Sapa dalam gambar 2 : Aku, Apoi (adik aku) n Jeman a.k.a Kapal Selam.
P E R H A T I A N
Di sini. Aku nak memberi sedikit peluang pada sesiapa yang ingin membuat iklan. Mesti ramai yang berniaga. Tak kisah la sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekurang-kurangnya ini adalah satu peluang korang untuk meningkatkan lagi perniagaan korang, Pe-pe hal. Just mesej at facebook aku. Pada yang lum jadi rakan facebook aku. Search "Emi Cicakizard" n "Add".

Wednesday, 24 December 2008
::: Argh, Histeria! :::
Sapa dalam gambar 2 : Aku, Apoi (adik aku) n Jeman a.k.a Kapal Selam.

::: Ke Hulu Ke Hilir :::

::: Indahnya Matahari Terbenam :::
Saja je nak lepak2 kat jeti Hutan Melintang nie. Masa 2 lak kitaorang xtau nak buat pe. Nabil la bagi idea. Ajak p lepak kat jeti. So, Aku n Shah Ciken ikut la sekali. Sambil 2 leh tngkap gambar waktu matahari terbenam. Banyak gak la gambar yang aku ambik. Tapi yang aku masuk kan dalam post nie 2 je. Nak tengok yang lebih. P la merewangkan diri ke Galeri Gambar blog aku nie.Orait.

::: Semoga Cepat Sembuh :::
Sapa Dalam Gambar 2 : Zapi Prap, Anam Asparagus, Paeh Goyang, Kebey, Shah Bulat n Mangsa xden (yang girl ek).

::: Selamat Pengantin Baru :::
Aku p ngan member2 aku la. Pe lagi kan. Masa 2 semua ada. Kecuali Pawa, Peje n Bob. P satu group sekali. Kitaorang kumpul kat umah Anam Asparagus. Dalam kul 12tengahari. Aku lak seperti biasa, mesti bawa kamera nya. Dah sedia awal2 dah. Nak tengok gambar masa kenduri 2. Tengok la kat Galeri Gambar blog aku nie.
Untuk pengantin, aku xde hadiah nak bagi. Just aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga panjang umuq n bahagia hingga ke anak cucu cicit. Amin.

Friday, 19 December 2008
::: Jiwa Seni :::
Pada mula nya, adik aku nak aku ambik barang-barang dia je. Tapi disebabkan dia tinggal sorang-sorang je kat hostel. Aku ajak dia balik. Tapi hari jumaat dia kena datang balik. Dia nak submit keje dia kat lecture dia. Korang nak tau pe keje dia tue? Ah, korang tengok gambar yang aku sediakan 2. Tada...
Tue la keje dia. 2 la adik aku. Dia blaja kat sana ambik diploma seni halus. Baru sem first. Mungkin pada korang xla berapa bgus keje dia 2. Tapi dia baru blaja. Ambil masa la nak buat yang bgus. Btul x? Aku doakan adik aku nie berjaya dan dpat pe yang dia nak. Insyallah.

::: Kawan :::
Bagi aku la, aku lebih rapat ngan kawan-kawan kampung aku. Walaupun dema tue x setua mcam aku nie. Tapi aku lebih rapat ngan dema. Sebab nya 1 kepala. Bukan kembar siam yang bercantum kat kepala tue tau. Paham-paham la ek. He2...


Saturday, 13 December 2008
::: Cak! Cak! Cak! Cicakman 2 :::
Dalam menunggu kul 11.30malam 2, kitaorang dok la merayau dalam The Mines. Merayau kebosanan. Mana xnya. Semua kedai² dah ttup. Dah la kitaorang cari kedai mkan punya la susah. Sampai² je kat kedai makan. Dah ttup. Sampai² je kat kedai makan. Dah ttup. Nak xnak kena la bertahan sampai cerita cicakman habis. Nak kuar dari The Mines lak. Nanti kena bayar balik parking keta. Rugi². Hu².
Sapa Dalam Gambar 2 : Emi (Aku la) n Jeman a.k.a Kapal Selam.

Thursday, 11 December 2008
::: Dimanakah Anak² Anda? (Versi Raya Haji) :::
So, pada anda² semua perhatikan anak² anda. Dan banyak lagi gejala² lagi. Agak musykil ngan gejala² berlaku pada anak² anda. Sila anda msj pada aku. Insyallah. Aku akan bagi cara² untuk mengelak dari gejala² tersebut. Ha².
Sapa dalam gambar 2 : Anam Asparagus, Kebey, Shah Bulat n Shah Ciken.

::: Pulut Kuning Time :::

Thursday, 4 December 2008
::: XKL Sound Competition :::

::: Kenduri Tahlil (Hari ke-2) :::
Kitaorang sampai kat sana dalam waktu Magrib gak la. Kenduri malam nie buat lepas Magrib. Just buat bihun goreng. Juadah bihun goreng nie permintaan Wan Lan (Mak Arwah). Dia kata, arwah penah cakap nak mam bihun goreng yang Wan Chor buat. So, buat la sikit untuk tunai kan permintaan arwah.
Lepas kenduri arwah selesai, aku dapat tripod kamera dari isteri Abg Ata (Kak Siti). Bapak Aku yang mintak. Dia dah xpakai tripod 2. Jd dia bagi aku. Ah, xpayah la beli dah. Dah ada. Kalu beli mau beratus2 gak harga nya. he2.
Sapa dalam gambar 2 : Ika (Anak Sepupu Aku), Abah, Mama n Pakcik makcik aku.

::: Hari Terakhir :::
Insyallah, hari nie hari terakhir aku jumpa doktor kat Hospital Ipoh. Aku harap lepas nie. xde pe la lagi. aku masuk jumpa doktor dalam kul 10pg. Doktor ckap dia nak buka besi kat gg aku nie. Aku mengangguk je la. Tanda setuju. Setengah jam gak aku bertarung ngan kesakitan. Skit woh, masa dia kuarkan dawai pengikat kat besi 2. Xdok diam aku dibuatnya.
Sapa dalam gambar 2 : Sepupu Aku (Zaim, Ahsan n Mai).

::: Al-Fatihah :::
Kali terakhir aku jumpa dia, time sehari aku kuar dari hospital ipoh. Masa 2 aku tgok dia orait je. makan, minum n leh berborak2 ngan pakcik makcik aku. Cuma keadaan dia je la yang nampak x terurus skit. Myb sebab baru kuar hospital kan. Macam aku gak. Tapi selepas sebulan kuar hospital. Berita lain yang family aku terima. Mana x terkejutnya. Tapi ye la. Ajal maut semua di tangan tuhan. Xsemestinya yang sakit akan pergi dulu. betul x?
Malam 2 aku n family aku berangkat balik ke Batak Rabit, Teluk Intan. Sampai dalam kul 2pg gak la. Kebuminya besok pagi. Masa aku sampai, aku tengok Wan Lan (Mak Arwah) masih bersedih lg. Nampak dari muka Wan Lan erti ketabahan. Selama nie dia dok jaga Arwah. Berdua je dema tinggal kat umah tengah. So, terasa la sikit impak nya.
Arwah selamat di kebumikan pada 27 November 2008. Pada kul 11 lebih. Berdekatan ngan kubur arwah nenek n atok. Alhamdulillah semua urusan dapat disempurnakan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, 26 November 2008
::: Kami Di Teluk Batik :::
Lepas ambik Paeh goyang kat umah dia. kitaorang p gerak ke Teluk Batik. Sampai sana lebih kurang kul 7 lebih gak la. Sempat gak la kitaorang tengok autoshow keta kat sana. Aku lak sempat la ambik gambar² keta. Silap kitaorang xdatang awal. Kalu x, dapat tengok n ambik gambar banyak². Lepas selesai solat magrib kitaorang p jalan² kat autoshow keta. Nasib baik ada saki baki keta lagi. Sempat la kitaorang berposing².



Tuesday, 25 November 2008
::: Ipoh Mali :::

Lepas mandi n sarap. Aku p ke Hospital Ipoh. Masa p jumpa doktor, aku n mama je p. Adi n abah lak p minum sambil tunggu selesai rawatan susulan aku. Lama gila tunggu. Naik bosan aku dibuatnya. Dalam kul 10.30pagi baru dapat masuk. Check². Doktor hanya buka dawai pengikat je. Dia kata minggu depan baru buka besi kat gigi aku nie. Nak buat macam ne kan. kena tunggu seminggu lagi. Tapi sekarang aku dah leh nga². Xlg mam bubur je. Aku sekarang nie dalam proses belajar mengunyah. Macam budak kecik kan. He².



::: Kami Di Putrajaya :::

Kali nie aku datang ke Putrajaya dengan bermotif. Hari sabtu. Bersamaan dengan 09 November 2008. Bukan sahaja untuk ambik mak aku dari kerja je. Tapi temankan adik aku (Apoi) ambik gambar pemandangan di Putrajaya. Time tue pulak, member aku Zapi lepak umah aku. So, kitorang p la sekali.


Wednesday, 5 November 2008
::: Kami Di Teluk Intan :::
Ah,tengok gambar aku dengan kamera baru. Tue kamera Nikon D40 SLR. Best gila siot. Gambar dia lawa sangat. Sharp. kamera tue untuk adik aku (Apoi). Kos dia nak kena pakai kamera tue. Biasa la, budak art. Gambar tue ambik kat Dataran Teluk Intan. Terima kasih kepada member-susah-mati aku (Zapi) coz ambil gambar aku dengan kamera baru. ha².
Selama aku bertahun² aku dok kat kampung. Aku x penah ambil gambar Menara Condong Teluk Intan. Tue la First Time. Dalam post nie aku letak la sekali gambar aku dan member²-susah-mati aku (Zapi. Paeh goyang dan Shah bulat). Ada banyak lagi gambarnya. Tapi aku letak 1 je. Nanti ada masa aku letak lagi gambarnya. orait!

::: Aku Nak Nasihat Cikit :::


::: Hari-Hitam-Putih (Raya Ketiga) :::
Hari-Hitam-Putih. 03 Oktober 2008. Tahun nie kurang bernasib baik bagi aku. mana x-nya, aku x-den kat kampung aku. uiks, nasib baik x mati. kalu x ramai la yang menghadap kubur aku. hu². Masa tue aku on da way nak balik rumah. naik motor. balik dari beraya. hari tue lak aku nak balik ke Johor dengan family. nak kata aku bawa laju x la. x lebih pun 50 pun.
Sebelum aku sampai simpang nak kuar dari Sungai Tiang, Bagan Datoh. kat Perak tau. ada budak² main basikal kat tengah jalan. Melilau macam orang mabuk naik basikal. dari jauh aku hon budak² tue. Bila aku hon, ada la dua kerat je budak yang ketepi. Tapi ada sorang budak nie degil gila nak ketepi. Aku pun hon la lagi. Banyak kali gak la aku hon. Dia buat x-tau je.
Lama² dia ketepi. Ala, Kalu nak kena. Bila² masa pun boleh kena. Bawa laju pun kena. Bawa perlahan pun kena. Tue Hari-Hitam-Putih dalam hidup aku. Time aku nak potong budak tue. budak tue tiba² ke tengah jalan. Apa lagi, bam² bum bunyi mercun la. aku x sempat nak elak. Tapi aku sempat tendang budak tue ketepi. Then terus x sedar. Sedar² je aku kat Klinik Bagan Datoh. Masa tue aku nampak wajah bapak n adik aku (Adi). uiks, pedihnya Tuhan je la tau.
Aku dikejarkan ke Hospital Teluk Intan. Malam tue pulak, aku dikejarkan Ke Hospital Ipoh coz Hospital Teluk Intan x-de doktor pakar. Mana x-nya, dagu aku patah. Rahang aku lari. Anggota badan lain orait je. Terpaksa la transfer ke sana. 5 hari aku lepak kat sana. Sekarang nie aku kena mam bubur coz gigi atas dan bawah aku diikat dengan dawai. 21 November baru buka. X sabar aku dibuatnya.
Dari apa yang aku dengar dari cerita mamat yang tolong aku masa tue. Lepas je aku tendang budak tue ke tepi. aku terus terpelanting ke jalan raya. macam jatuh tersungkur. Kena dagu dulu kat atas jalan raya. Ada lagi doh. Nie scene yang bagi aku M'ngeri kan la. Lepas aku tersungkur tue, aku terus terperosok bawah kereta. Korang bayangkan la. TERPEROSOK BAWAH KERETA. Berpeluh² aku dengar cerita mamat tue. Tapi bersyukur la. Kereta tue parking je kat tepi jalan. X bergerak pun. Ha².
By da way, aku bersyukur coz masih lagi bernyawa. Dulu, aku selalu fikir pasal mati. Walaupun aku x-den x-de la tahap nyawa² ikan. Tapi aku sendiri dah rasa macam mana suasana bila mata kita nie gelap gelita. Berbeza la wei dengan tidor atau kita pejam mata. Gelap gelita yang aku maksudkan. Keadaan kita sendiri yang x bersedia untuk mati. Bak kata Bang Bil. Lu Fikir La Sendiri!.
Terima kasih kepada family, pakcik-makcik, sepupu² dan member²-susah-mati yang banyak support aku. Terima Kasih banyak². Aku sayang kat korang semua. hu².
Sapa dalam gambar 2 : Emi (aku la)
