P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Monday 3 August 2009

::: Bakat Besar :::

Uiks, baru je Michael Jackson@Mikaeel meninggal dunia. Tiba giliran pulak Yasmin Ahmad. Seorang pengarah filem dan juga penulis skrip yang berbakat besar. Walaupun Allahyarhamah x sehebat MJ. Tapi pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan tanah air. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.25 malam tadi, 25 Julai 2009. Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikatakan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

Walaupun filem yang dihasilkan oleh Allahyarhamah sering menimbulkan kontroversi. berbagai kritikan di terima. Tetapi Allahyarhamah tetap meneruskan perjuangan nya sebagai anak seni. Sikap cekal Allahyarhamah membuatkan aku minat ngan hasil seni nya.

Beberapa hari sebelum kejadian iaitu pada 23 Julai 2009 yang lalu, Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar pada kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.Allahyarhamah kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya stabilkan Allahyarhamah sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Dalam post nie, aku de sediakan sedikit info tentang Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Info nie aku anarm.net. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama kekasih2 Allah S.W.T. Al-Fatihah. Amin.

Yasmin Ahmad
  • Anak kelahiran Muar, Johor
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
  • Pernah bekerja sebagai trainee banker selama 2 minggu pada tahun 1982, seterusnya bekerja di IBM sebagai wakil pemasaran.
  • Memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan di Ogilvy & Mather
  • Merupakan seorang Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur
  • Dikenali melalui iklan-iklan Petronas
Filem-filem
  1. Rabun (2003)
  2. Sepet (2004)
  3. Gubra (2006)
  4. Mukhsin (2007)
  5. Muallaf (2008)
  6. Talentime (2009)
Commercial/Iklan
  1. Petronas TV Commercial (sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Hari Kebangsaan)
  2. Yuzy (2000) Kempen Keselamatan Jalan Raya Petronas
  3. Vas Dentures (2000) Celcom
  4. Tan Hong Ming In Love (2007) Iklan Petronas sempena Hari Merdeka
  5. Family (2008) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
  6. Funeral (2009) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
Anugerah dan Penamaan Calon
  • Malaysia Video Awards for Best Director (1999) – Forgiving Petronas commercial
  • Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’s Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)
  • Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000) – Yuzy Petronas Road Safety Campaign
  • Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000) – Vas Dentures Celcom
  • Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) – Sepet
  • Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) – Gubra
  • Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) – Mukhsin

No comments :