P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday 5 November 2008

::: Hari-Hitam-Putih (Raya Ketiga) :::

Hari-Hitam-Putih. 03 Oktober 2008. Tahun nie kurang bernasib baik bagi aku. mana x-nya, aku x-den kat kampung aku. uiks, nasib baik x mati. kalu x ramai la yang menghadap kubur aku. hu². Masa tue aku on da way nak balik rumah. naik motor. balik dari beraya. hari tue lak aku nak balik ke Johor dengan family. nak kata aku bawa laju x la. x lebih pun 50 pun.

Sebelum aku sampai simpang nak kuar dari Sungai Tiang, Bagan Datoh. kat Perak tau. ada budak² main basikal kat tengah jalan. Melilau macam orang mabuk naik basikal. dari jauh aku hon budak² tue. Bila aku hon, ada la dua kerat je budak yang ketepi. Tapi ada sorang budak nie degil gila nak ketepi. Aku pun hon la lagi. Banyak kali gak la aku hon. Dia buat x-tau je.

Lama² dia ketepi. Ala, Kalu nak kena. Bila² masa pun boleh kena. Bawa laju pun kena. Bawa perlahan pun kena. Tue Hari-Hitam-Putih dalam hidup aku. Time aku nak potong budak tue. budak tue tiba² ke tengah jalan. Apa lagi, bam² bum bunyi mercun la. aku x sempat nak elak. Tapi aku sempat tendang budak tue ketepi. Then terus x sedar. Sedar² je aku kat Klinik Bagan Datoh. Masa tue aku nampak wajah bapak n adik aku (Adi). uiks, pedihnya Tuhan je la tau.

Aku dikejarkan ke Hospital Teluk Intan. Malam tue pulak, aku dikejarkan Ke Hospital Ipoh coz Hospital Teluk Intan x-de doktor pakar. Mana x-nya, dagu aku patah. Rahang aku lari. Anggota badan lain orait je. Terpaksa la transfer ke sana. 5 hari aku lepak kat sana. Sekarang nie aku kena mam bubur coz gigi atas dan bawah aku diikat dengan dawai. 21 November baru buka. X sabar aku dibuatnya.

Dari apa yang aku dengar dari cerita mamat yang tolong aku masa tue. Lepas je aku tendang budak tue ke tepi. aku terus terpelanting ke jalan raya. macam jatuh tersungkur. Kena dagu dulu kat atas jalan raya. Ada lagi doh. Nie scene yang bagi aku M'ngeri kan la. Lepas aku tersungkur tue, aku terus terperosok bawah kereta. Korang bayangkan la. TERPEROSOK BAWAH KERETA. Berpeluh² aku dengar cerita mamat tue. Tapi bersyukur la. Kereta tue parking je kat tepi jalan. X bergerak pun. Ha².

By da way, aku bersyukur coz masih lagi bernyawa. Dulu, aku selalu fikir pasal mati. Walaupun aku x-den x-de la tahap nyawa² ikan. Tapi aku sendiri dah rasa macam mana suasana bila mata kita nie gelap gelita. Berbeza la wei dengan tidor atau kita pejam mata. Gelap gelita yang aku maksudkan. Keadaan kita sendiri yang x bersedia untuk mati. Bak kata Bang Bil. Lu Fikir La Sendiri!.

Terima kasih kepada family, pakcik-makcik, sepupu² dan member²-susah-mati yang banyak support aku. Terima Kasih banyak². Aku sayang kat korang semua. hu².

Sapa dalam gambar 2 : Emi (aku la)

No comments :