P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Tuesday 3 August 2010

::: Ramadhan : Dia Datang Lagi :::

Woh. Woh. Sambut merdeka. Sambut merdeka gak. Jangan lupa lak kita pada Bulan Islam. Bulan nie bukan setakat bulan merdeka je ek. Bulan Ramadhan pun bulan nie gak. uh, tak sabar aku nak puasa. lepas tue leh raya. Mam kuih raya, pakai baju raya dan lain-lain lagi la. He2. Sebenarnya, bukan tue yang aku kejar. Yang aku kejar ialah kelebihan berpuasa di Bulan Ramadhan.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah : 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Hanya sebulan je Bulan Ramadhan nie. Tak lama. Tunai kan la kerana ia merupakan salah satu Rukun Islam kita. Bagi aku, rugi kalu tinggalkan walaupun sehari. Kecuali la dalam keadaan uzur. Pada meraka yang masih lum ganti puasa tahun lepas. Cepat-cepat ganti. Nak dekat dah nie. He2.

No comments :