P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Saturday, 8 June 2013

::: Artikel, Artikel Dan Artikel :::


As’kum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya, aku xtau artikel apa yang aku nak buat malam nie. Xpe la. Just taip je la ek. Janji aku de update blog untuk malam nie. Wahai jari-jariku start bergerak semua. Maju semua. Orait. Aku nak mulakan dulu dengan berita utama untuk minggu nie.

Beberape bulan lepas. Kita dikejutkan dengan jejambat di Selangor Science Park 2 runtuh kerana mengalami masalah mendapan yang teruk. Minggu nie, kita dikejutkan pulak dengan penyambung jambatan kedua Pulau Pinang runtuh. Berlaku pada hari khamis (6hb Jun 2013), lebih kurang pukul 7 malam waktu Malaysia. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Nampaknya de gak mangsa yang terlibat. Ermmmm. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin. Amin.

Seniman S Shamsudin. Telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong Singapura. Meninggal dunia pada usia 84 tahun. Kira-kira jam 10.56 pagi (4hb Jun 2013) akibat sakit tua dan paru-paru berair. Teringat lak aku ngan lagu “Menceceh Bujang Lapok”. Lagi-lagi step berjalan semasa lagu nie dinyanyikan dalam petikan filem “Pendekar Bujang Lapok”. Hu2. Sedih. Sedih. Sesungguhnya pemergian Seniman S Shamsudin tiada pengantinya di hati kami. Al-fatihah.

Nie de satu perkara lagi. Just for information pada korang semua la kan. Petang semalam aku de dapat satu artikel nie. Artikel dari kawan ofis aku. Artikel yang agak kelakar gak la.. Cuba korang baca ek dan perhatikan diri anda. He2.

“Tahukah anda, hampir 92% lelaki berkahwin akan BOROI setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami BOROI hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami BOROI. Dan menurut kajian lagi, lelaki BOROI lebih PENYAYANG dan BERFIKIRAN JAUH. Sesungguhnya BOROI itu seksi.”

Anda rasa diri anda GEMOK. BUNCIT. Sering diejek kawan-kawan. BOROI. TONG DRUM. TRUK. Jangan jadikan itu sebagai alasan anda untuk bunuh diri. Makan ubat tido banyak-banyak. Jog petang, pagi dan malam. Xperlu diet gila-gila.  

Kerana ANDA
sebenarnya seorang yang SEKSI.
Wauuuuu... Ha2.

Friday, 7 June 2013

::: Senarai Pemain Terbaik Antarabangsa :::

Musim bolasepak antarabangsa 2012/2013 telah melabuhkan tirainya. Xsabar lak nak tunggu musim depan. Banyak gak perkara menarik akan berlaku musim depan. Mampukah Jose Mourinho mengulangi zaman kegemilangan Chelsea? Berbaloi ke David Moyes menerajui Manchester United serperti yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson? Siapakah pemain yang akan dibeli oleh Manchester City? Mampukan Bayern mengekalkan kejuaraan yang mereka menang pada musim nie? Dapat ke Neymar menyesuaikan diri bersama kelab barunya, Barcelona? Semua akan terjawab pada musim akan datang. Untuk kali nie, aku senaraikan beberape pemain-pemain yang akan mengegarkan pentas arena bola antarabangsa.

Pemain Chelsea yang leh dikategori yang paling berani. Bersemangat dengan kelajuan yang luar biasa. Semua posisi beliau leh main. Dari keeper sampai penyerang, Kemahiran terbaik beliau ialah “U-turn And Kick The Ball Make Me Happy”. Meletak bola di tengah-tengah padang. Berjalan ke belakang dan terus pusing menyepak bola sambil menjerit “Saya Suka Main Bola Sepak”. Dijangka pemain nie akan kekal bersama kelabnya apabila Jose Mourinho kembali menerajui kelab tersebut.

Perpindahan beliau mencetus fenomena baru di Barcelona. Sering berlaku kejutan gol, Setiap kali Messi, Innesta dan Xavi menghantar bola kepada beliau. Dengan hanya menghulurkan kaki beliau sahaja, beliau mampu mendapat pujian hebat dari rakan pasukan. Seorang pemain yang bermuka serius di dalam padang tapi kelakar apabila berborak. Seorang pemain yang sejati.

Seorang pemain berbadan sasa. Fizikal tersebut digunakan sepenuhnya oleh pemain ini. Tidak banyak mengawal bola. Pemain yang bermain dengan kelab Arsenal nie, sering memberi idea dan peluang kepada rakan pasukan untuk menjaringkan gol. Beliau digelar “Second Van Persie” bagi para fun Arsenal. Beliau tersenarai antara pemain yang ingin dibeli oleh David Moyes untuk memperkuatkan jentera Manchester United musim hadapan.

Beliau seorang pemain yang kreatif dan berbakat besar dalam arena bolasepak dunia. Telah menyempurnakan 1420 dari 1603 hantaran dalam 3 perlawanan persahabatan. Disebabkan itu David Moyes cuba mengekalkan pemain ini walaupun desas-desus mengatakan beliau ingin mengikut jejak abang sepupu beliau berhijrah, Wayne Rooney.

Bermain di posisi Keeper, tidak semestinya tidak boleh menjaringkan gol. Inilah perkara yang sering dilakukan oleh pemain nie. Kedatangan beliau ke Chelsea membuatkan Chelsea setaraf dengan kelab-kelab besar dunia. Tidak mustahil pemain ini sering diumpan sejam sekali oleh pemegang besar saham Real Madrid. Ini kerana Real Madrid amat berminat dengan pemain berbakat besar nie.

Bertubuh kecik dan licik dalam mengawal bola. Itulah kelebihan yang ada pada pemain ini. Hantaran beliau sering ditagih oleh setiap rakan pasukan. Mempunyai habit  yang pelik sebelum masuk padang. Beliau akan membawa seekor kucing dan melepaskannya di atas padang. Kemudian mengajak rakan pasukan menangkap kucing tersebut. X ke pelik? Berkemungkinan besar akan berhijrah ke kelab lain. Bayern di antara pasukan yang ingin mendapatkan khidmat beliau untuk digandingkan bersama Arjen Robben dan Riberry.

Beliau bukan lah seorang kaki gigit. Seperti yang dilakukan oleh Suarez kepada pemain Chelsea, Ivanovic. Seorang pemain yang rajin dan laju. Kelajuan beliau melebihi Theo Walcott dari Arsenal. Mendahului 7 saat di hadapan. Beliau merupakan ayam tambatan Brendan Rodgers. 100 peratus, pemain ini akan kekal di Anfield.

Seorang pertahanan yang berhati keras. Sering berjaya apabila berhadapan 1 lawan 1 di atas padang. Disebabkan fizikal yang ada pada beliau, membuatkan beliau antara pemain pertahanan terbaik dunia. Sebaris dengan rakan pasukannya, Rio Ferdinand. Selain tue, pemain nie mempunyai sifat team work yang tinggi. Beliau adalah punca kekuatan Manchester United.

Opsss... Minta maaf la kawan-kawan opis ku. Sesungguhnya nie hanya la sekadar jenaka untuk korang semua. Xmo marah-marah ek. Jangan la pukul aku. Hu2. Minta maaf sekali lagi. Maafkan SAYA. Maafkan SAYA. By the way, semoga kita SUCCESS bersama. InsyaAllah.GO GO GO. He2.

Senarai Pemain Terbaik Antarabangsa 
Versi 
SENYUM MAK ETON

Thursday, 6 June 2013

::: Now You See Me :::


Bayangkan, korang duduk satu tempat. Kemudian dihujani duit berjuta-juta. Bayangkan, korang ngah tengok buku akaun bank. Duit dalam buku akaun de RM100-00. Dalam beberape saat dah jadi RM1,000,000-00. Tak gila sejam korang lepas tue. Lepas beli Ducati Monster 3 4 biji. Jangan lupa bagi aku satu ek. Aku nak warna merah. Ha2.

“Now You See Me”. Pada sape yang belum tengok movie. Boleh la korang semua pi tengok. Bagi aku movie yang agak menarik untuk ditonton. Movie nie mengisahkan 4 orang silap mata yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg (J. Daniel Atlas - terrer buat silap mata kad), Woody Harrelson (Merritt McKinney - Boleh membaca pemikiran orang lain), Dave Franco (Jack Wilder - Ahli silap mata yang licik) dan Isla Fisher (Henley Reeves - Ahli silap mata perempuan yang berani dan cantik). Mereka telah dipilih oleh seorang “individu” untuk menuntut bela atas kematian bapak “individu” tersebut dan kumpulan mereka nie dinamakan sebagai  Four Horsemen. Kemunculan mereka dipentas silap mata merupakan titik permulaan movie nie. Movie nie seakan-akan cerita robin hood la kiranya. Melakukan jenayah untuk bantu orang lain.

Pada yang de plan nak tengok movie nie. Pastikan jangan terlepas setiap scene kerana movie nie memerlukan korang banyak berpikir dan berpikir. Terdapat beberape plot dalam movie nie. Setiap plot melibatkan korang mengingati scene-scene yang terdahulu. Plot terakhir paling hebat. Lansung x terpikir aku dibuatnya. Apa lagi. Pi beli tiket “Now You See Me” sekarang dan tonton dengan teliti. Kalu korang de nampak orang sebelah ketuk-ketuk kepala. Jangan tegur ek. Buat xtau sudah. Ha2.

Aktiviti selepas tengok “Now You See Me”. Lepak-lepak minum bersama dengan budak-budak office wife aku. He2.

Wednesday, 5 June 2013

::: Back! Back! Back! :::



Bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Trimas kepada semua yang sudi masuk ke blog aku nie dan minta maaf kerana terlalu lama aku tak update. Terdapat beberape perkara yang menyebabkan aku memberhentikan aktiviti berblog nie. Untuk kali nie, aku cuba menghidupkan kembali blog nie. InsyaAllah.

Pada yang xpernah mengikuti aku punye blog nie. Disini aku menceritakan serba sedikit latar belakang blog aku nie.Blog nie bermula pada tahun 2008. Apa benda yang aku merepek di dalam blog aku nie? Di dalam blog aku nie, artikel-artikel segala aktiviti-aktiviti aku, family dan kawan-kawan aku. Melalui artikel-artikel tesebut, dapat memudahkan perhubungan antara aku ngan korang semua. Nampak x jalinan Silaturahim yang aku cuba bina nie. Walaupun hanya sekadar artikel-artikel kosong. Merepek. Merapu. Ia dapat memudahkan aku berkongsi dengan korang semua.

Tapi, manusia nie kan x pernah lari dari buat salah. Bercakap secara logik pun, gerenti ada silap punya...kan! Jadi kirimlah segala kutukan ke, kritikan ke, penghinaan ke, ape² ajelah kat blog aku nie. Trimas sekali lagi.

BACK! MISS ME?

Friday, 1 October 2010

::: My Art Work :::

Nie la hasil keje. Ha2. Puas hati. Tapi de keje lain lak lepas nie. MINTA MAAF dah lama x update blog. Bz la sgt. Hu2. Insyallah, masa terdekat nie. Aku akan ambil masa untuk update. He2. Bye...He2.