P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Friday 16 July 2010

::: Pemain Terbaik :::

World Cup 2010 dah melabuhkan tirainya ngan juara dimenangi oleh SPAIN. Sebulan tido x cukup sebab nak tengok game World Cup kali nie. Bermacam-macam kejutan yang kita dapat lihat edisi kali nie. Yang tersungkur. Dah tentu la tersungkur. Yang berjaya. Tetap berjaya. Taniah. Post kali nie aku senaraikan antara pemain terbaik untuk edisi kali nie. Enjoy la ek. He2.

Nama : Wan Mohd Edham
Nama Timangan : Awer Don
Kelab : Liverpool
Posisi : Midfield Serangan, Penyerang.
Dikurniakan dengan kepantasan menakjubkan dan kecekapan menghidu posisi, dia belajar dengan bagus untuk menangani kekasaran. Dia berjaya memecahkan rekod Ruud Van Nistelrooy sebagai penjaring terbanyak untuk musim debut dan segera menjadi idola Kop. Hebat doh mamat nie. Adik-beradik ngan Xabi Alonso nie. He2.

Nama : Azlan Mokhtar
Nama Timangan : Super Mokh
Kelab : Manchester United
Posisi : Bek Kiri
Azlan adalah antara bek kiri paling berpotensi hari ini. Dia memiliki gabungan kekuatan fizikal dan teknik terbaik untuk mudah bertindak naik sebagai pemain sayap kiri daripada posisi asalnya untuk membantu mengancam kawasan lawan. Sepakan kaki kiri xnak kuat gila lak. Kalu kena kepala aku. Patah 3 doh lutut aku. He2.

Nama : Aldilah Ahmad
Nama Timangan : Kecik
Kelab : Real Madrid
Posisi : Midfield
Lincah menghubungkan kawasan midfield dan serangan, dia adalah yang terbaik daripada yang terbaik bagi mana-mana pemain di posisinya dan sentiasa memainkan peranan besar dalam setiap perlawanan tanpa mengira peringkat. Semenjak berada di Real. Hari-hari mam tengahari bersama Kaka. Kaka tue idola dia. He2.

Nama : Azri Hisashi
Nama Timangan : E
Kelab : Arsenal
Posisi : Midfield
Dia telah menjadi tunjang kepada pasukan Arsenal menerusi kreativiti, visi dan kefahaman dan ketepatan membuat hantaran dalam skuad Arsenal, menunjukkan kematangan yang melampaui usia. Dia juga memikul tanggungjawab mengambil gerakan set pieces, sepakan penjuru dan penalti. Mamat nie suka buat jaringan jarak jauh. Hebat2. He2.

Nama : Ajib Luey
Nama Timangan : Luey
Kelab : Liverpool
Posisi : Penyerang
Penyerang Liverpool ini menempa nama di persada dunia semasa EURO 2004, dibandingkan dengan Pele oleh pengurus Eriksson, dan mengujakan semua pihak menerusi permainan serangan tanpa gentarnya. Kadang-kadang dia main. Bukan sepak bola masuk dalam gol. Tapi sepak bola kena tiang je.

Nama : Emi Cicak
Nama Timangan : Cicak
Kelab : Chelsea
Posisi : Bek Tengah
Dia berterusan menunjukkan kemantapannya dan kejituan semangat yang sukar untuk dirobohkan. Pengaruh pemain ini pastinya akan sentiasa dirasai oleh mereka yang berada di sekelilingnya. Dijadikan senjata terakhir kalu semua pemain penat. Jantung mamat nie de dua. Alien kot. He2.

Nama : Rose Izanie
Nama Timangan : Aboi G***H
Kelab : Arsenal
Posisi : Penyerang
Dia memiliki skil terhebat yang membolehkannya menghuru-harakan kubu pertahanan lawan dalam perlawanan penting. Dia dilihat sebagai pemain yang mampu menyerlah di saat getir dan memberikan hasil pada waktu yang diperlukan. Aku suka bila dia Celebrate Gol. Kalah Roger Milla (Cameroon). He2.

Nama : Aidil Peiro
Nama Timangan : Peiro
Kelab : Chelsea
Posisi : Penjaga Gol
Dia telah diiktiraf sebagai antara penjaga gol terbaik di Eropah menerusi pelbagai anugerah yang diterimanya. Dia diundi di tempat ke-4 untuk anugerah pemain Bola Sepak Terbaik Eropah 2008 dan juga menjadi penjaga gol paling banyak menerima undian. Sebelum bergiat cergas dalam arena bola sepak. Dia seorang bisnessman yang berjaga. BurgerDil. BurgerDil. BurgerDil. He2.

Nama : Rio Mario
Nama Timangan : Acong
Kelab : Chelsea
Posisi : Penjaga Gol
Dia dikurniakan dengan kawalan bola yang cemerlang dan berupaya membuat beberapa aksi menyelamat yang luar biasa. Hebat budak nie. Bila dia main mesti dia tido. Puas aku cakap kat dia. Jangan tido. Jangan tido. Ngantok sangat la 2. He2.

Nama : Muhamad Amerol
Nama Timangan : Meron
Kelab : Manchester United
Posisi : Bek Tengah
Dia cemerlang sebagai bek tengah tapi turut boleh beraksi sebagai bek kanan kerana dia seorang pemain kaki kanan. Dia bagus dalam membantes dan mungkin ciri permainan terbaik dia adalah ketepatan dan kepantasannya. Sapa nak kenai ngan mamat nie? He2.
Post nie bukan nya betul. Hanya sebagai gurauan dari aku. Minta maaf la ye kalu de yang terasa. Minta maaf banyak2. mereka nie antara kawan-kawan terbaik aku. TQ semua. Aku doa kan korang berjaya. GO GO GO. He2.

No comments :