P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday 29 July 2009

::: Wayangkan Diriku :::

Selama aku x update blog aku nie. Ada 3 filem aku tengok kat wayang. Jangan Pandang Belakang Congkak, Transformer n Harry Potter. Ketiga2 filem nie, aku lebih banyak menanti filem Harry Potter . Aku punya feveret filem 2. Ha2. kat cn, aku de cerita sedikit tentang sinopsis pendek filem yang aku tengok. Enjoy la ek. He2.

Harry Potter And The Half-Blood Prince

Half-Blood Prince mengisahkan cabaran Harry Potter yang memulakan tahun ke-6nya di Hogwarts. Tekanan untuk menewaskan kuasa jahat Dark Lord semakin membuak-buak dalam diri ahli sihir muda ini.

Dengan menggunakan sebuah buku sihir yang pernah dimiliki oleh Half-Blood Prince, Harry dia berjaya menjadi murid kesayangan Slughorn kerana mampu menyelesaikan banyak tugasan.

Pada masa sama, Harry membantu Dumbledore yang berusaha membongkar rahsia Voldermort mencari kehidupan abadi (Horcruxes). Di sini perlunya Slughorn. Pencarian Horcruxes itu berakhir dengan kejadian cukup tragik di Hogwarts.

Transformer :
Revenge of The Fallen

Selepas perang yang pertama dulu, Autobots telah bekerjasama dengan pihak tentera British dan Amerika Syarikat dengan bersatu menubuhkan NEST bagi memantau ancaman pihak musuh iaitu Decepticons.

Selepas pulang ke Cybertron, Starscream mendapat arahan daripada ketua Decepticons untuk membawanya pulang ke bumi. Pihak musuh mahu kembali membalas dendam dengan menghantar bala tenteranya memerangi Autobots dan manusia.

Pada masa yang sama, Sam Witwicky yang baru sahaja memasuki kolej dan cuba untuk hidup sebagai remaja normal, telah menemui serpihan Allspark dan tanpa disedari pemikiran beliau kini dipengaruhi dengan sejarah awal ketibaan makhluk-makhluk Cybertronian di planet bumi. Dengan itu, Sam kini menjadi buruan puak Decepticons yang cuba mendapatkan maklumat tentang suatu artifaks penting yang boleh digunakan untuk menghancurkan bumi.

Jangan Pandang Belakang Congkak

Filem mengisahkan tentang ilmu saka yang ditinggalkan oleh arwah Pak Sudir, seorang yang sangat kaya di sebuah kampung. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.

Sebelum Pak Sudir meninggal, dia telah menghantar surat kepada 3 orang cucunya (Punai, Asmat n Johan) untuk mewarisi harta pusakanya dengan syarat mereka hendaklah bermalam di rumah arwah Pak Sudir selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Sebenarnya bukan harta pusaka Pak Sudir yang akan diwarisi oleh mereka bertiga, tetapi ilmu saka Pak Sudir.

Akibat sikap mereka yang x mematuhi syarat yang diberi, mereka telah terpandang belakang congkak tersebut dan menjadi saka-saka Pak Sudir. Bermula dari situ, berlaku kekecohan di kampung tersebut. Seorang bomoh yang digelar Pak Mor telah dipanggil untuk melawan ketiga-tiga makhluk nie. Pak Mor berusaha melawan ketiga-tiga makhluk tersebut. Akhir nya dia berjaya. Di akhir cerita dapat la korang tengok. Mustika ialah jelmaan isteri kepada Pak Sudir yang telah lama meninggal dunia
.

1 comment :

jannerozman said...

adeehhh..
emi..
cpla follow jan..
hehehe