P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Tuesday 3 August 2010

::: Merdeka : Lagu Negaraku :::

Bulan 8 datang lagi. Seperti yang semua orang tau. Bulan 8 nie bulan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-53. Malaysia. He2. Dalam post kali nie aku nak stoly moly sikit tentang lagu negaraku. Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Sebelum masuk kelas mesti nyanyi lagu negaraku. Tak kan korang semua tak hafal kot lagu negaraku. Kalu lagu negaraku tersenarai dalam lagu “jangan lupa lirik”. Tak ada masalah la kan. He2.

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

Kat bawah nie aku ada sediakan lirik lagu negaraku. Pada yang dah lama tak nyanyikan lagu nie. Pe lagi. Nyanyi la. He2. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53.

NEGARAKU (LIRIK)

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU,
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU,
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA,
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA,

Sumber : http://www.malaysiamerdeka.gov.my

No comments :