P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Saturday 8 June 2013

::: Artikel, Artikel Dan Artikel :::


As’kum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya, aku xtau artikel apa yang aku nak buat malam nie. Xpe la. Just taip je la ek. Janji aku de update blog untuk malam nie. Wahai jari-jariku start bergerak semua. Maju semua. Orait. Aku nak mulakan dulu dengan berita utama untuk minggu nie.

Beberape bulan lepas. Kita dikejutkan dengan jejambat di Selangor Science Park 2 runtuh kerana mengalami masalah mendapan yang teruk. Minggu nie, kita dikejutkan pulak dengan penyambung jambatan kedua Pulau Pinang runtuh. Berlaku pada hari khamis (6hb Jun 2013), lebih kurang pukul 7 malam waktu Malaysia. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Nampaknya de gak mangsa yang terlibat. Ermmmm. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin. Amin.

Seniman S Shamsudin. Telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong Singapura. Meninggal dunia pada usia 84 tahun. Kira-kira jam 10.56 pagi (4hb Jun 2013) akibat sakit tua dan paru-paru berair. Teringat lak aku ngan lagu “Menceceh Bujang Lapok”. Lagi-lagi step berjalan semasa lagu nie dinyanyikan dalam petikan filem “Pendekar Bujang Lapok”. Hu2. Sedih. Sedih. Sesungguhnya pemergian Seniman S Shamsudin tiada pengantinya di hati kami. Al-fatihah.

Nie de satu perkara lagi. Just for information pada korang semua la kan. Petang semalam aku de dapat satu artikel nie. Artikel dari kawan ofis aku. Artikel yang agak kelakar gak la.. Cuba korang baca ek dan perhatikan diri anda. He2.

“Tahukah anda, hampir 92% lelaki berkahwin akan BOROI setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami BOROI hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami BOROI. Dan menurut kajian lagi, lelaki BOROI lebih PENYAYANG dan BERFIKIRAN JAUH. Sesungguhnya BOROI itu seksi.”

Anda rasa diri anda GEMOK. BUNCIT. Sering diejek kawan-kawan. BOROI. TONG DRUM. TRUK. Jangan jadikan itu sebagai alasan anda untuk bunuh diri. Makan ubat tido banyak-banyak. Jog petang, pagi dan malam. Xperlu diet gila-gila.  

Kerana ANDA
sebenarnya seorang yang SEKSI.
Wauuuuu... Ha2.

No comments :