P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday, 5 August 2009

::: Jiwa Bebas Berilusi :::

Dalam post nie, aku bukan nak ajak sapa2 berpolitik ek. Just nak korang tau pe aktiviti yang aku semasa kat kampung (Perak). Ala. Kalu korang UMNO ke. PAS ke. Aku pedulik pe. Janji tujuan utama aku buat blog nie. Nak cari kawan. bukan nak cari lawan. xde lak undang2 dalam negara nie kata. Orang PAS xleh berkawan ngan orang UMNO. Orang UMNO xleh berkawan ngan orang PAS. So, tolak semua dulu. Orait. He2.

Hasil Seni

Benda nie hasil keje sepenuhnya family aku. Model markas PAS kat Parit 24, Hutan Melintang, Perak. Proses membuatnya mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Bukan disiapkan untuk orang tempah. Tapi model nie, untuk dipamerkan pada Majlis Amal yang akan diadakan 2 Ogos 2009 (dah lepas dah).

Hasil seni dibuat dengan mengunakan barang-barang terbuang seperti kotak, manilakat keras, kayu dan playwood. Dinding untuk model nie mengunakan kayu. Manakala tiang bagi model nie ialah kayu. Dalam masa 4 hari. Kitaorang hanya menyiapkan dulu dinding model nie. 3 hari seterusnya, baru la kitaorang naik kan ia sebagaimana gambar yang aku sediakan.

Majlis Makan Malam Amal

Diadakan berdekatan Markas PAS Parit 24 Hutan Melintang, Perak. Dihadiri Yang Berhormat Dato' Seri Nizar. Majlis ini diadakan untuk mendekatkan lagi antara pemimpin PAS tersebut ngan ahli2 PAS yang ada di kawasan Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Anggaran orang yang hadir pada malam tersebut melebihi 500 orang.

Dato' Seri Nizar telah merasmikan model markas PAS tersebut.Model itu merupakan model Markas PAS yang akan dibaik pulih tidak lama lagi. Pada asalnya, model tersebut hanya untuk dipamerkan. Akan tetapi pada Majlis Amal tersebut, seorang Hamba Allah S.W.T. telah berminat untuk membeli model markas tersebut dengan harga RM1150. Wang itu telah dijadikan sebagai derma bagi menaikkan taraf markas tersebut.

No comments :