. Masalah lainnya datang dari hooliganisme sebagian suporter. Hingga akhirnya Ken Bates membeli Chelsea hanya dengan harga £1.
Lima. Peter Osgood, salah satu legenda Chelsea yang mendapatkan jolokan King of Stamford Bridge, meninggal akibat serangan jantung pada tahun 2006. Abu mendiang kemudian dikuburkan di bawah titik penalti yang menghadap tribun Shed End di stadium Stamford Bridge dalam sebuah upacara yang dihadiri lebih dari 2.500 peminat, pemain, bekas pemain, pengurus, dan pegawai Chelsea. Gol pertama yang dihasilkan dari titik penalti tersebut, dijaringkan oleh Andriy Shevchenko dalam perlawanan antara Chelsea dan Aston Villa yang berakhir 4-4.

Empat. Chelsea telah lama menjadi pasukan yang selalu bergaya dan banyak terdiri dari pemain internasional luar Inggeris. Kedudukan yang berada di London membuatnya banyak mempunyai penyokong dari kalangan selebriti. Berikut adalah beberapa di antaranya. Damon Albarn (vokalis Blur dan Gorillaz), penyanyi Bryan Adams, pemain NBA Kevin Garnett & Paul Pierce, pereka rambut Vidal Sassoon, bos Formula 1 Bernie Ecclestone, bekas suami Madonna Guy Ritchie, aktres Renee Zellweger, dan rocker Billy Idol.

Tiga. Rekod paling banyak tampil bagi Chelsea hingga saat ini masih dipegang oleh bekas kapten mereka Ron "Chopper" Harris yang bermain sebanyak 795 kali. Manakala jumlah gol yang paling banyak dijaringkan dimiliki oleh Bobby Tambling yang menjaringkan 202 gol dari 370 kali bermain. Antara pemain yang bermain bagi The Blues sekarang, hanya Frank Lampard yang menjadi paling banyak dari segi penampilan (392 kali) dan gol (121 gol). Selain itu, Chelsea juga memegang rekod terpanjang bermain di tempat sendiri tanpa kalah sebanyak 86 pertandingan di Liga Primier.

Dua. Secara keseluruhan ada 21 gelaran juara yang telah dimenangi oleh Chelsea sehingga saat ini. Untuk gelaran domestik, The Blues telah mencatat tiga kali juara Liga Primier/Devisyen Satu Inggeris, dua gelaran juara Devisyen Dua, empat kali juara Piala FA, empat kali juara Piala Liga, tiga kali memenangi Community Shield/Charity Shield, dan dua kali juara Piala Full Members. Sedangkan di Eropah, Chelsea telah dua kali juara Cup Winners' Cup, dan satu kali juara Piala Super Eropah.

Satu. Sebelum mendapatkan jolokan The Blues hingga sekarang, Chelsea juga sempat digelar The Pensioners. Ini kerana disebabkan logo kelab mereka yang pertama kali menggunakan gambar seorang Pensioner anggota British Army yang tinggal di dalam Royal Hospital Chelsea. Logo baru Chelsea akhirnya diganti pada 1952 atas perintah Ted Drake pengurus Chelsea ketika itu.

Pemain-Pemain Lagenda CHELSEA.

Peter Osgood


Roy Bentley


Jimmy Greaves

Gianfranco Zola

Bakal-bakal Lagenda CHELSEA.

Frank Lampard

John Terry

::: Apa Kes? :::

TANIAH

Ucapan taniah nie kepada rakan sekolah aku dulu yang telah menglansungkan perkahwinan dengan kekasihnya pada 14 haribulan baru2 nie. SELAMAT PENGANTIN BARU pada SHAFIQ CHE ROS. Semoga korang dapat hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri. Cepat sikit dapat anak. Ha2. Maaf xdapat datang fiq. Demam la. Hu2.

DEMAM

Hari pertama (Khamis - 11 Febuari 2010) : Malam khamis 2. Aku kuar ngan Aboy, Alan n Awer. P temankan Alan beli barang. P sana p sini. Lepas 2. Siap tengok bola lagi kat SARA. Liverpool VS Arsenal. Balik umah n terus tido. Bangun je tido. Peh, terus demam. Hu2. Budak-budak umah aku belikan aku ubat. Malam 2. Orait sikit. Leh bergerak n selera mam de.

Hari kedua (Jumaat - 12 Febuari 2010) : Xleh tdo pasal badan aku terasa sejuk sangat. Tapi bila pengang tengkuk. Panas nya x ingat. Nak bangun pun xlalu. Tekak la haus gila. Gah kan diri bangun p beli air kat kedai abey. Petang 2 aku nak balik ke Perak. Alhamdulillah. Badan aku x buat hal. Dalam kul 8 malam aku gerak ngan Jeman n K-E dari Kuala Selangor. Kul 10 lebih sampai sana. Badan masih lagi lemah2. Sementara tunggu parent aku sampai. Lepak la kat kedai mamak Hazwan Maju, Simpang 4. Kul 12 lebih parent aku sampai. Aku terus balik umah n tido.

Hari Ketiga (Sabtu – 13 Febuari 2010) : Kejadian pagi masih sama macam pagi semalam. Kali nie lagi terok. Satu badan aku xleh nak gerak. Kejang gila. Aku dikejarkan ke hospital oleh parent aku. Setelah suhu badan aku di cek. Darah diambil untuk diuji. Badan2 aku diperiksa. Aku dilepaskan. Nasib baik x kena tahan kat wad. Doktor kata leh kuar. Mungkin demam biasa je kot. He2. Sampai umah aku hanya mampu berehat je la dalam bilik.

Hari Keempat (Ahad - 14 Febuari 2010) : Hari keempat sama macam hari ketiga. Aku banyak berehat dalam bilik. Demam masih lum elok. Kejap orait. Kejap x. Hu2. Patutnya aku p kenduri si Shafiq Che Ros. Dia kahwin. Tapi xdapat p coz keadaan aku yang x mengizinkan. Minta maaf Shafiq. Hu2...

Hari Kelima (Isnin - 15 Febuari 2010) : Hari kelima sama macam hari ketiga n keempat. Aku banyak berehat dalam bilik. Demam masih lum elok. Kejap orait. Kejap x. Hu2.

Hari Keenam (Selasa - 16 Febuari 2010) : Dah nak masuk seminggu demam aku x orait lagi. Pe cerita? Hu2. Hari badan aku terasa lemah sangat. Bila aku cek tangan2 n kaki aku. De bintik merah. Pe lagi p la klinik. Buat cek lagi sekali. Setelah doktor cek. Dia bagi aku ubat. Dia pesan, kalu 2 3 hari demam lagi. P hospital. P hospital xpe lagi. Nie dia cucuk aku. Jarum kecik xpe. Besar lak 2. Sakit doh. Selain bintik2 merah kat tangan aku. Aku perasan kat tangan kanan n kiri aku de kesan lembam. So, aku buat report kat bapak aku. Petang 2 gak aku p berubat secara tradisional. Ustaz 2 bagi aku air penawar.

Hari Ketujuh (Rabu - 17 Febuari 2010) : Hari pertama kat umah Bangi. Macam biasa. Demam masih de lagi. Tapi x seteruk hari sebelum nie. Mama lak x keje hari nie. Dia sediakan aku bubur. Susu panas. Mandi pun aku mandi air panas.

Hari Kelapan (Khamis - 18 Febuari 2010) : Bangun dari tido. Pandang sekeliling. Dah siang rupanya. Nampak nya badan aku macam dah orait. X demam dah. Tapi xleh cakap. Sebelum nie macam nie gak. Elok kejap. Lepas 2, demam balik. Minta2 jangan la. Cukup la 2. Hu2. Xnak demam lagi. Hu2. Waktu terakhir badan aku panas. malam semalam. Harap 2 yang terakhir. Aku masih lagi mam ubat n air penawar.

KENA LAGI

“Hari ni aku kene samun ngn org gile...gile btol org gile tu tp aku dpt tumbuk ngn sepak dye...puas hati aku...wakakakaka...best2 (kenangan manisku) hehe”

Coretan dari sahabatku AZLAN MOKHTAR pada 05 FEBUARI 2010 di dalam LAPTOP aku. Terima kasih kepada beliau. He2.

Kali kedua benda nie terjadi kat aku. Nie bukan cerita rekaan. Nie cerita betul yang berlaku pada tarikh tersebut. Alhamdulillah xde pe yang berlaku pada aku. Moto aku selamat. Laptop aku selamat. Nyawa aku selamat. Syukur alhamdulillah.Satu pengalaman yang pahit bercampur ngan manis coz aku dapat tumbok orang gila 2. He2.

::: Kaki Wayang :::

LEGION
Tayangan Umum : 21 Januari 2010
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : 18PL
Durasi : 1 jam 40 minit
Pengarah : Scott Stewart
Lakonan : Dennis Quaid, Kate Walsh, Lucas Black, Paul Bettany, Tyrese Gibson
Laman Web Rasmi : -
Sinopsis :
Legion bukanlah satu peperangan yang dimulakan sesama manusia ataupun makhluk asing, namun dijatuhkan ke atas manusia oleh Tuhan.

Kedengaran seperti tidak logik kerana seperti yang diketahui, tuhan itu maha pengasih dan tidak akan sesekali menzalimi hambaNya. Filem ini mengisahkan apabila Tuhan hilang kepercayaan kepada manusia, dia menurunkan 'kiamat' yang berupa wabak untuk menghapuskan seluruh umat manusia. Dan seperti biasa, pasti akan ada sekumpulan manusia yang boleh dijadikan harapan untuk meneruskan hidup biarpun bencana itu datang daripada Pencipta.

Di sini, malaikat yang diberi nama Micheal (Paul Bettany) berpaling tadah ke atas arahan Tuhannya dan berusaha membantu golongan manusia tersebut kerana baginya masih ada kejujuran dan kebaikan di dalam hati manusia.

AVATAR
Tayangan Umum : 17 Disember 2009
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : PG13
Durasi : 2 jam 43 minit
Pengarah : James Cameron
Lakonan : Michelle Rodriguez, Sam Worthington, Sigourney Weaver, Stephen Lang
Laman Web Rasmi : www.avatarmovie.com
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya.

Disebabkan manusia tidak dapat hidup tanpa bantuan pernafasan di Pandora, maka mereka telah mencipta makhluk yang serupa seperti Na’vi yang dihasilkan daripada genetik manusia. Makhluk ini dikawal dengan menggunakan minda dan ianya dinamakan sebagai Avatar. Dengan adanya Avatar, manusia dapat mengkaji kehidupan di Pandora dan dapat mendekati makhluk Na’vi dengan lebih dekat lagi.

Jack Sully (Sam Worthington), seorang bekas tentera marin yang lumpuh telah mengambil alih tugas abangnya seorang saintis yang telah mati. Disebabkan genetik mereka sama jadi Jack dapat mengawal Avatar milik abangnya.

Misi awal Jack adalah untuk menjaga keselamatan saintis dalam mengumpul sampel-sampel hidupan di Pandora. Tetapi dalam misi tersebut beliau telah terpisah dan berjumpa dengan Neytiri (Zoe Saldana), seorang makhluk Na’vi.

Jack yang sudah dapat mengikuti gaya hidup Na’vi kemudiannya ditugaskan untuk mendapatkan maklumat risikan Na’vi disamping mendapatkan keyakinan mereka.

Dalam masa yang sama, pasukan tentera yang diketuai oleh Colonel Miles Quaritch (Stephen Lang) mula mengatur langkah untuk menyerang puak Na’vi kerana mereka enggan meninggalkan Hometree, sebuah pokok tempat puak Na’vi tinggal. Disebabkan Jack kini merupakan sebahagian daripada Na’vi, dia membelot dan berpakat dengan puak Na’vi untuk menentang pasukan tentera manusia.

ADNAN SEMPIT
Tayangan Umum : 14 Januari 2010
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U
Pengarah : Ahmad Idham
lakonan : Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Reanna, Cat Farish, Julia Hana.
Laman Web Rasmi : -
Syarikat Penerbit : MIG Production Sdn. Bhd.
Sinopsis :
ADNAN atau dipanggil sebagai Nan Sempit (Shaheizy Sam) adalah remaja berusia 27 tahun dan bekerja sebagai Mat Despatch (penghantar surat) di salah sebuah syarikat swasta. Biarpun bekerja sebagai penghantar surat tetapi Nan mempunyai impian untuk menawan hati gadis kaya iaitu bos, Nadia (Intan Ladyana) di tempat dia bekerja. Nasibnya baik apabila secara kebetulan Nadia yang tidak mempunyai kekasih kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya berpakat dengan Nan untuk dijadikan kekasih kontraknya untuk menghadiri majlis ‘reunion’ dengan temannya. Perhubungan mereka berjalan dengan baik sehinggalah keduanya mempunyai perasaan cinta. Namun, Nan yang dianggap sebagai mat rempit kerana sering melepak dengan budak-budak motor masih tidak dapat membuang kelakuan sosialnya walaupun sudah didesak dengan Nadia. Akhirnya Nadia mengambil keputusan untuk memutuskan saja hubungan mereka. Nadia berjumpa dengan sahabat lamanya iaitu Jofri, namun Nadia tidak mengetahui yang Jofri ingin mengambil kesempatan terhadap Nadia untuk mencuri kertas kerja projek yang bernilai jutaan ringgit. Akhirnya, Nan yang dianggap sebagai mat rempit seperti sampah masyarakat yang menyelesaikan masalah mereka dengan tertangkapnya Jofri yang berniat jahat. Nan dan Nadia akhirnya kembali bersama.