P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Friday 1 January 2010

::: Kaki Wayang :::

Sekitar 4 bulan aku x update blog. De beberapa movie aku tengok kat Wayang. Nie termasuk la cerita feveret aku. Harry Potter. Ha2. Kat cn aku sediakan sinopsis beberapa movie yang aku tengok. Enjoy la ye. He2.

Phobia 2 AKA 5 Phrang

Tayangan Umum : 5 November 2009
Bahasa : Thai
Klasifikasi : 18PL
Durasi : 2 jam 7 minit
Pengarah : Banjong Pisanthanakun, Parkpoom Wongpoom, Paween Purikitpanya, Songyos Sugmakanan
Lakonan : Charlie Trairuth, Jirayu La-ongmanee
Laman Web Rasmi : http://www.phobia2.com/
Sinopsis :
Horor Thailand paling seram tahun lalu kembali dengan lima cerita horror baru. Seorang pendeta melakukan perjalanan ziarah yang menakutkan. Sepasang remaja menumpang pada sebuah trak yang membawa kargo misteri. Anak seorang dealer kereta terpakai menghilang setelah memasuki salah satu kereta yang dijual oleh ibunya. Seorang bintang filem meninggal saat shooting filem terbarunya. Seorang pesakit berpindah dodok sebilik dengan pesakit yang sedang nazak Semua nya dapat disaksikan dalam filem nie. Seram gak la. He2. Don’t be surprised if you are addicted to “FEAR”.

Jennifers Body

Tayangan Umum : 29 Oktober 2009
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : 18SG
Durasi : 1 jam 43 minit
Pengarah : Karyn Kusama
Lakonan : Adam Brody, Amanda Seyfried, Johnny Simmons, Megan Fox
Laman Web Rasmi : http://www.jennifersbody.com/
Sinopsis :
Ia memaparkan mengenai hubungan dua sahabat karib yang berbeza daripada pelbagai sudut dan juga kuasa yang ada kepada seseorang wanita itu. Anita Lesnicky atau Needy (Amanda Seyfried), seorang gadis ulat buku berteman baik sejak kecil lagi dengan Jennifer (Megan Fox), seorang pelajar popular yang cantik. Walaubagaimanapun satu kejadian yang berlaku di sebuah kelab mengubah telah mengubah segala-galanya. Jennifer menjadi mangsa pemuja syaitan yang dipraktikkan oleh sebuah kumpulan muzik. Disebabkan itu, Jennifer kembali membunuh mangsanya yang terdiri daripada lelaki sahaja dengan kejam.

Filem ini dimulakan dengan teknik imbasan semula yang menampilkan Anita berada di sebuah hospital mental. Lantas penonton diceritakan apa yang telah menyebabkan Anita terperangkap di hospital tersebut. Nak kata seram. Biasa je la bagi aku. Banyak mengenalkan Megan Fox. So, pada peminat Megan Fox. Wajib la tgk cerita nie. He2.


Pandorum

Tayangan Umum : 15 Oktober 2009
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : PG13
Durasi : 1 jam 49 minit
Pengarah : Christian Alvart
Lakonan : Ben Foster, Cam Gigandet, Dennis Quaid
Laman Web Rasmi : Tiada maklumat
Sinopsis :
Filem ini dimulakan dengan menunjukkan tahun 2174 dan populasi di Bumi semakin padat. Sebuah planet bernama Tanis telah ditemui dan beribu orang wanita dan lelaki telah dihantar menggunakan sebuah kapal angkasa 'Elysium'. Kapal angkasa tersebut dikemudi oleh tiga orang krew yang bertugas secara bergilir-gilir selama dua tahun untuk mengelakkan daripada terkena simptom yang dikenali sebagai 'pandorum' iaitu satu penyakit akibat mengembara di angkasa lepas. Dua krew, Korperal Bower (Ben Foster) dan Leftenan Peyton (Dennis Quaid) terjaga daripada tidur hiper selama beberapa tahun. Kedua-duanya kehilangan memori buat sementara waktu akibat daripada tidur terlalu lama. Walaubagaimanapun, tiada siapa pun yang kelihatan di dalam kapal 'Elysium' tersebut. Bower menawarkan diri untuk pergi ke bahagian reaktor agar kuasa kapal angkasa tersebut dapat dihidupkan. Namun apa yang ditemuinya adalah sesuatu yang tidak disangkakan. Bower terpaksa berhadapan dengan mutan yang sentiasa memburu untuk mendapatkan manusia dan juga masa yang semakin tamat sebelum kuasa di dalam kapal angkasa tersebut padam buat selama-lamanya.

Skrip 7707

Tayangan Umum : 16 Julai 2009
Bahasa : Melayu
Klasifikasi : PG13
Durasi : 1 jam 32 minit
Pengarah : Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Lakonan : Fasha Sandha, Fouziah Ghous, Norman Abdul Halim, Que Haidar
Laman Web Rasmi : Tiada maklumat
Sinopsis :
Seorang penerbit mengarahkan pembantunya mengiklankan kepada sesiapa yang ingin berkongsi cerita seram agar beliau boleh menulis skrip filem. Pada malam perjumpaan tersebut, penerbit telah berjumpa dengan sembilan orang peserta dan cerita dimulakan oleh beliau sendiri diikuti oleh peserta lain. Perjumpaan malam itu dirakam di dalam video untuk menjadi rujukan beliau. Keesokan harinya, pembantunya mengingatkan perjumpaan tersebut yang akan diadakan pada malam itu. Penerbit tersebut terkejut dan mengatakan perjumpaan telah diadakan lalu memainkan semula rakaman pada malam sebelumnya. Beliau terkejut apabila hanya terdapat bunyi audio sahaja dalam rakamannya itu.

Momok The Movie

Tayangan Umum : 20 September 2009
Bahasa : Melayu
Klasifikasi : PG13
Durasi : 1 jam 42 minit
Pengarah : M. Jamil
Lakonan : Abon, Aziz Satar, Faizal Ramli AF, Nabil Raja Lawak
Laman Web Rasmi : www.momokthemovie.com
Sinopsis :
Seorang pemuda, Adli yang bekerja di Terengganu telah pulang ke kampungnya di Temerloh. Semasa berada di kampung, Adli terlihat upacara pengusungan jenazah ke tanah perkuburan. Tetapi, mayat yang diusung berubah menjadi zombi. Pada sebelah malamnya, selepas selesai mengerjakan solat, dia menceritakan kejadian tersebut kepada rakan-rakannya dan mereka percaya bahawa perkara tersebut seolah memberi petanda bahawa perkara yang buruk bakal berlaku di kampung mereka.

Raging Phoenix

Tayangan Umum : 5 November 2009
Bahasa : Thai
Klasifikasi : 18PL
Durasi : 1 Jam 54 Minit
Pengarah : Rashane Limtrakul
Lakonan : Kazu Patrick Tang, Nui Sandang, Sompong Lertwimonkasem, Yanin "Jeeja" Vismistananda.
Laman Web Rasmi : Tiada Maklumat
Sinopsis :
Deu (JeeJa Yanin), a girl with equally high degree of recklessness and beauty has never experienced 'true love'. One day her life changes completely when some gangsters try to kidnap her and she narrowly escapes with the help of Sanim, a sad looking stranger with a painful past. Waking up in an abandoned factory, she joins his gang of merry do-gooders who practice a form of drunken Thai break-dancing martial arts that they dub Meyraiyuth. Sanim and his friends, having had loved ones abducted, have joined together to break the gang of kidnappers.

No comments :