World Cup 2010 dah start pada 11 Jun 2010 yang lalu. Mungkin post nie terlalu lambat aku nak publish. Terlalu sibuk ngan hal2 lain. Post nie hanya ringkasan dari aku mengenai edisi World Cup 2010.
Group Stage
Group A :Uruguay, Mexico, Afrika Selatan n Perancis.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Uruguay n Mexico.
Cerita nya : Kejutan lebih tertumpu kepada kemampuan negara Perancis yang mempunyai player2 yang ternama seperti Anelka, Malouda, Ribery n Gallas. Mereka tidak dapat melangkah ke peringkat seterus nya. Mungkin kerana taktik yang digunakan tidak sesuai untuk player2. Sampai tahap Anelka terpaksa dihantar awal kerana mempertikaikan manager mereka. Iaitu Raymond Domenech. Buat kali pertama dalam masa 30 tahun. Tuan rumah (Afrika Selatan) tidak layak ke peringkat kalah Mati. Tetapi mereka dipuji gak kerana mengalah Perancis dalam perlawanan terakhir (1-2)
Group B :Argentina, Korea Selatan, Greece n Nigeria.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Argentina n Mexico.
Cite nya : Kejutan lebih dilihat bagi negara Korea Selatan. Semangat yang ditunjukkan setiap perlawanan membuktikan bahawa negara Asia mampu melawan negara-negara yang kuat. Kemenangan keatas Greece (2-0) dan seri keatas Nigeria (2-2) membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya. Argentina adalah negara pilihan yang akan p ke peringkat seterusnya. Permainan Messi membuatkan aku teruja walaupun tidak manjaringkan gol.
Group C : Amerika Syarikat, England, Slovenia n Algeria.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Amerika Syarikat n England.
Cite nya : Dimana kemampuan negara England sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak? Kelibat Rooney x menjadi dalam edisi kali nie. Hanya mampu menang sekali dan seri 2 kali dalam peringkat Group. Perlawanan pertama sepatutnya mereka meraikan kemenangan. Disebabkan kesilapan Robert Green (Goalkeeper) mereka hanya seri ngan Amerika Syarikat hasil jaringan Clint Dempsey.
Group D : Jerman, Ghana, Australia n Serbia
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Jerman n Ghana
Cite nya : Jerman bermula ngan garang apabila membelasah negara Australia 4-0. Akan tetapi kegarangan mereka terbantut ngan kekalahan pertama mereka pada edisi kali nie. iaitu kekalahan ngan negara Serbia pada perlawanan kedua (0-1). Mereka terselamat setelah memenangi perlawanan terakhir menentang Ghana (0-1). Ghana merupakan hanya satu negara benua Afrika yang layak ke peringkat kalah mati pada edisi kali nie. Aku x sangka Ghana leh layak. He2.
Group E : Belanda, Jepun, Denmark n Cameroon.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Belanda n Jepun.
Cite nya : aku lebih fokus pada negara Jepun. Hebat n menakjubkan bagi negara Asia nie. Lagi2 perlawanan terakhir dalam Group. Kehebatan Keisuke Honda, Yasuhito Endo n Daisuke Matsui dalam setiap perlawanan harus dipuji. Hanya bertahan, selepas tue lakukan counter attack. Hebat-hebat. He2. Jepun mengalahkan negara Cameroon (1-0) n Denmark (1-3). Walaupun Cameroon de Samuel Et’o n Denmark de Nicklas Bendtner. Masih x dapat mengalahkan Jepun. Team work dude.
Group F : Paraguay, Slovekia, New Zealand n Itali.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Paraguay n Slovekia.
Cite nya : Seperti England, Dimana kehebatan negara Itali sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak? Masih mengunakan perkhidmatan player2 senior (kuda tua). Terumbang-ambing dalam peringkat Group. Tiada kemenangan yang dicipta. Hanya mampu seri dalam perlawanan pertama n kedua. Kemudian kalah ngan negara Slovakia (3-2). Aku jangka negara Itali dapat p peringkat seterusnya. Meleset. Hu2.
Group G :Brazil, Portugal, Ivory Cost n Korea Utara.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Brazil n Portugal.
Cite nya : Group maut dalam edisi kali nie. terdapat 3 negara bersaing hebat. Iaitu Brazil, Portugal n Ivory Cost. Perkara yang menarik dalam Group nie hanya kemenangan besar Portugal keatas Korea Utara (7-0). Kelibat Kaka (Brazil) dalam Group masih tidak nampak. Masih mencari rentak. Apakah punca nya?
Group H : Sepanyol, Chile, Switzerland n Honduras.
Negara yang layak ke peringkat kalah mati : Sepanyol n Chile.
Cite nya : Kejutan lebih tertumpu kepada kekalahan negara Sepanyol keatas negara Switzerland (0-1). Kekalahan yang membuatkan aku n kipas-susah-mati (fan club) lain kecewa. Tapi nasib baik menang kedua2 perlawanan selepas tue. He2. Tapi aku masih musykil. Kenapa Vicente Del Bosque (manager) tidak mengunakan David Villa, Juan Mata n David Silva? Bukan kah mereka sudah biasa ngan permainan masing2 di Valencia. Masih lagi nak guna Fernando Torres yang masih belum elok dari kecedaraan.
Round Of 16
Perlawanan antara :
Uruguay Vs Korea Selatan (2-1)
Amerika Syarikat Vs Ghana (1-2)
Brazil Vs Chile (3-0)
Belanda Vs Slovakia (2-1)
Argentina Vs Mexico (3-1)
Jerman Vs England (4-1)
Paraguay Vs Jepun (0-0) (Penalti : 5-4)
Sepanyol Vs Portugal (1-0)
Negara yang layak peringkat quaterfinal: Uruguay, Ghana, Brazil, Belanda, Argentina, Jerman, Paraguay n Sepanyol.
Cite nya : Kesungguhan negara Korea Selatan n Jepun harus dipuji dalam edisi kali nie. Walaupun kedua-dua pasukan x layak ke peringkat seterusnya. Tetapi semangat mereka untuk menang terlalu tinggi. Cuma nasib x menyebelahi mereka. Negara tunggal benua Afrika. Layak ke peringkat seterusnya. Jaringan pada masa tambahan. Membuatkan mereka layak ke suku akhir. Negara Brazil, Belanda n Argentina melepasi peringkat nie dengan mudah. Masing2 menang pada peringkat nie untuk p ke peringkat suku akhir. Perlawanan tumpuan dalam peringkat nie ialah perlawanan antara Jerman Vs England n Sepanyol Vs Portugal. Jerman membuat kejutan sekali lagi. Kali nie memalukan n membenam semangat skuad England ngan kemenangan 4-1. Walaupun Jerman menang, tapi de benda harus dipertikaikan dalam perlawanan nie. Iaitu jaringan Frank Lampard yang x disahkan oleh pengadil. Mungkin perlawanan tue akan berubah sekiranya jaringan tue diterima. Sepanyol lak ngan mudah mengalahkan Portugal (1-0). Nampak kehebatan pemain termahal di dunia (Cristiano Ronaldo) x mampu mengubah perjalanan Portugal pada edisi kali nie. Jadi bapak ek? Ambik ko. Ha2.
Quaterfinal
Perlawanan antara :
Uruguay Vs Ghana (1-1) (Penalti : 4-2)
Belanda Vs Brazil (2-1)
Argentina Vs Jerman (0-4)
Paraguay Vs Sepanyol (0-1)
Negara yang layak ke peringkat semifinal : Uruguay, Belanda, Jerman n Sepanyol
Cite nya : Kemaraan Ghana tersekat ngan kekalahan keatas Uruguay. Selepas tersekat ngan keputusan seri dalam tempoh 90 minit, kemenangan Uruguay disahkan melalui penalti. Ghana berjaya mendapatkan penalti pada minit akhir masa tambahan kedua. Tetapix gol kerana terlalu over confident pemain yang mengambil sepakan penalti. He2. Sepanyol dah tentu leh makan Paraguay punya. Menang 1-0 ngan Paraguay. Kekalahan Brazil n Argentina paling mengejutkan. Kedua-dua negara adalah pilihan memenangi world cup kali nie. Tapi disekat oleh Belanda n Jerman. Belanda menunjukkan aksi menarik pada separuh masa kedua. Mereka mengatur strategi sehingga menang ngan Brazil 2-1. Selepas memalukan England ngan 4-1. Jerman kali nie mengaibkan skuad bimbingan Maradona. Gila seh. 0-4 ko malukan Messi. Sian Messi. Hu2.
Semifinal
Perlawanan antara :
Uruguay Vs Belanda (2-3)
Jerman Vs Sepanyol (0-1)
Negara yang layak ke peringkat Final : Belanda n Sepanyol
Cite nya : Perlawanan yang aku jangka Belanda akan menang mudah ngan Uruguay. Tapi meleset. Uruguay nie mempunyai semangat gila biba nak ke Final. Tentang habis2. Dari awal sampe habis dema bersemangat gila. Tapi kelincahan Arjen Robben xleh dipertikaikan. He2. Nie baru betul. Buku bertemu ngan ruas. Jerman Vs Sepanyol. Nampak sapa lagi hebat. 2 la “true football” dari Sepanyol. Hebat kan. Ha2. Perlawanan yang berkesudahan Sepanyol mengalahkan Jerman (0-1). Sebelum nie ko tibai Australia, England n Argentina. Bila dah bertemu ngan Sepanyol, tau mati kutu. GO GO GO ESPANA. Ha2.
3rd Place
Perlawanan Antara :
Uruguay Vs Jerman (2-3)
Cite nya : Setelah Uruguay dikalahkan oleh Belanda n Jerman pulak dikalahkan oleh Spain. Tempat ketiga menjadi sasaran bagi kedua-dua negara tesebut. Jerman hanya mengunakan khidmat pemain muda untuk bertemu ngan skuad Uruguay. Perlawanan ini berlansung ngan sengit. Saling menyerang antara kedua-dua pasukan nie. Perlawanan diakhiri ngan Jerman memenangi perlawanan tersebut ngan jaringan 3-2. Dalam perlawanan nie aku puji pemain Uruguay, Diego Forlan. Permainan di dalam padang amat menarik untuk disaksikan.
Final
Perlawanan antara :
Belanda Vs Sepanyol (?-?)
Cite nya : KENA TUNGGU LA LEPAS GAME FINAL...da...he2..
No comments :
Post a Comment