P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Thursday 29 July 2010

::: Street Dance :::


Minggu lepas aku p tengok movie kat mid valley. P ngan kawan-kawan aku. Kali nie p tengok movie baru. Street Dance. Movie nie kuar kat panggung pada 15 julai 2010. Genre Drama, Romance n musical. Para-para pelakon dia Nichola Burley, Rachel McDowall, Charlotte Rampling, Ukweli Roach. Pengarah nya pulak Max Giwa n Dania Pasquini.


Cite nya mengenai konflik sebuah kumpulan street dance. Kumpulan nie hampir dibubarkan kerana pengunduran ketua kumpulan mereka iaitu Jay (Ukweli Roach). Jadi tanggungjawab nie terpaksa dipikul oleh Carly (Nichola Burley). Kumpulan mereka bukan sahaja kehilangan ketua kumpulan, tetapi juga kehilangan tempat untuk berlatih bagi satu pertandingan street dance yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi mereka terpaksa mencari wang untuk menyewa tempat latihan baru. Macam-macam cara dilakukan.

Akhirnya Carly mendapat tempat baru untuk latihan mereka iaitu di sebuah sekolah balet tanpa membayar sewa tempat tersebut. Sebagai ganti tanpa membayar sewa tempat tersebut, 5 penari balet akan menyertai kumpulan Carly. Tue cadangan dari seorang guru sekolah balet tersebut iaitu Helena (Charlotte Rampling). Nak xnak, Carly kena terima kerana kesuntukkan masa untuk kumpulannya berlatih. Pada mulanya kedua-dua kumpulan nie tidak boleh berkerjasama. Tapi disebabkan kesungguhan mereka. Mereka berjaya berkerjasama.

Pada satu babak lain, Ketika kumpulan Carly bersaing di sebuah club. Jay telah muncul. Muncul dalam kumpulan baru dia iaitu Surge. Jadi Jay telah membuktikan dia belot pada kumpulan lamanya. Disebabkan itu, kumpulan Carly berusaha memenangi pertandingan tersebut untuk membuktikan pada Jay.


Cite nie aku nak kata best sangat xde la. Biasa je. Aku rasa lagi best Step Up. So, kita tunggu la Step Up 3. Leh la kita bandingkan mana yang terbaik. Orait. He2.

No comments :