Masih belum terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di
Tapi dalam menyambut kemeriahan Hari Guru (16 Mei lalu), aku nak cerita satu stroly kat korang. Stoly yang agak menyedihkan. Tapi bercampur satu harapan yang tinggi. Dulu, masa aku kat skol. Aku nie di kirakan bdak yang nakal gak la. Aku memang suka kacau orang. Belajar pun malas. Tapi aku bersyukur. Aku bertemu ngan seorang manusia yang bergelar Guru. Setiap kata2nya adalah satu harapan bagi aku. Satu kemenangan. Satu jalan untuk aku melangkah ke hadapan ngan keyakinan yang tinggi. Aku dah anggap dia nie macam bapak aku sendiri.
Aku masih berhubung ngan dia sehingga sekarang. Kalu aku de free time. Aku akan p jeguk2 dia kat umah dia. Aku ingat lagi. Dia pernah cakap kat aku. “Mi, nanti kalu dah habis belajar. Nak konvo. Bagi tau Cikgu tau. Cikgu nak datang”. Ya allah. Sebak wei bila aku ingat
Tapi pada 16 Mei lalu. aku bersama kawan2 skol aku dulu, p ke Hospital Teluk Intan, Perak. Menziarahi orang yang aku anggap bapak aku sendiri. Cikgu Abdul Razak B. Haron. Baru lepas menjalankan satu pembedahan di perot. Doktor sahkan dia kena appendix. Masa ziarah 2. Aku nampak je happy. Gelak2. Kacau nurse2 muda. He2. Tapi dalam hati nie, usah cakap la. Tuhan je la tau. Menangis x henti2. Walaupun operation nya dah selesai. Selamat. Tapi aku sedih tgk keadaan dia. Aku dapatkan saksi
Cuma aku harap satu je. Semoga dia cepat sembuh. Dan ucapan x terhingga dari aku. Selamat Hari Guru pada Cikgu Razak. Terima kasih kerana sudi mendidik hamba yang serba kekurangan nie menjadi insan yang berguna. Terima kasih juga aku kepada En. Fauzy. Lecture kat U aku, yang banyak membantu aku. Serta x lupa. Kepada mak bapak aku sendiri. Yang juga mendidik aku dari kecik. Sehingga ke umur yang dah semakin tua nie. Minta maaf segala kesilapan yang pernah aku lakukan. Akan ku kenang jasa2 mu dalam doa ku. Pada kawan2 aku yang akan melangkah ke alam Warga Pendidik. Ucapan Selamat Hari Guru juga dari aku. Anip, Shawer, Naim, Fila dll. Didik la anak-anak bangsa kita menjadi manusia yang berguna tau. Da…
No comments :
Post a Comment