P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Tuesday, 25 August 2009

::: Wayang-wayang :::

Uiks, first week kat umah sewa amat bosan dibuatnya. Aku balik just de 4 orang je (termasuk aku). Nak main dota? bangun pagi je menghadap dota. Bangun pagi je menghadap dota. Naik gila la dibuatnya. So, untuk menghilangkan rasa bosan dalam diri nie. Aku n budak2 umah aku p tengok wayang. Kitaorang tengok 2 cerita sekali. G.I. Joe: The Rise of Cobra n Aliens in the Attic. So, kat cini aku nak kasi tau korang mengenai kedua2 movie nie.

G.I. Joe: The Rise of Cobra

G.I. Joe nama adalah singkatan kepada Global Integrated Joint Operating Entity dan mereka merupakan sebuah unit operasi khas yang mana anggotanya dipilih dari seluruh dunia. Mereka telah ditugaskan untuk memusnahkan sebuah organisasi yang dinamakan Cobra demi menyelamatkan dunia.

Duke (Channing Tatum) Merupakan askar terlatih dan berkebolehan mengetuai sepasukan askar yang ditugaskan untuk menghantar suatu beg yang berisi senjata moden yang mampu menghancur sesebuah negara ke pangkalan rahsia. Dalam perjalanan, mereka di serang hendap oleh sepasukan penjahat yang menggunakan senjata canggih. Ripcord (Marlon Wayne) dan Duke terselamat didalam serangan tersebut atas bantuan pasukan khas. Mereka berdua akhirnya dilatih dan diterima menyertai pasukan khas tersebut.











G.I. Joe cuba mempertahankan bumi dari penjahat-penjahat tersebut. Berlaku la pergelutan antara kedua-dua kumpulan nie. Dalam movie nie, korang leh tau sapa penjahat cobra yang sebenar dan korang mesti x sangka punya. Pe lg, p la tengok. He2.

Aliens in the Attic

Mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang datang ke rumah percutian bersama keluarga dan terpaksa bertarung menentang 4 ekor makhluk asing iaitu Skip, Tazer, Razor dan Sparks yang tiba-tiba muncul di rumah mereka.

Makhluk-makhluk asing nie, berada di rumah tersebut kerana ingin mencari satu alat yang tersembunyi di bawah rumah tersebut. Alat tersebut merupakan alat untuk menguasai bumi. Jadi, kanak-kanak tersebut berusaha menghalang niat makhluk-makhluk tersebut. Berlaku la bermacam-macam adegan. Bagi aku kelakar la. He2.

Tom yang mengetuai kumpulan kanak-kanak, berusaha menyelamatkan keluarga dan bumi sebelum ini sering kemurungan akibat selisih faham dengan keluarga. Dia juga yang sangat tidak menyukai sesuatu yang lama telah banyak mempelajari tentang kehidupan selepas berjaya menyingkirkan mahkluk asing berkenaan. Malah hidupnya bagaikan berubah dan bertambah rapat dengan setiap ahli keluarga selepas peristiwa tersebut.

2 comments :

s-o-f-e-e- said...

nape tak tgk up2 .. hehehe .. G.I.Joe besh gak tp ada satu scene tu nampak tak real laa.. scene kat pdg pasir tu .. huhuhu

emi said...

ah...btul2...
CGI dia xleh blah kan...
he2...
up2 best ke...
jom p tengok...he2...