P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Tuesday, 25 August 2009

::: EPL 09/10 :::

Manchester United

Pengurus : Alex Ferguson

Musim lalu : Juara Liga Perdana, naib juara Liga Juara-juara Eropah, separuh akhir Piala FA, juara Piala Liga, juara Piala Dunia Kelab FIFA.

Pemain baru : Atonio Valencia (Wigan), Gabriel Obertan (Bordeaux), Michael Owen (Newscastle).

Prospek :

United mengintai kejuaraan keempat berturut-turut dan biarpun Ronaldo serta Tevez, mereka tetap dianggap pilihan untuk muncul juara sekali lagi.


Liverpool

Pengurus : Rafael Benitez

Musim lalu : Naib Juara Liga Perdana, suku akhir Liga Juara-juara Eropah, pusingan keempat Piala FA, pusingan keempat Piala Liga.

Pemain baru : Glen Johnson (Portsmouth), Aaron King (Rushden and Diamonds), Chris mavinga (Paris Saint Germain), Alberto Aquilani (Roma).

Prospek :
Liverpool berakhir hanya empat mata di belakang Manchester United musim lalu selepas terlalu banyak kehilangan mata di gelanggang sendiri, dengan tujuh keputusan seri di Anfield nyata membawa padah.


Chelsea

Pengurus : Carlo Ancelotti

Musim lalu : Ketiga Liga Perdana, separuh akhir Liga Juara-juara Eropah, juara Piala FA, pusingan keempat Piala Liga

Pemain baru : Yuri Zhirkov (CSKA Moscow), Daniel Sturridge (Manchester City), Ross Turnbull (Midlebrough)

Prospek :

Chelsea agak berjimat cermat dalam pasaran perpindahan dengan pemain Russia, Yuri Zhirkov, pemain bahagian kiri yang biasanya beroperasi sebagai pemain tengah menyerang tapi boleh juga bermain sebagai pertahanan, sesatunya belian terbesar.


Arsenal

Pengurus : Arsene Wenger

Musim lalu : Keempat Liga Perdana, Separuh akhir Liga Juara-juara Eropah, separuh akhir Piala FA, suku akhir Piala Liga.

Pemain baru : Thomas Vermaelen (Ajax)

Prospek :
Empat tahun tanpa sebarang trofi dan dengan Adebayor serta Toure berhijrah ke Manchester City, Wenger perlu mengembalikan sentuhan ajaibnya bagi membolehkan Gunners berupaya memburu kejuaraan.


Everton

Pengurus : David Moyes

Musim lalu : Kelima Liga Perdana, naib Juara Piala FA, pusingan ketiga Piala Liga, pusingan pertama Piala UEFA.

Pemain baru : Luke Garbutt (Leeds), Shkodran Mustafi (Hamburg), Anton Peterlin, Jo (Manchester City)

Prospek :
Moyes mengemudi kelab dengan cemerlang musim lalu, menamatkan kempen sebagai pasukan terbaik di kalangan bukan empat kelab gergasi dan layak ke perlawanan akhir Piala FA sekalipun beroperasi dengan kewangan terhad.


Aston Villa

Pengurus : martin O’Neill

Musim lalu : Keenam Liga Perdana, pusingan kelima Piala FA, pusingan ketiga Piala Liga, pusingan 32 terakhir Piala UEFA.

Pemain baru : Stewart Downing (Middlebrough)

Prospek :
Cabaran Villa kendur pada babak kedua musim lalu selepas mengancam untuk memecah monopoli empat kelab gergasi dan dengan pemain tengah Barry dijual ke Manchester City, skuad mereka kelihatan agak goyah.


Fulham

Pengurus : Roy Hodgson

Musim lalu : Ketujuh Liga Perdana, suku akhir Piala FA, pusingan ketiga Piala Liga.

Pemain baru : Bjorn Helge Riise (Lillestorm), Stephen Kelly (Birmingham)

Prospek :
Kelab yang terletak di Tebing Sungai Thames itu adalah pasukan mengejutkan musim lalu apabila mereka layak ke Liga Europa. Bebanan berlebihan di Eropah pasti menyukarkan pasukan bimbingan Hodgson memberikan tumpuan pada EPL musim ini.


Tottenham Hotspur

Pengurus : Harry Redknapp

Musim lalu : Kelapan Liga Perdana, pusingan keempat Piala FA, naib Juara Piala Liga, pusingan 32 terakhir Piala UEFA.

Pemain baru : Kyle Naughton, kyle Walker (Sheffield United)

Prospek :

Spurs bangkit lewat untuk menduduki tangga kelapan dan terlepas tempat ke Liga Europa. Redknapp hadir sebagai jurulatih pada September lalu berikutan permulaan buruk pasukan di bawah kendalian Juande Ramos yang hanya memungut dua mata daripada lapan perlawanan pertama


West Ham United

Pengurus : Gianfranco Zola

Musim lalu : Kesembilan Liga Perdana, pusingan kelima Piala FA, pusingan ketiga Piala Liga.

Pemain baru : Luis Jimenez (Inter Milan), Peter Kurucz (Ujpest), Jack lampe (Harlow Town), Frank Nouble (Chelsea)

Prospek :
Hammers terlepas peluang beraksi di Eropah hasil keputusan musim lalu meskipun bermain dengan menarik di bawah kendalian Zola, yang mengantikan Alan Curbishley pada awal musim.


Manchester City

Pengurus : Mark Hughes

Musim lalu : Ke-10 Liga Perdana, pusingan ketiga Piala FA, pusingan kedua Piala Liga, suku akhir Piala UEFA.

Pemain baru : Carlos Tevez (Man. United), Emmanual Adebayor (Arsenal), Roque Santa Cruz (Blackburn), Gareth Barry (Aston Villa), Nils Zander (Schalke), Stuart Taylor (Aston Villa)

Prospek :

Kehadiran Santa Cruz, Tevez, Adebayor, Toured an Barry meningkatkan kekuatan City, kini mungkin kelab terkaya di England sejak dikuasai pemilik berbangsa Arab Sheikh Masour bin Zayed al Nahyan.


Wigan Athletic

Pengurus : Roberto Martinez

Musim lalu : Ke-11 Liga Perdana, pusingan ketiga Piala FA, pusingan keenam Piala Liga

Pemain baru : Jason Scotland (Swansea), Jordi Gomez (Espanyol), Hendry Thomas (Deportivo Olimpia), James McCarthy (Hamilton)

Prospek :
Jurulatih baru, Martinez memukau di Swansea City dan dia memiliki skuad mantap hasil peninggalan Steve Bruce walaupun beberapa pemain ternama Wigan seperti Valencia dan Palacios berpindah.


Stoke City

Pengurus : Tony Pulis

Musim lalu : Ke-12 Liga Perdana, pusingan ketiga Piala FA, suku akhir Piala Liga

Pemain baru : Matthew Lund (Crewe), Ben Marshall (Crewe)

Prospek :
Pendekatan pragmatic Pulis menyaksikan Stoke mengejutkan ramai pemerhati musim lalu apabila mengelak kembali ke Liga Kejuaraan.


Bolton Wanderers

Pengurus : Gary Megson

Musim lalu : Ke-13 Liga Perdana, pusingan ketiga Piala FA, pusingan kedua Piala Liga

Pemain baru : Sean Davis (Portsmouth), Paul Robinson (West Brom) pinjaman semusim

Prospek :
Kasihan Megson. Selepas membantu kelab itu kekal di EPL pada musim 2007-08 dan kembali mengemudi mereka sejak pertengahan liga musim lalu, sebahagian besar penyokong masih tidak berpuas hati dengan perlantikannya sebagai pengurus.


Portsmouth

Pengurus : Paul Hart

Musim lalu : Ke-14 Liga Perdana, pusingan keempat Piala FA, pusingan ketiga Piala Liga, peringkat kumpulan Piala UEFA.

Pemain baru : Aaron Mokoena (Blackburn)

Prospek :
Banyak yang berubah di Fratton Park sejak Portsmouth menjuarai Piala FA, 15 bulan lau. Pompey berdepan masa depan tidak menentu selagi belum ada pihak yang sanggup membeli kelab itu.

Blackburn Rovers

Pengurus : Sam Allardyce

Musim lalu : Ke-15 Liga Perdana, pusingan kelima Piala FA, suku akhir Piala Liga

Pemain baru : Nikos Giannakopoulos (Asteras Tripolis), Gael Givet (Marseille), Steven N’Zonzi (Amiens SC), Lars Jacobsen (Everton), Elrio van Heerden (Club Brugge)

Prospek :
Sam Allardyce berjaya menstabilkan Rovers selepas Paul Ince dipecat musim lalu tapi tidak menjangka mereka menghabiskan musim di kelompok bawah liga. Kehilangan penyerang Santa Cruz ke Manchester City pasti melukakan mereka.


Sunderland

Pengurus : Steve Bruce

Musim lalu : Ke-16 Liga Perdana, pusingan keempat Piala FA, pusingan keempat Piala Liga

Pemain baru : Fraizer Campbell (Manchester United), Paulo da Silva (Toluca)

Prospek :
Pengurus baru Steve Bruce yang membina pasukan mantap di Birmingham City dan Wigan Athetic, kini berpeluang melakukan lebih baik di Sunderland, kelab yang mempunyai penyokong lebih ramai dan sumber kewangan kuat berbanding Birmingham serta Wigan


Hull

Pengurus : Phil Brown

Musim lalu : Ke-17 Liga Perdana, suku akhir Piala FA, pusingan kedua Piala Liga

Pemain baru : Steven Mouyokolo (Boulogne)

Prospek :
Bermula dengan mengancam pada awal musim lalu tapi akhirnya terpaksa bergelut dalam zon penyingkiran walaupun berjaya mengelak kembali terjerumus ke Liga Kejuaraan.


Wolverhampton Wanderers

Pengurus : Mick McCarthy

Musim lalu : Juara Liga Kejuaraan, pusingan keempat Piala FA, pusingan kedua Piala Liga

Pemain baru : Kevin Doyle (Reading), Andrew Surman (Southampton), Greg Halford (Sunderland), Nenad Milijas (Red Star Belgrade). Ronald Zubar (Marseille), Marcus Hahnemann (Reading)

Prospek :
Impian dan harapan sering tinggi di Molineux ketika rekod terdahulu menjadi pertaruhan, namun Wolves kelihatan lebih bersedia untuk kekal di Liga Perdana berbanding kali terakhir mereka beraksi selama semusim pada 2003-04.


Birmingham

Pengurus : Alex McLeish

Musim lalu : Naib juara Liga Kejuaraan, pusingan ketiga Piala FA, pusingan kedua Piala Liga

Pemain baru : Christian Benitez (Santo Laguna), Roger Johnson (Cardiff), Barry Ferguson (Rangers), Scott Dann (Coventry), Giovanny Espinoza (Barcelona Sporting Club), Lee Bowyer (West Ham), Joe Hart (Manchester City)

Prospek :
Kelab dengan prestasi yo-yo itu kembali ke Liga Perdana dan meghabiskan musim panas dengan mengukuhkan skuad mereka menerusi pembelian pemain seperti penyerang Ecuador, Christian Benitez.


Burnley

Pengurus : Owen Coyle

Musim lalu : Kelima Liga Kejuaraan (naik liga menerusi play-off) , pusingan kelima Piala FA, separuh akhir Piala Liga

Pemain baru : Steven Fletcher (Hibernian), Brian Easton (Hamilton), Richard Eckersley (Manchester United), David Edgar (Newscastle), Tyrone Mears (Derby)

Prospek :
Kembali ke liga utama buat kali pertama sejak 1976, Burnley mungkin berdepan kesukaran dan perlu mengutip sebanyak mata mungkin pada babak pertama musim ketika kelab lain belum mengetahui kemampuan sebenar mereka.

No comments :