P E R H A T I A N

As'kum. Terima Kasih kerana sudi masuk ke laman Blog nie. Semoga info-info yang aku post nie dapat memberi manfaat kepada korang semua. InsyaAllah.

Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Tuesday, 25 August 2009

::: REAL Player :::

CHRISTIANO RONALDO


Kelab : Berpindah dari “Manchester United” ke “Real Madrid” pada tahun 2009.

Bayaran : 80 million pound British

Kelebihan :

  1. Merupakan kapten pasukan kebangsaan Portugal dan menjadi pemain Portugal pertama yang beraksi di “Manchester United”.
  2. Menjaringkan hat trick pertama untuk Manchester United pada tahun 2008, mengalahkan Newcastle United dengan jaringan 6 berbalas 0.
  3. 2006-07
    • Antara tujuuh pemain Manchester United yang tersenarai dalam Pasukan Terbaik Liga Primier FA.
    • Diangkat sebagai Pemain Terbaik Portugal dan Pemain Muda Terbaik PFA.
  4. 2007-08
    • Diiktiraf sebagai penerima anugerah :

    a) Barclays Golden Boot

    b) Barclays Merit Award

    c) Kasut Emas Eropah

    d) Penyerang Terbaik Kelab UEFA

    e) Pemain Terbaik Kelab UEFA

    f) Pemain Dunia Terbaik FIFPro

  5. Diangkat sebagai FIFPro Dunia XI, PFA Players’ Player Of The Year, Pemain Terbaik FWA dan Pemain Terbaik Barclays mengikut musim 2006-07, 2007-08.
  6. Bergelar Barclays Player Of The Month sebanyak Empat kali.
  7. menjadi Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008
  8. Telah menjaringkan 123 gol sepanjang kerjayanya dari tahun 2002 hingga kini.

KAKA


Kelab : Berpindah dari “Milan” ke “Real Madrid” pada tahun 2009.

Bayaran : 56.1 million pound British.

Kelebihan :

  1. Pemain bola sepak Brazil yang bermain untuk kelab A.C. Milan pada liga Itali Serie A.
  2. Selepas sebulan menandatangani perjanjian dengan A.C. Milan, Kaka membantu pasukan melawan “Ancona” dengan jaringan 2-0. Pada musim tersebut juga Kaka telah menjaringkan 10 gol dalam 30 perlawanan.
  3. 2003-04
    • Menerima anugerah CONCACAF Gold Cup Best XI dan Pemain Baru Terbaik Serie A.
  4. 2005-06
    • Penjaring Terbanyak [Gangsa] Liga Juara-Juara UEFA.
    • Pemain Tengah Terbaik Liga Juara-juara UEFA.
  5. 2006-07
    • Diiktiraf sebagai penerima anugerah :

    a) Penjaring Terbaik Liga Juara-Juara UEFA

    b) Pemain Barisan Hadapan Terbaik Liga Juara-Juara UEFA

    c) Pemain Terbaik Kelab UEFA

    d) Pemain Dunia Terbaik FIFPro

    e) Golden Ball Piala Dunia Kelab FIFA

    f) Pemain Terbaik Dunia FIFA

    g) IFFHS World Best Playmaker

    h) IAAF Latin Sportsman Of The Year

    • Menjaringkan Hat trick pertama dalam Liga Juara-Juara, 4 berbalas 1 menentang pasukan Belgium; “Anderlecht”.
  6. Tiga kali diiktiraf sebagai Pemain Antarabangsa Terbaik Serie A; 2004, 2006 dan 2007.
  7. Diangkat sebagai Pemain Terbaik Serie A pada tahun 2004 dan 2007 serta tiga tahun berturut-turut [2006,2007 dan 2008] sebagai FIFPro World XI.
  8. Pemain Terbaik FIFA yang dianugerahkan Ballon d’Or 2007
  9. Telah menjaringkan 125 gol sepanjang kerjayanya dari tahun 2001 hingga kini.

ZINEDINE ZIDANE


Kelab : Berpindah dari “Juventus” ke “Real Madrid” pada tahun 2001.

Bayaran : 46.0 Million Pound British

Kelebihan :

  1. Terkenal kerana mengetuai Pasukan Perancis Memenangi Piala Dunia 1998 dan UEFA Euro 2000, serta membantu pasukan “Real Madrid” memenangi Liga Juara-Juara EUFA pada tahun 2002
  2. Zidane turut diiktiraf sebagai Pemain Terbaik FIFA sebanyak tiga kali pada tahun 1998, 2000 dan 2003
  3. 1998
    • Merupakan Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada tahun 1998
    • Pemain Tengah Terbaik Liga Juara-Juara EUFA
    • Pemain Terbaik Eropah yang menerima anugerah Ballon D’Or
  4. Pemain Bola Sepak Terbaik Kelab UEFA 2002.
  5. Diangkat sebagai penerima Golden Ball pada FIFA World Cup 2006
  6. Merupakan pemain Terbaik Perancis pada tahun 1998 dan 2002 serta Pemain Terbaik FIFA tahun 1998, 2000 dan 2003.
  7. Tersenarai sebagai 100 pemain Terbaik FIFA
  8. telah mennjaringkan 134 gol sepanjang kerjayanya dari tahun 1998 hingga 2006.

LUIS FIGO


Kelab : berpindah dari “Barcelona” ke “Real Madrid” pada tahun 2000

Bayaran : 37.0 million pound British

Kelebihan :

  1. Bekas pemain Portugal yang bermain pada tahun posisi tengah untuk pasukan “Sporting Clube de Potugal”, “FC Barcelona”,”Real Madrid” dan “Internazionale” sepanjang 20 tahun bergelumang dalam sukan ini.
  2. Menerima anugerah Ballon D’Or dan tempat kedua Pemain Terbaik Dunia FIFA tahun 2000.
  3. Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 2001
  4. Diangkat sebagai Pemain Terbaik Portugal sebanyak enam tahun berturut-turut pada 1995, 1996, 1997, 1998, 1999 dan 2000 dan menerima Potuguese Golden Ball pada tahun 1994.
  5. Tersenarai antara 100 pemain terbaik FIFA
  6. Bersara pada 31 Mei 2009 setelah menjaringkan 132 gol dan memperolehi 127 caps sepanjang penglibatan dalam pasukan Bola Sepak Kebangsaan Potugal.

Tuesday, 11 August 2009

::: Semalam 26. Hari nie? :::

Aku nak cerita pasal artikel surat khabar Harian Metro semalam. Pasal kes H1N1. Semalam 26 kematian dicatat kan. Macam ne lak hari nie. Pagi tadi aku dengar kat radio, dah semakin meningkat. Dari 26 ke 32 orang dah. Banyak 2 wei. Semakin hari semakin meningkat angka kematian. Gila loh.

Semalam macam2 artikel de pasal H1N1. Aku lebih fokus kepada artikel tentang sikap masyarakat kita. Masyarakat kita seperti endah x endah akan amaran wabak nie. Hanya segelintir saja yang menguna topeng muka apabila berada di tempat awam. Ada yang beranggapan wabak nie tidak serius seperti negara-negara lain.

Perkara tersebut harus lah di ambil kira kerana jumlah kematian di negara kita semakin meningkat dari sehari ke sehari. Tapi kita xleh salah kan masyarakat sahaja. Sebagai contoh la. Semalam aku kuar p temankan adik aku interview kat Damansara. Sementara tunggu adik aku. Aku jalan2 area c2. Dalam setiap kedai yang aku p. Xde menjual topeng muka tersebut. So, kita nak salah kan semua pada masyarakat ke? Barang-barang keperluan untuk mencegah wabak nie, masih tidak ckup menampung keseluruhan masyarakat kita. Tempat korang de x? Kalu de, pe lagi. P beli n pakai. Jangan malu la. Yang penting. Jaga kesihatan kita semua n ahli keluarga korang. Orait.

::: GO-GO Blues :::

Pada korang yang kipas susah mati MU. Amacam? Masih x puas hati ke? He2. By da way, perisai komuniti jadi hak milik Chelsea. Chelsea menjulang trofi pertama musim nie dengan mengalahkan MU menerusi sepakan penalti selepas perlawanan penuh tamat 2-2. He2.

Walaupun bagi aku perlawanan tersebut x sehebat mana. Pertahanan Chelsea yang agak rapuh. Tapi Chelsea stay leh lagi menang hasil kendalian sulung Carlo Ancelotti. Alex Ferguson? Pe yang ko dah buat. Tengok sekarang. Wek2 kalah. Ha2. Kemenangan pertama nie merupakan amaran pertama blues kepada semua kelab EPL. Bersedia menyaksikan kehebatan Chelsea pada musim nie. Come On Chelsea. Ha2.


Wednesday, 5 August 2009

::: Raja Pop II :::

Masih hebat lagi cerita pasal MJ. Hari nie je. Dalam berita de mengatakan. Ibu MJ mendapat hak penjagaan anak2 MJ. 2 satu. Nie lagi best. Masa aku tengah baca berita kat Berita Harian Online, aku ternampak sesuatu. Artikel mengenai MJ. So, aku ambik untuk dijadikan post aku. Harap korang enjoy ek...

Sejarah Hidup

Michael Joseph Jackson (lahir di Gary, Indiana, Amerika Syarikat, 29 Ogos 1958 - meninggal dunia di Los Angeles, California, 25 Jun 2009 pada usia 50 tahun.

Penyanyi dan penulis lagu ini terkenal sebagai "Raja Pop" dan mempopularkan gerakan tarian "moonwalk".

Albumnya yang dikeluarkan pada 1982, Thriller, adalah album terlaris di dunia, dengan penjualan melebihi 104 juta keping di seluruh dunia.

Michael memulakan kerjaya bernyanyi pada usia lima tahun sebagai anggota kumpulan vokal keluarga Jackson (kemudian menjadi The Jackson 5) sebelum mengeluarkan album solo pertamanya Got to Be There pada 1971. Sebagai anak ketujuh daripada keluarga Jackson, beliau membuat kemunculan sebagai penyanyi profesional pada usia 11 tahun sebagai anggota Jackson 5.

Pada awal 1980-an, beliau lonjak menguasai bidang muzik pop di Amerika terutama selepas MTV menyiarkan persembahannya antara lain dengan lagu "Beat It", "Billie Jean" dan Thriller yang dianggap mengubah video klip menjadi sebuah bentuk karya seni dan sebagai alat promosi.

Video seperti "Black or White" dan "Scream" membuat Michael menjadi tarikan utama MTV pada 1990-an. Selain nyanyiannya, Michael turut mempopularkan teknik menari seperti robot dan moonwalk. Suara dan gaya vokal Jackson mempengaruhi dan diikuti oleh banyak penyanyi hip hop, pop dan R&B.

Anugerah

Anugerah diraih Michael Jackson termasuk beberapa kali disenaraikan dalam Guinness World Records - termasuk Thriller sebagai album terlaris di dunia. Memenangi 13 Grammy Awards, 13 single nombor 1 dalam kerjaya solonya.

Diskografi

  • Got to Be There (1972)
  • Ben (1972)
  • Music and Me (1973)
  • Forever, Michael (1975)
  • Off the Wall (1979)
  • Thriller (1982)
  • Bad (1987)
  • Dangerous (1991)
  • HIStory (1995)
  • Invincible (2001)

::: Angka 12 :::

Sapa2 yang tengok berita hari nie mesti terkejot pasal angka kematian disebabkan penyakit H1N1. Atau lebih famous ngan nama "Selsema Babi". Angka kematian dah meningkat ke angka ke-12. Cepat gila la. Semalam aku tengok berita, 8 orang maut. Hari nie dah masuk 12 orang maut. Dengan empat kematian termasuk tiga kanak-kanak.

2 belum masuk penutupan universiti/kolej n PLKN. Kem PLKN yang ditutup hari nie adalah Kem White Resort, Pulau Pinang, dan Kem Tasik Chini, Pahang, dengan menjadikan jumlah kem PLKN yang ditutup sehingga kini 23 buah manakala Kolej Shahputra di Pahang ditutup selama seminggu bermula semalam.

Isk, makin teruk nie. Aku nak kuar umah pun takut sekarang nie. Mana xnya. Angka kematian pasal penyakit nie makin meningkat. Hari nie angka lain. Besok angka lain. Ya Allah. Wahai kawan2 ku, marilah kita bersama2 berdoa semoga tuhan lindungi kita semua dari bencana ini. Sebarkan perkara nie pada yang lain. Agar beringat akan bencana nie. Ingat, Allah S.W.T. sentiasa bersama2 ngan kita. Amin.