P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Friday 19 February 2010

::: Sepuluh :::

Sepuluh. Sejarah Chelsea sebagai kelab bolasepak bermula sejak tahun 1905 iaitu sebuah pub bernama The Rising Sun (yang sekarang dinamakan pub The Butcher's Hook). Beberapa nama yang sempat menjadi calon bagi kelab ini adalah Stamford Bridge FC, Kensington FC, dan London FC hingga akhirnya Chelsea FC menjadi pilihan tetap.

Sembilan. Chelsea bermarkas di stadium Stamford Bridge yang secara rasmi dibuka pada 28 April 1877. Stadium tersebut dirancang oleh arkitek yang berasal Skotlandia Archibald Leitch yang juga merancang banyak stadium bolasepak lain di Inggeris seperti Old Trafford (Manchester United), Celtic Park (Glasgow Celtic), Anfield (Liverpool), dan White Hart Lane (Tottenham Hotspur). Pada mulanya, hanya dapat menampung 100 ribu penonton dan akhirnya mengalami berbagai perubahan iaitu sebanyak 42.055 penonton sekarang.

Lapan. Maskot Chelsea adalah seekor singa yang diambil dari logo kelab mereka dan dinamakan Stamford The Lion. Kostum sang singa ini sempat hilang dicuri oleh dua orang lelaki dari Stamford Bridge pada Julai 2005.

Tujuh. Para pemain Chelsea pada tahun 1972 telah merakam sebuah lagu berjudul Blue Is The Colour dalam rangka penampilan mereka di final Piala Liga tahun itu. Rakaman tersebut berhasil menduduki peringkat kelima di UK Singles Chart dan menjadi salah satu lagu bolasepak di Inggeris yang paling terkenal dan juga telah diadaptasi oleh beberapa penyanyi dan kelab bolasepak lain di Republik Ceko, Kanada, Finlandia, dan Jepang.

Enam. Era tahun 70an dan 80an menjadi masa buruk bagi Chelsea kerana mereka mengalami kesulitan kewangan kerana rancangan untuk membangun kembali Stamford Bridge. Akibatnya pemain bintang dijual untuk mendapatkan dana dan mereka turun ke Divisyen Dua. Masalah lainnya datang dari hooliganisme sebagian suporter. Hingga akhirnya Ken Bates membeli Chelsea hanya dengan harga £1.
Lima. Peter Osgood, salah satu legenda Chelsea yang mendapatkan jolokan King of Stamford Bridge, meninggal akibat serangan jantung pada tahun 2006. Abu mendiang kemudian dikuburkan di bawah titik penalti yang menghadap tribun Shed End di stadium Stamford Bridge dalam sebuah upacara yang dihadiri lebih dari 2.500 peminat, pemain, bekas pemain, pengurus, dan pegawai Chelsea. Gol pertama yang dihasilkan dari titik penalti tersebut, dijaringkan oleh Andriy Shevchenko dalam perlawanan antara Chelsea dan Aston Villa yang berakhir 4-4.

Empat. Chelsea telah lama menjadi pasukan yang selalu bergaya dan banyak terdiri dari pemain internasional luar Inggeris. Kedudukan yang berada di London membuatnya banyak mempunyai penyokong dari kalangan selebriti. Berikut adalah beberapa di antaranya. Damon Albarn (vokalis Blur dan Gorillaz), penyanyi Bryan Adams, pemain NBA Kevin Garnett & Paul Pierce, pereka rambut Vidal Sassoon, bos Formula 1 Bernie Ecclestone, bekas suami Madonna Guy Ritchie, aktres Renee Zellweger, dan rocker Billy Idol.

Tiga. Rekod paling banyak tampil bagi Chelsea hingga saat ini masih dipegang oleh bekas kapten mereka Ron "Chopper" Harris yang bermain sebanyak 795 kali. Manakala jumlah gol yang paling banyak dijaringkan dimiliki oleh Bobby Tambling yang menjaringkan 202 gol dari 370 kali bermain. Antara pemain yang bermain bagi The Blues sekarang, hanya Frank Lampard yang menjadi paling banyak dari segi penampilan (392 kali) dan gol (121 gol). Selain itu, Chelsea juga memegang rekod terpanjang bermain di tempat sendiri tanpa kalah sebanyak 86 pertandingan di Liga Primier.

Dua. Secara keseluruhan ada 21 gelaran juara yang telah dimenangi oleh Chelsea sehingga saat ini. Untuk gelaran domestik, The Blues telah mencatat tiga kali juara Liga Primier/Devisyen Satu Inggeris, dua gelaran juara Devisyen Dua, empat kali juara Piala FA, empat kali juara Piala Liga, tiga kali memenangi Community Shield/Charity Shield, dan dua kali juara Piala Full Members. Sedangkan di Eropah, Chelsea telah dua kali juara Cup Winners' Cup, dan satu kali juara Piala Super Eropah.

Satu. Sebelum mendapatkan jolokan The Blues hingga sekarang, Chelsea juga sempat digelar The Pensioners. Ini kerana disebabkan logo kelab mereka yang pertama kali menggunakan gambar seorang Pensioner anggota British Army yang tinggal di dalam Royal Hospital Chelsea. Logo baru Chelsea akhirnya diganti pada 1952 atas perintah Ted Drake pengurus Chelsea ketika itu.

Pemain-Pemain Lagenda CHELSEA.

Peter Osgood


Roy Bentley


Jimmy Greaves

Gianfranco Zola

Bakal-bakal Lagenda CHELSEA.

Frank Lampard

John Terry

No comments :