P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday, 5 August 2009

::: P.E.N.G.U.M.U.M.A.N :::

Pengumuman penting untuk korang semua. Pada 31 julai 2009 aku de sediakan 1 post mengenai team futsal aku. Dalam post itu, aku de bagi tau. Team aku akan sertai 1 pertandingan IPTS kat UNITEN. 7, 8 dan 9 Ogos nie. Pengumuman yang aku nak bagi tau ialah pertandingan 2 dipostpone selepas hari raya atas sebab keadaan negara sekarang. Iaitu serangan penyakit H1N1. Harap Maaf ye kawan2. Kesihatan 2 lagi penting. Terima Kasih.

::: Jiwa Bebas Berilusi :::

Dalam post nie, aku bukan nak ajak sapa2 berpolitik ek. Just nak korang tau pe aktiviti yang aku semasa kat kampung (Perak). Ala. Kalu korang UMNO ke. PAS ke. Aku pedulik pe. Janji tujuan utama aku buat blog nie. Nak cari kawan. bukan nak cari lawan. xde lak undang2 dalam negara nie kata. Orang PAS xleh berkawan ngan orang UMNO. Orang UMNO xleh berkawan ngan orang PAS. So, tolak semua dulu. Orait. He2.

Hasil Seni

Benda nie hasil keje sepenuhnya family aku. Model markas PAS kat Parit 24, Hutan Melintang, Perak. Proses membuatnya mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Bukan disiapkan untuk orang tempah. Tapi model nie, untuk dipamerkan pada Majlis Amal yang akan diadakan 2 Ogos 2009 (dah lepas dah).

Hasil seni dibuat dengan mengunakan barang-barang terbuang seperti kotak, manilakat keras, kayu dan playwood. Dinding untuk model nie mengunakan kayu. Manakala tiang bagi model nie ialah kayu. Dalam masa 4 hari. Kitaorang hanya menyiapkan dulu dinding model nie. 3 hari seterusnya, baru la kitaorang naik kan ia sebagaimana gambar yang aku sediakan.

Majlis Makan Malam Amal

Diadakan berdekatan Markas PAS Parit 24 Hutan Melintang, Perak. Dihadiri Yang Berhormat Dato' Seri Nizar. Majlis ini diadakan untuk mendekatkan lagi antara pemimpin PAS tersebut ngan ahli2 PAS yang ada di kawasan Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Anggaran orang yang hadir pada malam tersebut melebihi 500 orang.

Dato' Seri Nizar telah merasmikan model markas PAS tersebut.Model itu merupakan model Markas PAS yang akan dibaik pulih tidak lama lagi. Pada asalnya, model tersebut hanya untuk dipamerkan. Akan tetapi pada Majlis Amal tersebut, seorang Hamba Allah S.W.T. telah berminat untuk membeli model markas tersebut dengan harga RM1150. Wang itu telah dijadikan sebagai derma bagi menaikkan taraf markas tersebut.

::: Malaysiaku Gemilang I :::

Uiks, dah masuk bulan Ogos loh. Xsedar lansung aku. Rupanya kita dah melangkah ke bulan Ogos. Bulan Ogos merupakan bulan yang penting bagi negara kita. Bulan kemerdekaan bagi negara kita. Iaitu Malaysia. SELAMAT HARI JADI MALAYSIA yang ke-52. Semoga rakyat-rakyat hidup aman dan sejahtera. Semoga mala petaka yang berlaku pada rakyat Malaysia dapat kita elakkan. Kita Hindarkan. Kita atasi. Ya Allah, selamat kan kami. Amin.

Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.


Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Keterangan Gambar (Bermula dari atas)

  1. Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957
  2. Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada tahun 1947.
  3. Perdana Menteri Malaysia Pertama (Bapa Kemerdekaan) - ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH ( 1957 - 1970)
  4. Stadium malaysia.
  5. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.
Sumber : http://www.i-putra.com.my

Monday, 3 August 2009

::: Bakat Besar :::

Uiks, baru je Michael Jackson@Mikaeel meninggal dunia. Tiba giliran pulak Yasmin Ahmad. Seorang pengarah filem dan juga penulis skrip yang berbakat besar. Walaupun Allahyarhamah x sehebat MJ. Tapi pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan tanah air. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.25 malam tadi, 25 Julai 2009. Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikatakan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

Walaupun filem yang dihasilkan oleh Allahyarhamah sering menimbulkan kontroversi. berbagai kritikan di terima. Tetapi Allahyarhamah tetap meneruskan perjuangan nya sebagai anak seni. Sikap cekal Allahyarhamah membuatkan aku minat ngan hasil seni nya.

Beberapa hari sebelum kejadian iaitu pada 23 Julai 2009 yang lalu, Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar pada kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.Allahyarhamah kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya stabilkan Allahyarhamah sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Dalam post nie, aku de sediakan sedikit info tentang Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Info nie aku anarm.net. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama kekasih2 Allah S.W.T. Al-Fatihah. Amin.

Yasmin Ahmad
  • Anak kelahiran Muar, Johor
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
  • Pernah bekerja sebagai trainee banker selama 2 minggu pada tahun 1982, seterusnya bekerja di IBM sebagai wakil pemasaran.
  • Memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan di Ogilvy & Mather
  • Merupakan seorang Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur
  • Dikenali melalui iklan-iklan Petronas
Filem-filem
  1. Rabun (2003)
  2. Sepet (2004)
  3. Gubra (2006)
  4. Mukhsin (2007)
  5. Muallaf (2008)
  6. Talentime (2009)
Commercial/Iklan
  1. Petronas TV Commercial (sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Hari Kebangsaan)
  2. Yuzy (2000) Kempen Keselamatan Jalan Raya Petronas
  3. Vas Dentures (2000) Celcom
  4. Tan Hong Ming In Love (2007) Iklan Petronas sempena Hari Merdeka
  5. Family (2008) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
  6. Funeral (2009) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
Anugerah dan Penamaan Calon
  • Malaysia Video Awards for Best Director (1999) – Forgiving Petronas commercial
  • Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’s Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)
  • Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000) – Yuzy Petronas Road Safety Campaign
  • Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000) – Vas Dentures Celcom
  • Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) – Sepet
  • Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) – Gubra
  • Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) – Mukhsin

::: Selamat Hari Bapa :::

Seperti Hari Ibu yang diterima dan disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia, hari Ahad ketiga pada bulan Jun amat dinanti-nantikan oleh ramai daripada kita semua untuk menunjukkan penghargaan kepada kaum bapa.

Mungkin artikel nie lewat untuk aku post kan. Tapi bg aku. Hari2, hari bapa. Pada tarikh hari bapa, Aku xde disamping bapak aku. Kerana aku berada di U (studi loh). Dalam sibuk berada di U. Aku x lupa untuk call bapak aku. Untuk ucapkan Selamat Hari Bapa kepada nya.

Sajak Untuk Abah

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah
abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada Jaya Putera Mohd Hashim...

Untuk abah, mi minx maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sekiranya selama nie mi de buat kesalahan. Terima kasih kerana menjaga n memberi sepenuh kasih sayang. Terima Kasih banyak abah. Semoga abah panjang umuq n keluarga kita bahagia selama-lamanya. Amin.