P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday, 5 August 2009

::: Raja Pop II :::

Masih hebat lagi cerita pasal MJ. Hari nie je. Dalam berita de mengatakan. Ibu MJ mendapat hak penjagaan anak2 MJ. 2 satu. Nie lagi best. Masa aku tengah baca berita kat Berita Harian Online, aku ternampak sesuatu. Artikel mengenai MJ. So, aku ambik untuk dijadikan post aku. Harap korang enjoy ek...

Sejarah Hidup

Michael Joseph Jackson (lahir di Gary, Indiana, Amerika Syarikat, 29 Ogos 1958 - meninggal dunia di Los Angeles, California, 25 Jun 2009 pada usia 50 tahun.

Penyanyi dan penulis lagu ini terkenal sebagai "Raja Pop" dan mempopularkan gerakan tarian "moonwalk".

Albumnya yang dikeluarkan pada 1982, Thriller, adalah album terlaris di dunia, dengan penjualan melebihi 104 juta keping di seluruh dunia.

Michael memulakan kerjaya bernyanyi pada usia lima tahun sebagai anggota kumpulan vokal keluarga Jackson (kemudian menjadi The Jackson 5) sebelum mengeluarkan album solo pertamanya Got to Be There pada 1971. Sebagai anak ketujuh daripada keluarga Jackson, beliau membuat kemunculan sebagai penyanyi profesional pada usia 11 tahun sebagai anggota Jackson 5.

Pada awal 1980-an, beliau lonjak menguasai bidang muzik pop di Amerika terutama selepas MTV menyiarkan persembahannya antara lain dengan lagu "Beat It", "Billie Jean" dan Thriller yang dianggap mengubah video klip menjadi sebuah bentuk karya seni dan sebagai alat promosi.

Video seperti "Black or White" dan "Scream" membuat Michael menjadi tarikan utama MTV pada 1990-an. Selain nyanyiannya, Michael turut mempopularkan teknik menari seperti robot dan moonwalk. Suara dan gaya vokal Jackson mempengaruhi dan diikuti oleh banyak penyanyi hip hop, pop dan R&B.

Anugerah

Anugerah diraih Michael Jackson termasuk beberapa kali disenaraikan dalam Guinness World Records - termasuk Thriller sebagai album terlaris di dunia. Memenangi 13 Grammy Awards, 13 single nombor 1 dalam kerjaya solonya.

Diskografi

  • Got to Be There (1972)
  • Ben (1972)
  • Music and Me (1973)
  • Forever, Michael (1975)
  • Off the Wall (1979)
  • Thriller (1982)
  • Bad (1987)
  • Dangerous (1991)
  • HIStory (1995)
  • Invincible (2001)

No comments :